Meditasi, merupakan satu kaedah yang telah diguna pakai oleh seluruh masyarakat dunia pada hari ini. Ianya terbukti dapat memberikan faedah yang sangat besar kepada minda, jiwa, emosi, fizikal dan memberikan ketenangan kepada pengamalnya. Dengan bermeditasi, kita dapat memprogram corak pemikiran, pernafasan dan tenaga. Kaedah ini telah diamalkan ribuan tahun oleh para waliyullah (Islam), sami (Buddha dan Hindu) dan pengamal seni mempertahankan diri.
Sains telah mengesahkan bahawa meditasi amat baik untuk kesihatan kerana dapat menyegarkan tubuh dan jiwa, minda menjadi bertambah peka dan tenang, proses pemikiran menjadi lebih lancar dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam badan. Kajian mendapati ianya amat berkesan untuk penyakit tahap kronik yang berkaitan dengan tekanan. Di antara faedah kesihatan yang boleh diperolehi dari amalan meditasi ini adalah :
- Tidur yang lena
- Mengurangkan tekanan darah
- Mengurangkan jumlah kolestrol
- Mengurangkan sakit kepala
- Mengurangkan sakit belakang
Meditasi juga merupakan salah satu kaedah terapi bagi minda yang kacau-bilau, minda yang tidak fokus dan tekanan (stress). Ianya juga adalah 'pengalaman' di mana anda dapat mengenali diri serta potensi minda. Konsentrasi hanya dapat dicapai dengan berserah kepada Allah. Dalam memprogram corak minda, meditasi adalah medium alternatif terbaik.
Terdapat banyak faedah serta kesan positif yang dapat dilihat selepas anda bermeditasi. Ianya bergantung kepada apa yang anda fokuskan. Fokuskan perkara yang mendatangkan faedah, fokuskan perkara yang positif.
Meditasi mudah untuk diamalkan walau ada segelintir di luar sana yang berasa "gerun" kerana selalu dikaitkan dengan perkara tahyul dan negatif.
Ketika bermeditasi, adalah digalakkan melakukannya di kawasan atau di persekitaran yang sunyi (contoh seperti dalam bilik) , untuk mendapatkan suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan agar dapat mencapai daya tumpuan yang optima. Dengan itu, minda akan lebih tenang dan otak akan dapat menerima arahan ke arah meditasi yang sempurna.
Apabila minda telah tenang, tidak liar atau tidak memikirkan banyak perkara, inilah masa yang sesuai untuk anda memprogram corak pemikiran atau mindset. Tanamkan kepercayaan baru yang positif di samping mencari kepercayaan positif yang sememangnya telah sedia ada dalam sistem kepercayaan anda. Anda perlu kembali kepada kepercayaan yang sedia ada itu. Oleh itu, berkatalah kepada diri akan perkara yang baik-baik dan hebat-hebat.
PENYELARASAN PERNAFASAN
Penyelarasan Pernafasan Yang Baik Akan Membantu
Mencapai Maksud Meditasi....
Dengan kawalan dan pernafasan yang teratur, otak akan dapat menerima lebih banyak oksigen yang diperlukan. Ini akan mengurangkan tekanan atau stress pada otak di dalam menjalankan tugas seharian. Pernafasan yang teratur akan dapat membantu meningkatkan daya konsentrasi dan dengan meditasi, anda secara tidak langsung menyelaraskan pernafasan anda dengan betul.
Seperti senaman-senaman moden atau kuno, terdapat beberapa disiplin pernafasan yang boleh diguna pakai ketika bermeditasi. Disiplin pernafasan akan membantu aliran oksigen berjalan dengan lebih lancar. Anda membantu diri dalam aspek kesihatan secara tidak langsung...
Mulakan dengan beberapa langkah:
1. Mulakan memejamkan mata serta menarik dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan. Tarik dan lepaskan nafas melalui hidung. Tarik dan lepaskan nafas berdasar kiraan - 4 tarik, 2 tahan dan 4 lepas (mengikut kemampuan). Lakukan dengan perlahan-lahan.
2. Apabila fikiran anda sudah "bersedia", anda perlu hipnosis atau memukau diri anda dengan kiraan terbalik. Mulakan dari 50,49,48 hingga 1. Kaedah ini dapat membantu otak anda memasuki gelombang alfa. Gelombang alpha ialah keadaan dimana anda tidak terjaga dan tidak tertidur. Yang wujud cuma minda.
3. Setelah sampai ke tahap gelombang ini, anda boleh mulakan teknik "self talk". Cipta kata-kata yang positif dan mudah. Ianya adalah kata-kata ajaib anda. Seperti - "Aku orang yang berjaya" , "Aku positif dalam kehidupan." , "Aku memiliki kesihatan yang sangat bagus." , "Aku sentiasa tenang dan ceria" , "Aku adalah jutawan"… kerana Allah bersamaku. Aku yakin Dia pasti kabulkan setiap permintaanku”
4. Amalkan setiap hari atau malam.
* Kata-kata positif boleh diterapkan semasa waktu hampir tidur dan ketika bangun dari tidur kerana pada masa ini gelombang otak berada pada tahap ‘deep alpha’.
** Boleh juga menggantikan ‘self talk’ kepada berdoa dengan memahami terjemahan dan maksud doa tersebut.
Tempoh berapa lama proses meditasi bergantung kepada tahap penghayatan dan bagi yang baru mencuba disarankan 15 minit, kemudian tingkatkan ke 30 minit seterusnya 1 jam. Anda akan lihat kesan mendadak dalam diri dan kehidupan. Anda boleh rasa dalam masa terdekat. InsyaAllah. Cubalah... Kepada yang mengamalkan reiki memang perlu latihan meditasi ini untuk memantapkan aliran tenaga dalam tubuh anda.
Selamat Mencuba!!!