Perbezaan Ilmu Reiki, Tenaga Dalam dan Ilmu Kebatinan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, June 13, 2014


Ramai orang yang keliru akan Ilmu Reiki dengan Tenaga Dalam dan memberi berbagai-bagai tafsiran kepadanya. Lebih teruk daripada itu, ada yang menyatakan pengamal Reiki dan Tenaga Dalam menggunakan jin, iblis, syaitan roh atau makhluk-makhluk ghaib yang telah dicapkan sebagai syirik. Ada pula yang mengatakan ianya perbuatan sihir, magik ataupun silap mata. Sebabnya masyarakat bertanggapan begitu ialah kerana kurangnya pendedahan dan kefahaman masyarakat kita terutamanya di Malaysia ini akan istilah dan keujudannya Tenaga Dalam itu.

Laman website ini telah berusaha dan akan terus berusaha untuk menyedarkan masyarakat semuanya akan apa itu Reiki dan Tenaga Dalam. Saya berharap kepada anda dan semua murid saya yang pernah berguru dan belajar dengan saya supaya meneruskan perjuangan ini bagi kepentingan agama kita dan kefahaman kita dari di sogok oleh perkara-perkara yang bukan- bukan.

Reiki, Tenaga Dalam dan Ilmu Kebatinan adalah perkara yang berbeza. Seseorang yang mempunyai Reiki belum tentu memiliki Tenaga Dalam dan begitulah sebaliknya. Reiki dan Tenaga Dalam pula bukanlah suatu Ilmu Kebatinan. Orang yang mempunyai tenaga batin belum tentu mempunyai tenaga dalam atau Reiki. Cara latihannya juga berbeza sekali.

Dibawah berikut adalah penerangan ringkas untuk kita memahaminya:

Tenaga Reiki
  • Bersumberkan daripada tenaga alam semulajadi
  • Tenaga TIDAK dikumpul dan disimpan dalam tubuh seperti pengamal tenaga dalam
  • Tenaga dihubung dan dialirkan secara terus dari alam kepada diri sendiri dan orang lain
  • Untuk mendapatkan tenaga Reiki, tidak perlu latihan yang melelahkan, hanya santai dan pasrah
  • Tenaga tidak berkurang kerana alam semesta berfungsi sebagai generator yang membekalkan tenaga tanpa batas.


Tenaga Dalam
  • Tenaga Dalam ialah tenaga abstrak yang telah ada dan tersimpan dalam tubuh semenjak dilahirkan
  • Kebiasaannya bersifat pasif / tidak aktif / tidur dan termuncul disaat terdesak
  • Dapat diaktifkan melalui latihan olah nafas, gerakan jurus dan latihan konsentrasi / meditasi.
  • Kebiasaannya melalui teknik pernafasan perut atau pernafasan dada atau gabungan kedua-duanya.
  • Tenaga yang diolah, dikumpul dan disimpan di bawah pusat (Tan tien) atau dada (solar plexus)
  • Tenaga akan berkurang apabila digunakan dan dapat diisi semula dengan latihan.


Ilmu Kebatinan
  • Tenaga kebatinan diperolehi melalui amalan kerohanian seperti Zikir, puasa, “mutih” (berbuka dengan nasi dan air putih) , ayat-ayat, jampi, mantera dan doa. Banyak diamalkan oleh wali-wali dan ahli agama.
  • Dapat dipertingkatkan lagi dengan kehadiran khodam pendamping yang kebiasaannya menjaga ayat, doa, hizib yang diamalkan.
  • Oleh itu, tidak hairanlah orang yang memiliki khodam ini kebiasaannya dapat melakukan perkara-perkara aneh seperti kebal senjata dan api, dapat mengetahui sesuatu perkara (scanning), penyembuhan dan lain-lain kerana dengan bantuan si khodam tersebut.


Saya berharap masyarakat tidak lagi membuat andaian-andaian yang salah tentang Reiki dan Tenaga Dalam khususnya kerana anda tidak akan dapat kebenaran dengan hanya membaca atau mendengar cerita dari orang yang BUKAN ahlinya.

“Mana boleh anda bertanya tentang enjin kereta pada Tukang Jahit, seharusnya bertanyalah pada Mekanik kereta sendiri”

Perumpamaan yang boleh saya berikan contoh disini ialah “Buah Durian”:
  • Ada orang kata Durian itu sedap, dan ada orang yang kata Durian itu tidak sedap dan busuk!!
  • TIDAK BOLEH hanya dengan membaca atau mendengar cerita. Kerana ada orang memang suka Durian dan ada orang yang TIDAK SUKA dan anti Durian.
  • Hakikatnya, hanya orang yang telah makan Durian saja yang tahu. Oleh itu, anda MESTI makan durian untuk mengetahui kebenarannya.


Begitulah halnya dengan Reiki, Tenaga Dalam dan lain-lain, anda harus belajar dan mengamalkannya terlebih dahulu. Wallahua'lam.




Sumber: reikimalaysia





More aboutPerbezaan Ilmu Reiki, Tenaga Dalam dan Ilmu Kebatinan

Program Pembersihan, Pengaktifan dan Menguatkan 7 Chakra Utama

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, September 23, 2013


Program 21 hari pembersihan, pengaktifan dan menguatkan 7 chakra utama tubuh secara PERCUMA kepada semua pelajar yang telah mempelajari kursus Reiki Hikmah Sufi di sini.

Tarikh bermula dan tatacaranya akan dimaklumkan dalam masa terdekat nanti, in shaa ALlah. Banyak lagi program akan dibuat khusus dan teristimewa kepada pelajar Reiki Hikmah Sufi di antaranya ialah Program Jana Energi Kekayaan (Kaedah Spiritual Metafizik)





More aboutProgram Pembersihan, Pengaktifan dan Menguatkan 7 Chakra Utama

Testimoni Reiki Hikmah Sufi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, September 18, 2013

More aboutTestimoni Reiki Hikmah Sufi

Pelaris Kedai Kaedah Metafizik

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, September 3, 2013



Selain dari usaha kita menghias kedai, tambah stok bagi meriah, harga berpatutan, beri layanan mesra pelanggan... maka ada tips tambahan yang mungkin dapat membantu Anda dengan izin Allah melalui kaedah ilmu energi. Untuk perniagaan online juga boleh aplikasikan kaedah ini.

Untuk pelaris kedai kaedah metafizik ini, saya kongsikan kepada Anda iaitu kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum. Seperti yang saya sering katakan, MASTER KEY ialah ***** dan *********. Pengamal RHS / KR perlu faham dan mahir guna MASTER KEY. 

Permulaan kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum ni dibuat selama SEKALI SEHARI setiap hari selama 7 hari berturut-turut.

Kemudian buatlah 2 hari sekali atau, 3 hari sekali. Ikut kerajinan Anda.

Ini kaedah jarak jauh, jadi duduk rumah pun boleh. Ok ini kaedahnya:

=====================================

TESTIMONI:









More aboutPelaris Kedai Kaedah Metafizik

Testimoni Reiki Hikmah Sufi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi

More aboutTestimoni Reiki Hikmah Sufi

Kaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Kaedah metafizik mencari barang hilang ini digunakan apabila telah ikhtiar secara lahiriah mencari barang hilang.

Ada 2 kaedah sahaja yang dapat saya kongsikan. Kaedah ini saya gabungkan menjadi 1.



Di antara testimoni yang menggunakan Kaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang ini:





>>>baca artikel penuh DI SINI>>>

More aboutKaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang

Reiki Khusus Untuk Rawatan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 6, 2013



Reiki khusus untuk rawatan sahaja. Tidak digunakan untuk kebal peluru, benda tajam, mata batin, terawangan dan seangkatan dengannya.

Biasanya Reiki boleh digabungkan dengan ilmu seperti ilmu kuasai minda tetapi dalam rawatan amatlah tidak digalakkan kerana Reiki menggunakan tenaga alam dan perlu pasrah sedangkan jika dalam rawatan Reiki menggabungkan teknik dari ilmu kuasai minda seperti visualisasi maka tenaga Reiki telah bercampur dengan tenaga dalaman.

Sebab itu kebanyakan kes perawat merasa amat letih jika seharian merawat atau merawat dalam tempoh yang lama walhal sebenarnya TIDAK. Ini perlulah difahami agar tidak tercampur aduk ilmu-ilmu lain dalam Reiki.

Jika anda telah faham bagaimana hendak 'dudukkan' ilmu-ilmu lain bersama Reiki, itu tidak mengapa. Maksudnya sebagai contoh jika dalam rawatan Reiki disertakan dengan visualisasi dan menarik penyakit anda tahu risiko tersebut dan anda tahu bahawa ia bukanlah rawatan dari ilmu Reiki yang sebenar. Ia adalah gabungan dari ilmu lainnya.
More aboutReiki Khusus Untuk Rawatan

Testimoni Pengamal Reiki - Kursus Advance

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Testimoni Pengamal Reiki yang mengambil Kursus Reiki Pakej 2 (Tahap Advance)




More aboutTestimoni Pengamal Reiki - Kursus Advance

Asas Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, February 21, 2013


Inti dari self-hypnosis adalah konsentrasi.

Otak atau minda kita terdiri dari bahagian sedar (conscious) dan bawah sedar (subconscious).

1. Minda sedar (conscious mind)

Bahagian ini adalah yang selalu kita gunakan untuk mengendalikan gerakan tubuh kita secara sedar. Misalnya kalau kita ingin berjalan atau berlari, minda sedar ini akan memerintahkan kaki kita untuk bergerak dan mengawalnya. 

Termasuk dalam minda sedar adalah aktiviti berfikir dan analisis. Dalam kehidupan seharian, minda sedar (conscious mind) adalah yang paling sering kita gunakan.

2. Minda bawah sedar (subconscious mind)

Bahagian yang mengendalikan tubuh kita secara tidak kita sedari. Bahagian ini umumnya berfungsi untuk mengatur kitaran organ tubuh agar tetap normal secara automatik dan terprogram.

Misalnya mengendalikan peredaran darah, mengatur detak jantung dan nadi, sistem pencernaan dan rembesan hormon. Bahagian ini umumnya tidak dapat kita kendalikan secara sedar.

Kedua minda ini dibekalkan oleh darah untuk menjalankan aktivitinya. Konsentrasi berfungsi untuk mengurangi bekalan darah ke minda sedar kita, jadi saat konsentrasi kita harus dalam posisi rileks & se-nyaman mungkin, sehingga peredaran darah lebih dominan membekalkan ke bahagian minda bawah sedar kita.

Visualisasi

Visualisasi dipercayai sebagai hal yang paling berkesan di antara sugesti dan kata-kata afirmasi. Dalam visualisasi kita dianjurkan untuk tidak hanya melihat, namun juga mendengar, meraba, bau, dan merasakan keinginan kita seolah-olah ia benar-benar ada di hadapan kita saat ini.




Pentingnya Wilayah Theta

Pemograman minda bawah sedar dipercayai yang paling optimal adalah pada wilayah gelombang Theta, iaitu titik di antara wilayah Alpha (mengantuk) dan wilayah Delta (tidur lelap). Wilayah theta ini hanya berlangsung dalam hitungan beberapa saat saja terus kita langsung masuk ke delta (tertidur). 

Jarang sekali kita boleh ingat apa yang kita fikirkan dalam kondisi theta, apalagi berusaha untuk tetap sedar melainkan mereka yang telah lama berlatih meditasi @ tafakur, ahli dzikir. Yang ada pun akan berpatah balik ke alpha, atau terus terlajak ke delta.

Visualisasi harus dilatih terus-menerus & fokus selama dalam kondisi alpha. Jadikan visualisasi sebagai perkara terakhir di minda pada saat masuk wilayah theta. Maksudnya ialah dalam wilayah alpha kita visualisasi terus-menerus dan apabila hampir masuk ke wilayah theta pastikan tetap teruskan visualisasi sehinggalah kita masuk ke wilayah theta. Sebab ketika dalam wilayah theta agak sukar untuk divisualkan.

Kurangi makan dan minum. Paling baik adalah berpuasa.

Amalan berpuasa atau berlapar ini akan mengistirehatkan organ pencernaan kita. Sehingga energi lebih terfokus pada otak kita. Jika sering berpuasa Isnin-Khamis, potensi untuk mengoptimalkan bawah sedar sangat luar biasa. Jadi jangan meremehkan orang yang rajin berpuasa, kerana mereka mempunyai kebolehan minda bawah sedar yang luar biasa.

Tetapi, niat berpuasa biarlah kerana Allah, ia adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kelebihan-kelebihan lain mendatang kemudian tanpa perlu kita fokuskannya. 

Perlukah Brainwave (BW)?

BW sebetulnya tidak diperlukan. Brainwave hanyalah alat-bantu menghantarkan kita ke kondisi alpha dan theta. Muzik iringan pada brainwave hanyalah tambahan untuk rileksasi dan mempertahankan  atau membuatkan kondisi theta lebih lama dan mencegah kita langsung tertidur lelap.

Beberapa CD BW yang memberikan arahan juga hanyalah membantu melakukan visualisasi secara jelas (kebanyakannya ramai yang sukar untuk visualisasi sendiri).

Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta ini saling berkait rapat dengan Reiki.

Self Hypnosis - 5 Prinsip Reiki yang diucap setiap hari

Visualisasi - 1001 teknik mengikut kreativiti. Walaupun dalam mengamalkan Reiki tidak ditekankan untuk visualisasi sebaliknya ditekankan untuk tetap pasrah, tetapi gabungan Reiki dan visualisasi boleh saja digunakan asalkan tidak menganggu emosi ketika sedang ingin fokus kepada visualisasi tersebut. Biasanya orang yang sukar untuk visualisasi, apabila mencuba untuk visual sesuatu keadaan tetapi 'tidak kelihatan' dalam visualnya, menyebabkan ia stress. Sebaiknya visual dalam kondisi Alpha. Visualisasi boleh digabung bersama reiki samada untuk rawatan, perhubungan, kerjaya, kewangan dan lain-lain. 

Theta - Latihan meditasi yang kerap, memudahkan pengamal Reiki mengalami kondisi yang disebut keheningan yang dalam iaitu Theta. Tetapi awas, jika tidak dikawal akan kembali ke Alpha atau terus ke Delta (tidur zzzzzzzz)
KURSUS REIKI MALAYSIA - REIKI HIKMAH SUFI MALAYSIA
More aboutAsas Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta

Kesan Tenaga Reiki Terhadap Kucing

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Selamat menonton :-)
More aboutKesan Tenaga Reiki Terhadap Kucing