Reiki Seharian

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 25, 2008


Salam harmoni semua...

Energi Reiki bukan hanya bermanfaat bagi penyembuhan fizik mahupun non-fizik saja, tetapi energi ini sekaligus dapat meningkatkan level energi anda dalam melakukan akitiviti seharian. 

Apabila anda sering menyalurkan energi Reiki maka anda dapat meningkatkan kepekaan terhadap orang lain. Dengan menyalurkan Reiki maka terdapat efek ketenangan (alpha state) di mana keadaan gelombang minda dalam keadaan tenang dan santai seperti anda melakukan latihan pernafasan dan meditasi.
More aboutReiki Seharian

BERSYUKUR DENGAN TIGA CARA

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, August 24, 2008


''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS An-nahl [16]: 18).

Bersyukur merupakan salah satu kewajiban setiap orang kepada Allah. Begitu wajibnya bersyukur, Nabi Muhammad S.A.W. yang jelas-jelas dijamin masuk syurga, masih menyempatkan diri bersyukur kepada Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan, Nabi S.A.W. selalu menunaikan shalat tahajud, memohon istighfar dan bermunajat kepada-Nya. Selesai shalat, Nabi S.A.W. berdoa kepada Allah hingga shalat Subuh.

Bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan fikiran. Bersyukur atas nikmat Allah bererti berterima kasih kepada Allah kerana kemurahan-Nya. Dengan kata lain, bersyukur bererti mengingat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.

Para ulama mengemukakan tiga cara bersyukur kepada Allah:

Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Kata hati @ nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah. Dengan detik hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyedari seluruh nikmat yang kita peroleh setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari Allah. Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat-Nya.

Kedua, bersyukur dengan ucapan. Lidahlah yang biasa melafazkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah - Alhamdulillah. Seorang ulama sufi - Syeikh Muhammad Nazim mengesyorkan agar setiap hari mengucapkan Alhamdulillah 500x untuk menyatakan rasa terima kasih kepada Yang Maha Esa atas pemberian nikmat-Nya.

Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan melalui anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimakan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah, misalnya, hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.

Allah berfirman yang bermaksud,

''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).'' (QS Aldhuha [93]: 11).

Bersyukurlah dan terus bersyukur setiap masa, janganlah dikira asal dapat nikmat baru hendak bersyukur... Jika direnung sedalam-dalamnya, kita ambil salah satu nikmat berharga adalah NAFAS yang tidak berhenti 24jam. Bayangkan jika terhenti nafas ini, maka segalanya tidak dapat kita miliki.

Wallahu'alam.

More aboutBERSYUKUR DENGAN TIGA CARA

MINDA DAN TENAGA...

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Minda atau fikiran merupakan kunci utama dari penyaluran energi. Fikiran dapat mengawal atas setiap penyaluran yang dilakukan oleh penyembuh ke pesakit. Fikiran yang dimaksudkan adalah fikiran bawah sedar, fikiran ini akan aktif jika kita menuju ke keadaan Alpha (iaitu keadaan dimana seluruh tubuh fizik dalam keadaan rileks, santai).

Dalam keadaan Alpha inilah tersimpan rahsia-rahsia yang berhubungan dengan peng-akses-an energi. Ramai orang yang merasa tidak begitu yakin dengan energi reiki tatkala mereka tidak dapat melihat energi ataupun tidak dapat merasakan energi. Hal ini merupakan sesuatu yang normal, kerana perihal energi merupakan sesuatu yang bersifat abstrak. Abstrak sebenarnya belum tentu tidak ada, dan abstrak hanya dapat dirasakan oleh fikiran bawah sedar. Tahap ini lebih kepada rasa hinggakan energi yang halus seperti reiki amat mudah dirasakan.

Fikiran bawah sedar akan aktif jika seseorang memiliki rasa ketenangan yang tinggi. Rasa ketulusan untuk berlatih merasakan bagaimana seluruh tubuh anda terdiri dari berbagai energi yang bersatu padu membentuk tubuh yang terlihat (nyata). Sehingga kunci dari penguasaan energi bukan terletak pada energi-nya tetapi terletak pada bagaimana fikiran bawah sedar anda menikmati manfaat dari energi yang anda gunakan.

Cubalah!

More aboutMINDA DAN TENAGA...

WILAYAH ALPHA DALAM REIKI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi




Gelombang otak dari manusia dapat diukur melalui peralatan yang disebut dengan EEG, hal ini berguna untuk melihat aktiviti fikiran manusia yang dapat dihubungkan dengan ketenangan dan peningkatan proses penyembuhan terhadap penyakit. Adapun 4 gelombang otak berdasarkan teknologi EEG tersebut adalah :


Beta (14 - 24 Cps)
Pada gelombang ini manusia berada pada tahap kesedaran normal, atau tahap sehari-hari ketika manusia beraktiviti normal. Beta merupakan tahap dimana manusia memiliki Kecerdasan Intelektual (IQ), dan sekaligus merupakan gerbang masuk dari berbagai tekanan (stress) dan depressi. Sekiranya manusia kerap berada pada tahap Beta seharian maka pelbagai penyakit dari dalaman datang mengundang.

Alpha (7 - 14 Cps)
Pada gelombang ini manusia berada pada tahap hening atau tenang. Tahap ini muncul pada saat seseorang melakukan aktiviti-aktiviti seperti relaksasi, saat seseorang berdoa, solat, zikir dan aktiviti relaksasi yang lain. Alpha merupakan tahap gelombang yang dapat membangkitkan Kecerdasan Emosional (EQ), dan merupakan tahap ketenangan dimana seseorang relatif lebih terbebas dari stress. Pada tahap Alpha inilah proses penyembuhan mulai ber-reaksi dalam memprogram fikiran bawah sedar (Sub-Conscious) untuk mempercepatkan suatu proses penyembuhan. Proses penyaluran Reiki merupakan salah satu proses penyelarasan fikiran manusia menuju tahap Alpha & Theta sehingga proses penyembuhan dapat terjadi dengan cepat, mudah dan efisen. InsyaAllah.

Theta (3.5 - 7 Cps)
Pada tahap ini, manusia berada pada tahap yang sangat hening, ketenangan yang paling dalam, saat dimana seseorang sudah berada di daerah perbatasan antara kesedaran fizik dan non-fizik. Theta merupakan tahap penyembuhan fizik yang hebat, dan sekaligus menjadi pelepasan stress. Theta merupakan tahap dimana mulai munculnya kecerdasan holistik (menyeluruh), termasuk Kecerdasan Spiritual (SQ). Sehingga tidak hairan jika seseorang yang telah mempelajari Reiki memiliki potensi kemampuan Psikik dan Supernormal, disebabkan pengamal Reiki mampu sampai ke tahap Theta-nya.

Delta (0.5 - 3.5 Cps)
Wilayah tidur normal (tanpa mimpi). Ketika ini tiada aktiviti berlaku. Hanya lagu-lagu 'dengkur' saja beraksi. ;-)

More aboutWILAYAH ALPHA DALAM REIKI

ADAB NIAT

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, August 23, 2008


Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :

" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".

Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Wallahu'alam

More aboutADAB NIAT

Sekilas Tentang Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, August 19, 2008



Salam semua pembaca...

Pada posting yang lepas berkenaan Reiki...saya ingin tambah beberapa perkara atau mengulas apa yang dah dinyatakan.

"Reiki adalah teknik penyembuhan paling mudah dan 'simple' dan ianya amat praktikal serta sangat berkesan. Reiki ialah 'rawatan suplimentari' yang tidak menolak sebarang perubatan lain malah ianya membantu melengkapkan untuk seseorang itu mengalami penyembuhan 'TOTAL' dari segi fizikal, minda dan emosi.

Seseorang itu belum di kira sihat sepenuhnya jika hanya sihat dari segi fizikal tetapi tidak dari segi minda dan emosi. Reiki memberi kesan yang amat positif apabila ianya dipraktikkan dari segi ketenangan diri dan amat mudah seseorang itu untuk menemui tahap 'alpha' @ tenang dalam teknik pernafasannya"

Reiki....suatu kaedah rawatan menggunakan sentuhan telapak tangan ke atas tubuh pesakit dengan mengaplikasikan tenaga alam semulajadi yang diperolehi setelah penyelarasan (attunement) untuk mengurangkan tekanan, menjurus kepada penyembuhan akar/punca penyakit. Juga sebagai ubat stress.

Walaupun Reiki di Malaysia masih baru, namun Reiki telah terkenal di negara Barat terutamanya di Amerika & Eropah di mana keyakinan masyarakatnya kepada penyembuhan secara semulajadi semakin bercambah dan meningkat di benua sana...

Secara umum, ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu sistem 7 Titik Tenaga Utama atau lebih dikenal sebagai Chakra dan Medan Elektromagnetik atau Aura. Reiki merupakan tenaga alam semesta bukannya tenaga dalam. Tapi ia mampu membangkitkan tenaga dalaman seseorang apabila kerap mengalirkan tenaga ini dalam tubuh badan.

Seperti yang diketahui tenaga merupakan sesuatu yang kita tak boleh lihat secara nyata tetapi boleh dilihat pada keadaan ‘selepas kerja/perbuatan berlaku’. Tenaga juga perlu ada alat/benda/jisim untuk menghasilkan tenaga. Sebagai contoh; Apabila kita makan nasi (jisim), ianya akan dipecahkan kepada karbohidrat (tenaga).

Dalam Reiki, ianya merupakan gabungan unsur-unsur tenaga alam semulajadi yang terdiri daripada unsur api, air, angin, tanah dan cahaya. Reiki hanya menggunakan gelombang tenaga yang tidak nampak pada kenyataan tapi boleh dilihat pada keadaan selepasnya. Inilah yang terjadi dalam rawatan Reiki, kadangkala pesakit atau perawat dapat merasakan seperti panas, suam, sejuk dingin, angin kecil berputar dsb…adakalanya rasa seperti terlalu santai dan damai umpama berada di kawasan air terjun/sungai.

Kaedahnya yang ringkas iaitu berkonsepkan positif vibration @ energy akan menggantikan tempat negatif energy pada sistem jaringan tenaga tubuh badan. Ianya memanglah mengundang pelbagai persoalan namun, setelah para pesakit dan pengamal merasai sendiri kesan-kesan yang bersifat nyata maka Reiki bukanlah sesuatu yang boleh ditolak begitu sahaja...

Reiki semakin terkenal kerana tekniknya yang ringkas tetapi mempunyai kesan yang baik malah menakjubkan. Amalkan Reiki tidak perlu kepada jin, mentera, latihan-latihan yang memenatkan..hanya tenang sambil pasrah dan mengharap dari Yang Maha Penyembuh. Sebagai contoh; Reiki telah digunakan untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti migrain, senggugut, stress, sakit dada, jantung, darah tinggi, kencing manis sehinggalah kepada kanser dan parkinson.

Penumpuan kepada 7 Titik Tenaga Utama pada tubuh badan iaitu di ubun-ubun, antara kening, tekak, dada, perut, kelamin dan dasar tubuh badan.... di mana apabila berlaku 'blockage' kepada mana-mana satu titik tersebut akan menghasilkan ketidakseimbangan kepada sistem tubuh badan seseorang itu. Samalah contohnya mengapa kita mengambil wudhu'... air adalah pengalir tenaga yang baik dan bulu roma adalah 'antena' penerima tenaga tersebut.... dan ramai yang tidak menyedari bahawa setiap kali masuk waktu solat, ketika itulah perubahan tenaga alam semulajadi berlaku dan kita perlu menyegerakan solat di awal waktu untuk mendapat tenaga awal yang sudah tentu mempunyai frekuensi yang tinggi....

Reiki juga terlalu mudah, ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur serta tidak mengira jantina. Reiki menekankan sifat kasih sayang dalam setiap rawatan.

Jadi, bagaimana mungkin kita boleh merawat dan membantu seseorang itu dengan baik jika kita tidak ada kasih dan sayang kepadanya? jika kita masih ada sifat-sifat mazmumah...? Fikirkan... Kita tidak boleh menyalurkan tenaga Reiki dengan sempurna dan baik sekiranya kita masih penuh dengan sifat marah, riak, sombong, takbur, tamak , kedekut dsbnya. Ini kerana Reiki itu adalah tenaga alam semesta yang semulajadi apabila ia mengalir melalui diri kita dengan sifat-sifat kotor, mazmumah maka ia bukanlah lagi tenaga alam yang semulajadi... ianya telah tercemar dengan negative energy yang bukannya merawat tapi menambah beban kepada pesakit. Awas!

Begitulah Reiki......Walaupun Reiki di Malaysia masih baru, namun haruslah faham bahawa Reiki bukanlah fahaman agama atau sebagainya... ianya hanya kasih sayang... Tenaga kasih sayang yang begitu kuat sekali.

Ramai yang tidak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila mereka mula merasakan wujudnya 'aliran tenaga di tapak tangan mereka' setelah menghadiri Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia walaupun hanya dengan jarak jauh sahaja. Secara automatik menjadi Pengamal Reiki samada untuk kegunaan sendiri atau membantu orang di sekeliling....

Berminat belajar Reiki?....Alhamdulillah...

Percayalah...ilmu Allah itu luas. Jangan disempitkan.

Wallahu'alam.


More aboutSekilas Tentang Reiki

Penyakit, Pesakit dan Sakit

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Salam sejahtera kepada para pembaca…

Hmmm… Penyakit, pesakit dan sakit. Mesti kita pernah dengar perkataan-perkataan ini. Tapi adakah kita dapat membezakan ketiga-tiganya. Di sini saya nak kongsi apa yang saya faham tentangnya. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit pengetahuan pembaca khususnya kepada para pengamal Reiki.

1) Apa itu PENYAKIT?
2) Apa itu PESAKIT?
3) Apa itu SAKIT?

Penyakit
Sekumpulan tanda dan gejala yang diberi nama.
Contoh:
Migrain (masalah sakit/panas kepala)
Kencing Manis (masalah gula berlebihan dalam darah)

Pesakit
Perlu dirawat kerana mereka ini mempunyai jiwa dan perasaan.

-- Reiki penuh dengan kasih sayang, mengajar pengamalnya betapa penting sifat kasih sayang diterapkan sentiasa samada merawat diri sendiri, orang lain, haiwan dan tumbuhan.

Sakit
- Merupakan RADAR / signal dari Maha Pencipta. Ianya perlu untuk kita tahu yang kita sakit. Dan ianya merupakan proses akhir penyakit itu terzahir ke tubuh bila tiba masanya.


Reiki merawat ketiga-tiganya sekali. Tidak terpisah antara satu. Begitulah uniknya rawatan penyembuhan Reiki... Bukanlah saya mengatakan hanya Reiki satu-satunya rawatan paling berkesan, tidak kira apa jenis rawatan sekalipun, andai ketiga-tiga faktor di atas dilakukan serentak, maka ianya mempercepatkan proses penyembuhan berlaku..InsyaAllah.

Kadangkala ada pesakit yang dirawat pada sakitnya sahaja, tapi penyakit (punca penyakit) dibiarkan, tidak dirawat. Bila selang beberapa hari/minggu pesakit datang lagi untuk ambil ubat.. begitulah seterusnya. Sampai bila ya? :-)

Rawatlah sakit kerana rasa ini tidak selesa pada pesakit. Hilangkanlah terus penyakit yang menjadi puncanya dan jagalah pesakit, layanilah ia dengan penuh kasih sayang, senyuman dan kesungguhan kerana semua pesakit mempunyai jiwa dan perasaan... dari sudut psikologinya apabila pesakit dilayan dengan penuh keselesaan maka penyembuhan menjadi mudah kerana energi-energi positif sedang berkembang dalam diri pesakit. Buatlah pesakit tersenyum sebelum, semasa dan selepas rawatan.

Wassalam..



More aboutPenyakit, Pesakit dan Sakit

APA ITU REIKI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Reiki berasal dari bahasa Jepun. Reiki adalah gabungan dari kata 'Ray' yang bererti alam semesta dan 'Ki' bererti energi/tenaga. Dengan kata lain Reiki adalah energi alam semesta atau biasa disebut para pengamal Reiki sebagai Energi Ilahi dan mempunyai tingkat getaran yang sangat tinggi juga energinya sangat halus dibanding energi Prana atau energi tenaga dalam lainnya. Orang yang pertama kali menemukan Reiki kembali adalah Dr.Mikao Usui pada tahun 1923 di Jepun ketika bermeditasi selama 21 hari digunung Kurama. Ada juga sumber yang mengatakan Reiki sebetulnya sudah dipergunakan para Pendeta Tibet jauh sebelum Master Mikao Usui menemukan Reiki.

Pada hari-hari terakhir beliau bermeditasi, beliau telah dianugerahi kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan orang lain. Pernah terjadi ketika beliau sakit perut kerana telah berlapar selama 21 hari beliau memegang perutnya maka tiba-tiba tangannya panas dan merasakan ada yang mengalir dan sakit perutnya mereda, juga pada saat ia berjalan dan tersepak batu hingga kakinya berdarah maka ia memegang kakinya dan penyembuhan terjadi. Diberitakan Dr.Mikao Usui juga sempat menyembuhkan seorang nyonya pemilik rumah makan yang sakit gigi. Hingga ia akhirnya sedar bahwa ia mendapat suatu kekuatan dalam penyembuhan dan akhirnya diajarkan pada murid-muridnya dan terbentuk aliran Reiki yang bernama Reiki Usui.

Sebenarnya pada awal sistem 'Reiki' ditemukan, Sensei Usui tidak menamakannya dengan istilah "Reiki", beliau menyebutnya dengan istilah "Metode Untuk Mencapai Manusia Sempurna", sedangkan murid-muridnya menyebut sistem ini dengan istilah "Usui Do" atau "Usui Teate".

Istilah "Reiki" sendiri sebenarnya pertama kali digunakan oleh beberapa orang murid Sensei Usui yang hanya mempelajari sebahagian aspek yang diajarkan oleh Sensei Usui (sepeninggal Usui tiada, mereka membentuk perkumpulan Usui Reiki Ryoho Gakkai ). Reiki sebuah sistem penyembuhan yang sangat sederhana dengan penyaluran energi kehidupan/energi alam semesta yang diterapkan dengan asas pemasrahan diri pada kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.

Reiki bukanlah agama atau segala hal yang berhubungan dengan itu. Seni penyembuhan terdapat hampir di semua kebudayaan dan tradisi di seluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima di seluruh dunia. Reiki mengajarkan kasih sayang dan keharmonian. Reiki adalah keharmonian dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan, dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonian air dan udara.

Berbagai kebudayaan dan tradisi yang terdapat dalam masyarakat pada hakikatnya adalah metode Reiki itu sendiri. Teknik Penyembuhan Reiki adalah sebuah bentuk penyembuhan yang "Tidak Konfrontatif" meringankan berbagai masalah dan trauma yang berbeza dengan cara yang sangat lembut. Kerana sifatnya yang universal, Reiki dapat dipelajari oleh siapapun, tanpa memandang agama, keyakinan, usia, mahupun tingkat spiritual seseorang . Semua yang anda perlukan adalah niat yang tulus untuk menyembuhkan dan disembuhkan.

Salah satu keunikan seni penyembuhan Reiki adalah, Reiki berkerja di setiap tingkat penyembuhan dalam diri seseorang yang meliputi tubuh fizik, emosi, minda dan spiritual. Dengan kata lain Reiki menyembuhkan secara menyeluruh (holistic). Selain itu Reiki juga mempunyai kecerdasan tersendiri, di mana energi Reiki akan bekerja sesuai dengan keperluan tanpa harus diarahkan dengan usaha yang keras seperti dengan menggunakan teknik lain/aliran lain. Energi Reiki juga dapat dikirimkan dari kejauhan dan bahkan melintasi ruang waktu dan tempat (antara negara & benua).


Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement. (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima energi). Sekarang telah dipelajari jutaan orang diseluruh dunia. Kini Reiki di Malaysia.

Ingin mengikuti kursus reiki? Hubungi saya di talian 019-300 6668 atau emel syed_mansor@yahoo.com.my

Wassalam.


More aboutAPA ITU REIKI

MANA YANG UTAMA?

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 18, 2008


Mana yang dulu, berfikiran positif atau bertindak positif? Mana yang lebih utama?

Orang yang berfikiran positif, tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan olehnya semua positif. Benar, semua bermula dari fikiran, namun adakalanya fikiran tidak selari dengan perbuatan. Kadangkala bila dikuasai emosi, tindakan lebih menjurus kepada yang negatif walaupun sebelum ini berfikiran positif.

Tetapi, orang yang bertindak positif, fikiran dan perbuatannya selari. Sama-sama positif. Dia fikir positif dulu kemudian baru bertindak.

Anthony Robbins pernah berkata, "Saya tak percaya pada pemikiran positif, tetapi saya percaya pada tindakan positif". Berfikir kemudian tak buat apa-apa tak memberi apa-apa hasil.

Tetapi, bertindak mengikut pemikiran positif membuahkan hasil!

Anda yang mana satu?


More aboutMANA YANG UTAMA?

ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 11, 2008


Dialog di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut:

1. Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya).
2. Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan.
3. Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia).
4. Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.
5. Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan masa muda dan rakan-rakan (Istiqamah).

Petikan dari Surah As-Syura Ayat 15 yang bermaksud:
"Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhamad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan
kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan."

Dalam Surah Yusuf Ayat 87, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."

Pengertian Istiqamah
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan
melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
1) Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
2) Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Qur’an dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
3) Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
4) Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
5) Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Ianya menjana energy yang berterusan dalam segala perbuatan yang dilakukan.

Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:

1) Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2) Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3) Prinsip yang benar berasaskan Al-Qur’an dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4) Ilmu dan maklumat yang cukup.
5) Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6) Usaha yang berterusan.
7) Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8) Berdoa dan bertawakal.
9) Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Hikmah Istiqamah
Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.

Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa Melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."

Wallahu'alam.
More aboutISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA

SYUKUR DALAM KESUSAHAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi

Maksud firman Allah swt:
''Dan, hanya sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang mau bersyukur.'' (QS Saba' [34]: 13).

Terdapat satu kisah untuk kita renungkan akan halnya.
Seorang laki-laki datang kepada seorang ulama dengan wajah yang sedih. Dia mengeluhkan kefakiran dan berbagai kemalangan hidup yang dialaminya. Ulama tersebut berkata, ''Apa engkau mahu penglihatanmu diambil dan diganti dengan seribu dinar?'' Orang itu berkata, ''Tidak.''

Ulama itu bertanya lagi, ''Apakah engkau senang menjadi orang bisu dan diberi seribu dinar?'' Orang tersebut menjawab, ''Tidak.'' Ulama yang terkenal itu kembali bertanya, ''Apakah engkau mahu kedua tangan dan kedua kakimu kudung, lalu engkau mendapatkan dua puluh ribu dinar?'' Orang tersebut lagi-lagi menjawab, ''Tidak.''

''Apa engkau mahu jadi orang gila dan diberi sepuluh ribu dinar?'' tanya ulama lagi. Dan, sekali lagi orang tersebut mengatakan, ''Tidak''. Maka, ulama bijak itu pun berkata, “Jadi, tidakkah engkau berasa malu kepada Tuhanmu yang telah memberimu harta senilai puluhan ribu dinar?''

Kisah ini bicaranya amat jelas, betapa banyak orang salah persepsi, dikiranya nikmat hanya terbatas kepada harta dan material semata. Mereka tidak menyedari bahawa nikmat Allah meliputi segala hal: Keimanan, kesihatan, keluarga, tempat tinggal, kebijaksanaan, teman yang baik, pemimpin yang adil, tumbuh-tumbuhan, makanan, dan sebagainya. Itu semua adalah nikmat yang wajib disyukuri, baik kita memintanya mahupun tidak.

Untuk menjadi orang bersyukur, setidaknya ada tiga syarat yang harus dipenuhi:
1) Mengetahui apa itu nikmat dan meyakini sepenuhnya bahawa nikmat tersebut adalah pemberian Allah.
2) Bahagia dan gembira dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.
3) Melakukan hal-hal yang disukai oleh Pemberi Nikmat, baik melalui lisan dengan ucapan ''Alhamdulillah'' mahupun melalui perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

Wallahu’alam
More aboutSYUKUR DALAM KESUSAHAN

BERDOALAH PENUH SABAR

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi



Sebagai hamba yang lemah dan amat bergantung kepada belas ihsan-Nya, kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi diri kita.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui daripada apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.” (Surah al-Qasas, ayat 68-69)

Mengapa pula manusia cepat berputus asa ketika berdoa?

Bukankah doa itu adalah ujian keimanan bagi mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Alangkah ruginya orang yang berhenti berdoa kerana jemu menunggu harapan yang belum terjawab. Ingatlah Allah tidak jemu-jemu mendengar dan mengabulkan doa hamba-hambaNya. Dia marah andai kita kurang berdoa kepadaNya, kerana kita dianggap sombong dan bongkak!

Bukankah doa Nabi Musa dan Harun pada ayat 88, Surah Yunus yang berisi mengenai permintaan kedua-duanya supaya Firaun dibinasakan, akhirnya terjawab setelah 40 tahun berdoa? Kalau kita tidak sesabar Nabi Allah Musa dan Harun, eloklah teliti hadis berikut ini.

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturahim, melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Ada kalanya Allah segera memperkenankan doanya. Ada kalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan ada kalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang itu sesuai dengan doanya.”

Berkata sahabat: “Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!” Nabi SAW bersabda: “Allah akan memperbanyakkan pemberian-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim, katanya semua perawinya adalah sahih)

Tidak sedikit pun kerugian jika kita sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah berikan kepada yang bersungguh-sungguh berdoa.

Tetapi, perlu diingat ada faktor yang boleh menjejaskan doa itu daripada dikabulkan oleh Allah iaitu:

1) Terburu-buru dan berputus asa.
Nabi SAW bersabda: “Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa, tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram.
Nabi SAW bersabda dengan menyebut hal seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua-dua tangannya ke atas langit sambil berdoa: “Ya Rabbi, Ya Rabbi, sedangkan makanannya dari harta yang haram, minumannya daripada harta yang haram, pakaiannya daripada harta yang haram dan mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimana akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim)

3) Bukan kita yang memilih.
Terus meminta dan berharap kepada Allah kerana Dia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan kita yang memilih apa yang akan terjadi pada diri ini, tetapi Allahlah yang berhak memilihnya. Hanya pasti yang terbaik untuk kita dariNya.

Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang diminta daripada-Nya.

KESIMPULANNYA:

Tiga faktor jejaskan doa daripada dimakbulkan Allah:
- Terburu-buru

- Berputus asa
- Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram
- Bukan kita yang memilih

Wallahu'alam.

Bersambung 'Sebab Doa Ditolak'...

More aboutBERDOALAH PENUH SABAR

JUJUR ATAS PERBUATAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, August 10, 2008


Begitu banyak persoalan mengenai etika yang muncul didunia kerja / perniagaan ketika ini sehingga hidup dengan kejujuran adalah penting jika kita ingin berdamai dengan diri kita sendiri dan kebenaran yang kita pegang. Betapa kecilnya pekerjaan kita sekalipun, itu adalah keadaan kita saat ini, tanggungjawab... dan jika kita melakukannya sepenuh hati dan cinta, jujur dan ikhlas kita akan memberikan dan sekaligus mendapatkan yang terbaik dari keadaan itu. Prinsip ini juga dapat mengilhami kita agar bersungguh-sungguh di atas setiap pekerjaan dengan memelihara amanah dan hak ke atasnya.

Jujurlah atas setiap perkara terutama pada diri kita. Bermulalah dalam diri maka akan terpancarlah ke setiap detik niat kita, tindak tanduk kita, dan percakapan kita. Ingatlah Dia sentiasa memerhati apa yang kita lakukan dan Dia adalah Yang Maha Teliti.

Wallahu’alam.
More aboutJUJUR ATAS PERBUATAN

BERSYUKURLAH

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi




Pesan Seorang Guru


Aku tidak mampu mengucapkan syukur kepada Yang Maha Kurnia
Kerana aku tidak tahu kata pujian yang pantas untuk-Nya

Setiap rambut di tubuhku adalah pemberian dari-Nya
Bagaimana caranya aku berterima kasih untuk setiap rambut yang dianugerahkan oleh-Nya?

Puji bagi Tuhan Yang Maha Pemberi
Yang menciptakan manusia dari ketiadaan
Siapakah yang mampu menggambarkan kemurahan-Nya?
Kerana pujian untuk-Nya terbenam dalam keagungan-Nya

Yang Maha Pencipta menciptakan seorang manusia dari tanah liat
Lalu meniupkan ruh, kebijaksanaan, akal dan hati

Sejak masa kanak-kanak hingga batas usia senja
Lihatlah bahawa Dia memberimu rezeki, dari jalan yang tidak disangka-sangka!

Ketika Tuhan menciptakanmu dalam keadaan suci, maka tetaplah suci
Kerana sungguh merupakan azab jika engkau pergi ke tanah kubur dalam keadaan bernoda

Sentiasalah bersihkan debu sifat kotor dari cermin hati
Kerana ia tidak akan menggilap saat kerusakan melahap

Bukankah pada awalnya engkau adalah air dari benih manusia?
Jika engkau manusia, usirlah kesombongan dari kepalamu

Saat engkau berupaya mencari erti kehidupan
Janganlah percaya pada kekuatan tanganmu sendiri

Wahai penyembah diri! Mengapa engkau tidak memandang Tuhan
Yang memberikan kekuatan pada lengan?
Ketika dengan usahamu itu sesuatu terjadi
Ketahuilah, sesungguhnya semua itu terjadi kerana kehendak Tuhan
Bukan oleh upayamu sendiri
Tak seorang pun yang memiliki daya dan kekuatan
Maka panjatkanlah puji kepada Tuhan Yang Maha Agung

Engkau tidak akan mampu berdiri dengan kekuatanmu sendiri
Di tempat yang tersembunyi, pertolongan datang seketika

Wahai tuan! Engkau juga adalah seorang anak kecil di jalan Tuhan
Kerana kebencian, engkau menjadi lupa pada dosa

Seorang lelaki memalingkan kepala dari ibunya
Hati si ibu yang sedih menyala seperti api
Ketika dia menjadi tak berdaya kerana kesedihannya,
Dia membawa sebuah buaian ke hadapan lelaki muda itu
Ia berkata, “Wahai orang yang lemah dalam cinta
dan lupa akan masa kecil!
Bukankah dulu saat kecil engkau menangis tak berdaya
Saat malam hari, aku tetap terjaga kerana tangismu
Tidak, saat engkau berada dalam buaian ini, engkau tidak memiliki kekuatan seperti sekarang
Bahkan engkau tak memiliki kekuatan untuk mengusir seekor lalat dari dirimu sendiri

Engkau selalu merasa kesal dengan lalat
Hari ini menjadi seorang pemimpin dan sangat berkuasa
Suatu saat engkau akan kembali dalam keadaan seperti itu, di dasar kuburan
Ketika engkau tak mampu untuk mengusir seekor semut pun dari tubuhmu

Sekali lagi bagaimana mungkin mata dapat memancarkan cahaya
Ketika cacing kuburan melahap otaknya?

Engkau seperti orang buta yang tidak melihat jalan
Dan tidak tahu jika ada sumur di jalan itu
Engkau adalah seorang yang diberi penglihatan, jika engkau benar-benar bersyukur
Namun jika tidak, maka engkau adalah orang buta

Guru tidak memberikan padamu pengetahuan dan kebijaksanaan
Tuhan menciptakan sifat-sifat ini dalam dirimu
Jika Dia tidak memberimu hati yang mendengarkan kebenaran
Maka kebenaran akan tampak di matamu sebagai inti kebohongan

Lihatlah satu jarimu yang memiliki sekian banyak tulang sendi
Tuhan, dengan penciptaan-Nya telah menjadikan satu
Maka adalah kegilaan dan kedunguan
Ketika engkau menempatkan jarimu di atas firman-Nya (mencuba untuk mengingkari kehendak-Nya)

Perhatikanlah, Dia menyusun otot-otot
dan membuat persendian dari sekian banyak tulang
Untuk menciptakan gerakan
Kerana tanpa putaran pergelangan lutut dan kaki
Tidaklah mungkin menggerakkan kaki dari tempatnya
Kerananya, manusia tidak sulit untuk bersujud
Tulang sendi pada tulang punggung tidak terdiri dari satu bagian
Tuhan telah menata dua ratus tulang sendi yang berhubungan satu sama lain
Dia telah menyempurnakan mahluk sepertimu
Maha Besar Tuhan! Ia menciptakan tulang sendi dari tanah liat

Wahai mahluk yang sempurna! Pembuluh-pembuluh darah dalam tubuhmu
Laksana suatu daratan yang di dalamnya terdapat tiga ratus enam puluh aliran sungai

Dalam penglihatan mata kepala, dalam fikiran, keputusan, dan kebijaksanaanmu
Tangan dan kaki adalah untuk hati, dan hati untuk kebijaksanaan

Haiwan-haiwan dengan bentuk yang tidak sempurna, adalah mahluk yang rendah
Engkau seperti Alif, tegak berdiri di atas kakimu
Haiwan-haiwan, kepalanya merendah ketika hendak makan
Sedang engkau, dikurnia tangan untuk membawa makanan ke mulutmu

Tidak pantas bagimu merendahkan kepala pada siapapun
Kecuali dalam ketaatan kepada Tuhan
Dengan keindahaan-Nya, Tuhan memberimu pengetahuan. Lihatlah!
Dia tidak menciptakan dirimu seperti haiwan, dengan kepala di rumput
Tapi dalam keadaan sempurna
Janganlah engkau menjadi terlena, ambillah jalan hidup yang baik

Jalan lurus itu lebih utama, bukan sosok yang tegap
Kerana orang kafir sama seperti kita dalam bentuk lahiriah
Tuhanlah yang memberimu mata, mulut dan telinga
Jika engkau orang bijak maka janganlah menentang-Nya

Kuakui bahwa engkau dapat mengalahkan musuh dengan kekuatan
Namun jangan sampai engkau berperang dengan Tuhan, walau kerana kebodohanmu

Orang yang memiliki sifat bijaksana dan ihklas dalam melaksanakan kewajiban
Akan memperoleh pertolongan Tuhan dengan rasa syukur

Tuhan memberikan lidah untuk bersyukur dan mengucapkan pujian
Orang yang bersyukur tak akan menggunakan lidah untuk memfitnah

Telinga adalah indera penting untuk mendengarkan Al-Quran dan nasihat
Maka janganlah engkau mendengarkan fitnah dan kebohongan

Manusia dianugerahi dua mata untuk melihat (keagungan) ciptaan Tuhan
Maka tundukkanlah matamu dari aib saudara dan sahabatmu

Untukmu diciptakan bulan yang bersinar di malam hari
Dan matahari yang gilang-gemilang di waktu siang
Untuk kepentinganmu, angin barat yang bagaikan pengurus rumah tangga raja
Bekerja tak henti-hentinya agar terbentang hamparan keindahan musim semi

Jika angin, salju, awan, dan hujan
Halilintar yang bagaikan pedang
Semuanya adalah para pekerja dan pembawa titah Tuhan
Mereka merawat benih yang engkau tanam di dalam tahah

Jika engkau merasa haus, janganlah mengeluh
Kerana si pembawa air akan membawakan awan berisi air di punggungnya

Dari tanah Dia ciptakan warna, wangian, dan makanan
Hiburan bagi mata, otak dan langit-langit mulut

Dia mengeluarkan madu dari lebah, dan makanan syurga dari langit
Dia memberimu buah kurma muda dari pohon, dan pohon dari benih

Semua tukang kebun (manusia) mengolah kerja tangan itu (kekuasaan Tuhan)
Dengan takjub mereka berkata, “Tak seorang pun dapat menciptakan pohon kurma!”

Matahari, bulan dan bintang, semuanya untukmu
Mereka adalah cahaya di langit-langit rumahmu

Dia melukiskan mata dan alis, dengan tangan-Nya sendiri
Kerana tidak ada yang dapat membuat semua itu selain diri-Nya

Dia sangat kuat dan menyayangi yang lemah
Merawatmu dengan kemurahan-Nya
Pantaslah untuk memanjatkan pujian sepenuh jiwa, setiap detik dan setiap nafas
Syukur kepada-Nya bukanlah semata-mata diucapkan di lidah

Oh Tuhan! Hatiku berdarah, dan mataku terluka
Saat kulihat kurnia-Mu lebih besar dari rasa syukurku...

Syukur... Syukur... Syukur...

More aboutBERSYUKURLAH

PRINSIP REIKI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi



Prinsip atau rukun merupakan tiang atau tunggak yang mendokong sesuatu perkara atau dasar. Tanpa mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditentukan maka sukarlah untuk membentuk kejayaan seperti yang diinginkan. Begitu juga setiap manusia yang berjaya pasti berpegang kepada prinsip-prinsip yang diterap dalam diri dan berusaha untuk merealisasikannya. Dalam seni Reiki tidak kurang juga punyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri.

Lima prinsip Reiki sebenarnya adalah saranan kepada diri untuk hidup dengan hati bahagia, apapun status kita di dunia, dan mendorong keharmonian dengan dunia sekitar kita, dan semuanya dapat dianggap sebagai perawatan penyembuhan itu sendiri.

Para pengamal reiki seharusnya mempraktikkan dan menerapkan prinsip-prinsip reiki ke dalam diri supaya penghayatan penuh terhadap ilmu reiki itu sendiri dapat dirasai. Reiki mempunyai nila-nilai halus dan seni, maka sewajarnya dipelihara akan ilmu, prinsip dan etika reiki.

Latihkan diri dengan mengamalkan prinsip-prinsip reiki ini sebaiknya di dalam keadaan tenang atau semasa meditasi. Hayatilah setiap prinsip tersebut dan bersungguh-sungguhlah dalam mempraktikkannya di kehidupan seharian. Moga hidup kita menjadi harmoni dan aman bahagia. InsyaAllah.

Wallahu'alam.
More aboutPRINSIP REIKI

PADAMKAN RESAH KERISAUAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, August 9, 2008



"Apabila kamu bangun di pagi hari dan mendapati keperluan kehidupan mencukupi, dan kamu serta keluarga berada dalam keadaan sihat, janganlah bebankan diri dengan kerisauan."

Dalam kehidupan ini, terdapat masalah-masalah yang penting dan rumit, itu merupakan hal lain, tetapi kebanyakkan “masalah-masalah” di dalam pemikiran manusia bukanlah merupakan masalah – ia hanyalah di dalam pemikiran mereka sahaja. Masalah-masalah itu merupakan “jangkaan”, yakni masalah-masalah yang mungkin atau tidak mungkin berlaku. Ini merupakan malapetaka yang melanda manusia di abad sekarang: kebimbangan, atau penderitaan yang direka sendiri tentang kemungkinan berlakunya sesuatu masalah. Akibat daripada kebimbangan yang neurotik ini, manusia akan merasai penderitaan yang lama, walaupun akhirnya apa yang mereka risaukan tidak berlaku. Ini merupakan kedangkalan akal fikiran.

Kita memikul bebanan harian saban minggu, bulan, dan tahun. Kenapa perlu kita pikul bebanan itu sekiranya kita boleh hidup tanpanya; kita akan mendapati bahawa apa yang kita perlukan akan diperolehi apabila kita sampai ke penghujung jalan. Kita hanya wujud dan hidup di masa ini dan sekarang. Esok hanya merupakan khayalan, tidak ada kepastian bahawa kita akan hidup sampai esok. Dengan mengada-adakan bermacam-macam masalah untuk diri kita, kita hanya akan membuat diri menjadi sakit.

Manusia sering risau dan resah akan kehidupan nasibnya di dunia. Risau akan keperluan, makan minum, harta, anak isteri, pangkat dsb. Jika kita menumpukan masa yang begitu banyak kepada urusan dunia, mengejar impian dan cita-cita dunia, ingatlah kita tidak akan dapat menjadi “tuan” kepada dunia. Dalam usaha untuk mengejar dunia, banyak perkara yang kita abaikan dengan rakus.

Pertama, ketahuilah bahawa dunia ini sudah ada Tuannya, dan sekiranya kita menyembah Dia dengan rendah hati dan tenteram (tidak terburu-buru) di dalam solat, tindakan itu akan menjadi asbab penentu bagi kita mendapat rezeki – tidak perlu kita bertungkus lumus mengejarnya di kota atau di mana-mana saja. Jaga solat, insyaALlah rezeki murah.

Kedua, dalam usaha kita mengejar dunia dengan terburu-buru dan gelojoh, kita mungkin akan diserang dengan penyakit sakit jantung, stress, malah bermacam lagi penyakit akan menimpa!

Jangan hidup dengan mimpi-mimpi atau skema-skema yang besar. Skema-skema tersebut tidak dapat menghalang kita daripada masalah, tetapi di sebaliknya akan menyulitkan lagi kehidupan kita. Mudahkan masalah kita agar penyelesaiannya juga mudah. Jangan memperbesarkan masalah-masalah kita sehingga ianya lari daripada perspektif yang sebenar, tabiat begitu akan menghancurkan kita secara fizikal dan rohani. Hilangkan resah kerisauan kita dengan berusaha menurut kehendakNya, bukan kehendak kita. Bergerak dengan gerakNya, bukan dari nafsu semata.

“Jangan bebankan dirimu dengan kerisauan masa hadapan. Susunkan kehidupanmu dengan kehendak Allah; nescaya Allah akan memelihara masa depanmu selari dengan kehendakNYA."

Allah Yang Maha Besar tidak mahu hamba-hambaNya diseksa dengan kesusahan yang direka sendiri.

Wallahu'alam.

More aboutPADAMKAN RESAH KERISAUAN

SIFAT MARAH

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi






“Jauhilah Kemarahan Kerana Ia Adalah Bara Api Yang Menyala-Nyala Dalam Hati Anak Adam”.

Marah merupakan sifat tabi'e yang ada dalam diri manusia. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mengatasi sifat marah supaya ianya tidak merosakkan akhlak dan tindakan kita?

Kekuatan seseorang bukannya hanya diukur dari kekuatan fizikal semata-mata tetapi juga dilihat dari sudut kekuatan jiwa yang terpancar dari sifat menahan kemarahan. Apalah ertinya kekuatan fizikal jika jiwanya lemah dan lesu? Menahan marah juga merupakan satu bentuk amalan yang melayakkan seseorang masuk ke dalam syurga Allah s.w.t.

Apabila kita marah, maka energi negatif akan terpancar keluar ke alam semesta dan akhirnya akan menarik hal hal negatif kembali kepada kita yang menyebabkan setiap perbuatan kita serba tidak kena.

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasululahh, tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga. Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah".

Antara ciri-ciri orang yang masuk ke dalam syurga Allah s.w.t ialah mereka yang menahan kemarahan dan orang-orang seperti ini telah dipuji oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah yang bermaksud :

"....mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit, mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".
(Surah Aali-Imran : ayat 134)

Ada beberapa cara untuk kita menghilangkan atau meredakan perasaan marah, antaranya :

1) Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan.

2) Mengingatkan diri kita betapa buruknya rupa kita ketika marah seolah-olah ianya bukan diri kita. (Macam hantu ;-) hehe)

3) Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya.

4) Menukar posisi kita, umpamanya duduk apabila marah ketika berdiri.

5) Berwuduk sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk".
(Riwayat Abu Dawud)

Insya-Allah, dengan kita mengambil beberapa tindakan seperti di atas tadi, ianya dapat mengawal diri kita daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak diingini kesan daripada perasaan marah yang meluap-luap.

Namun demikian, kadangkala perasaan marah perlu ada pada kita jika manusia melanggar hukum-hukum Allah dan jika Islam dan umatnya dipermain-mainkan. Mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Aamiin.

Wallahu'alam

More aboutSIFAT MARAH

MEDITASI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, August 8, 2008


Meditasi merupakan suatu teknik yang dapat merehatkan minda, menjana tenaga dalaman, meningkatkan kuasa minda, menajamkan deria, meningkatkan tahap kesihatan dan yang paling utama mengimbangi tenaga dalam minda, tubuh dan kerohanian. Teknik meditasi yang sempurna akan mengurangkan stress atau tekanan emosi, mental dan tubuh fizikal. Ia juga dikatakan dapat menjadi penawar dalaman bagi apa juga permasalahan emosi, mental dan penyakit. Ia telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di dalam budaya timur.

Merujuk kepada definisi meditasi menerusi kamus Oxford, ia bermaksud berfikir, menerima dan mengambil serius sesuatu pandangan. Dalam Islam, teknik meditasi bolehlah disamakan dengan bertafakur atau berzikir.

Lebih tepat lagi meditasi sebenarnya adalah kehendak, kemahuan dan pengawalan demi mencapai ketenangan yang optimum. Dalam melakukan meditasi, asas-asasnya amat penting bagi mendapatkan kesan yang diinginkan di samping mendisiplinkan diri ketika melakukan sesuatu perbuatan.

Asas melakukan meditasi yang sempurna adalah :

1) Tempat yang sesuai - bersih, tenang, segar dan tidak terlalu cerah atau gelap.

2) Pakaian yang selesa – berpakaian longgar, bersih dan berbau segar.

3) Sedikit senaman - Lakukan senaman ringan (stretching) selama lebih kurang 5-10 minit dan sedikit pernafasan terarah - tarik nafas dalam kiraan 6 saat dan lepas 6 saat agar badan segar dan frekuensi gelombang mudah memasuki alpha..
4) Suasana yang tenteram – tiada gangguan bunyi bising, bunyi telefon. Sedikit muzik yang menyenangkan dan haruman aroma yang segar akan membantu.

5) Posisi duduk yang betul – luruskan tulang belakang, rehatkan otot-otot tangan dan kaki, imbangi berat badan dan tidak membongkok. Boleh gunakan bantal untuk melapik kaki atau punggung.

6) Titik fokus – haruslah menetapkan titik fokus pandangan supaya tumpuan dapat dibuat sepanjang meditasi. Cari objek atau gunakan lilin dapat membantu. Sekiranya pejam mata, fokus pada teknik penafasan. Bernafas dengan perlahan melalui hidung, lidah 'tongkat' ke langit. Tarik nafas dalam kiraan 6 saat dan lepas 6 saat. Fokus kepada zikir amat digalakkan, kerana satu keasyikan dapat dirasa ketika memfokuskannya.

7) Jangan paksa – jangan paksa minda untuk menumpukan perhatian, lakukan perlahan-lahan dan tenang. Jika minda terganggu dengan pekara lain, biarkan ia perlahan-lahan keluar dari kotak fikiran anda. Fokus pada objek atau penafasan bagi meningkatkan pemusatan minda.

8) Tempoh yang sesuai – lakukan meditasi mengikut tahap kesesuaian anda, mulakan dengan tempoh yang pendek seperti 5 minit. Apabila anda kian mantap, panjangkan tempoh meditasi ini megikut kemampuan dan masa anda.

9) Jangan putus asa - Berlatihlah setiap hari, panjatkan permohonan kepadaNya agar diberi kekuatan dan keberhasilan dalam meditasi. Istiqamah berterusan walau sedikit akan membuahkan hasil.

Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress dapat diatasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna.

Terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang telah membuktikan akan kebaikan bermeditasi. Amalkanlah meditasi dan rasailah bermacam pengalaman serta kesan positif di dalamnya. Amat banyak kebaikannya dan meditasi itu sendiri tidak dapat diterangkan secara lebih jauh kerana sifat meditasi itu seperti:

- Tidak dapat disampaikan dengan buku
- Tidak dapat dijelaskan melalui kata-kata
- Hanya dapat ditunjukkan
- Hanya dapat di alami

Itulah meditasi.

Wallahu'alam

More aboutMEDITASI

DISEBALIK LIMA JARI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi



"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?

Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insani dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.

Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.

Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?

Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari 'hantu' namanya.

Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu, dan juga tentang keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.

Sekaarang, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

Wallahu'alam


More aboutDISEBALIK LIMA JARI

SEMUA ORANG MAMPU JADI PERAWAT

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, August 7, 2008





'Everyone can be a healer! ' Syaratnya, berniat dan bersungguh-sungguh di dalamnya.

Kondisi yang paling penting dalam mengubati atau mencegah timbulnya penyakit adalah yakin kepada Tuhan Yang Maha Esa, bahwa segala sesuatu terjadi atas Kehendak-Nya. Beberapa penyakit datang sebagai hukuman bagi ketidakpatuhan seseorang dan yang lain sebagai ujian untuk melihat kesabaran kita, apakah kita mahu menerimanya. Allah mengirimkan kebaikan dan keburukan, kemiskinan dan kekayaan, penyakit dan kesehatan. Dia memberi kemuliaan dan kehinaan. Dia memberi kekuatan dan kelemahan, kesulitan dan kemudahan.

Sebagai Tuhan bagi manusia, Allah berhak menguji dan mencuba kita, untuk melihat apakah kita tetap beriman kepada-Nya dan tetap berada di jalan-Nya, atau apakah kita goyah dan bersimpang, atau apakah kita tetap patuh dan tetap menjadi hamba-Nya dalam segala keadaan.

Merawat diri sendiri merupakan satu anugerah Allah yang dikurniakan kepada sekelian hamba-hambaNya asal mereka yakin yang menyembuh, memberi manfaat dan mudharat hanyalah Dia. Kita hanya mampu berusaha atas izinNya dengan mengharap penuh tawadhuk akan pertolongan dariNya setiap saat ketika.

Salah satu kaedah merawat diri sendiri adalah dengan cara menggunakan sentuhan telapak tangan ke tempat / bahagian tubuh yang mengalami kesakitan dengan mengaplikasikan tenaga alam semesta kurniaan Ilahi. Berdoa dan tenang adalah aspek penting bila merawat diri sendiri atau pesakit kerana permohonan kita kepada Allah dalam keadaan tenang, pasrah membawa diri kita kepada hakikat segalanya adalah dariNya dan milikNya jua. Kita hanya sebagai medium pengalir tenaga penyembuhan.





Melalui kaedah sentuhan tapak tangan, kita hanya meletakkan ke tempat yang dirasa kurang selesa pada tubuh. Sebagai contoh, perut kita sakit dan kita tidak tahu apakah puncanya... Hanya tenang (istighfar, syahadah dan shalawat dengan diiringi alunan nafas yang perlahan), kemudian sampaikan permohonan kepada Allah, apa saja niat/doa pasti Dia mengetahuinya. Dan letakkan kedua atau salah satu tapak tangan di perut dan biarkan sekurang-kurangnya 5 minit di situ. Beristighfar/zikir sebaiknya ketika proses berlaku dan nikmatilah sensasi di tapak tangan, kawasan perut. Kepada yang peka pasti akan merasakan sedikit arus elektrik, panas, sejuk atau menyucuk seperti jarum. Usah difikir apakah akan sembuh atau tidak. Pasti dan yakinlah bukan tapak tangan, bukan kita yang menyembuhkan...hanya Dia Yang Maha Penyembuh.

Cubalah merawat diri sendiri. Cuba pada sakit-sakit biasa seperti demam, selsema, batuk, sakit-sakit badan/sendi. Tapi ingat, selagi boleh bertahan dengan sakit tahanlah. Jangan terus pergi jumpa doktor dan ambil ubat-ubatan yang kita telah sedia maklum mengandungi bahan-bahan kimia yang hanya mematikan sympthom, bukan merawat punca penyakit. Selain rasa sakit, yakinlah andai kita sabar dan redha kepadaNya pasti keampunan dan rahmat yang kita peroleh.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya bila-bila masa. Kepada yang berminat mengikuti Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia- Seni Penyembuhan Alami juga boleh hubungi saya. InsyaAllah saya sedia membantu.

Wallahu'alam.


More aboutSEMUA ORANG MAMPU JADI PERAWAT

KEBAIKAN AIS

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi



"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah agen penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Wallahualam.

(dipetik drpd Tranungkite Online)

More aboutKEBAIKAN AIS

PEMBERSIHAN TENAGA KEJAHATAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Saidatina Aisha (ra) telah berkata; Nabi (saw) membaca 3 Qul jika baginda berasa sesuatu yang tidak kena pada diri baginda. Kemudian baginda menghembuskan ke atas tapak tangan kanan dan menyapu ke tempat yang terasa sakit. Bagi kita, lakukan sedemikian jika kita berasa sakit; sakit fizikal atau kerohanian. Para solihin turut mempraktikkan perkara yang sama dengan menyapu ke seluruh badannya dan turut meniup ke dalam ke tayap yang dipakainya.

Apabila kita mempraktikkannya, kita sebenarnya telah mengisyitharkan bahawa hanya Dia Allah dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyembuhkan penyakit melainkan Dia. Simboliknya seperti hati yang penuh dengan titik hitam Di dalam setiap lapisan akan terdapat titik hitam. Ini adalah disebabkan oleh perbuatan jahat (membuat sihir ke atas diri sendiri melalui tingkah laku / perangai yang tidak baik dan jahat). Apa yang kita lakukan sebenarnya sama dengan ahli sihir (kejahatan); apa kejahatan yang kita lakukan akan membawa kesan negatif kepada lapisan dan saluran darah yang terdapat di dalam hati kita - membuat titik hitam dan kemudian membeku.

Satu hadis yang maksudnya “Di dalam tubuh badan kita terdapat segumpal daging. Jika hati tersebut baik, maka semuanya akan menjadi baik. Jika hati tersebut jahat, kesemuanya akan menjadi jahat”. Di dalam hati kita, terdapat satu bintik di mana syaitan dapat tinggal di dalamnya. Hati Rasulullah (saw) pernah dibedah oleh malaikat, oleh itu syaitan tidak sama sekali dapat tinggal di dalam hati baginda. Kita juga boleh lakukan sedemikian dengan menjalan pembedahan kerohanian dengan membaca surah Al-Falaq pada setiap hari.

Amalkanlah membaca surah Al-Falaq (11x) & An-Nas (11x) setiap hari, insyaAllah tiada dapat ditembusi oleh apa saja yang berupa kejahatan. InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati kita dengan keberkatan surah ini. Aamiin.

Wallahu’alam.


LIHAT JUGA TOPIK:

1) Kaedah Penghancur Sihir


More aboutPEMBERSIHAN TENAGA KEJAHATAN

SOLAT JEMAAH DARI ASPEK SAINS

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, August 6, 2008

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita. Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat. Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Petikan Berita Harian 13 Jan 2007
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Wallahu'alam.
More aboutSOLAT JEMAAH DARI ASPEK SAINS