Reiki Khusus Untuk Rawatan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 6, 2013



Reiki khusus untuk rawatan sahaja. Tidak digunakan untuk kebal peluru, benda tajam, mata batin, terawangan dan seangkatan dengannya.

Biasanya Reiki boleh digabungkan dengan ilmu seperti ilmu kuasai minda tetapi dalam rawatan amatlah tidak digalakkan kerana Reiki menggunakan tenaga alam dan perlu pasrah sedangkan jika dalam rawatan Reiki menggabungkan teknik dari ilmu kuasai minda seperti visualisasi maka tenaga Reiki telah bercampur dengan tenaga dalaman.

Sebab itu kebanyakan kes perawat merasa amat letih jika seharian merawat atau merawat dalam tempoh yang lama walhal sebenarnya TIDAK. Ini perlulah difahami agar tidak tercampur aduk ilmu-ilmu lain dalam Reiki.

Jika anda telah faham bagaimana hendak 'dudukkan' ilmu-ilmu lain bersama Reiki, itu tidak mengapa. Maksudnya sebagai contoh jika dalam rawatan Reiki disertakan dengan visualisasi dan menarik penyakit anda tahu risiko tersebut dan anda tahu bahawa ia bukanlah rawatan dari ilmu Reiki yang sebenar. Ia adalah gabungan dari ilmu lainnya.