Asas Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, February 21, 2013


Inti dari self-hypnosis adalah konsentrasi.

Otak atau minda kita terdiri dari bahagian sedar (conscious) dan bawah sedar (subconscious).

1. Minda sedar (conscious mind)

Bahagian ini adalah yang selalu kita gunakan untuk mengendalikan gerakan tubuh kita secara sedar. Misalnya kalau kita ingin berjalan atau berlari, minda sedar ini akan memerintahkan kaki kita untuk bergerak dan mengawalnya. 

Termasuk dalam minda sedar adalah aktiviti berfikir dan analisis. Dalam kehidupan seharian, minda sedar (conscious mind) adalah yang paling sering kita gunakan.

2. Minda bawah sedar (subconscious mind)

Bahagian yang mengendalikan tubuh kita secara tidak kita sedari. Bahagian ini umumnya berfungsi untuk mengatur kitaran organ tubuh agar tetap normal secara automatik dan terprogram.

Misalnya mengendalikan peredaran darah, mengatur detak jantung dan nadi, sistem pencernaan dan rembesan hormon. Bahagian ini umumnya tidak dapat kita kendalikan secara sedar.

Kedua minda ini dibekalkan oleh darah untuk menjalankan aktivitinya. Konsentrasi berfungsi untuk mengurangi bekalan darah ke minda sedar kita, jadi saat konsentrasi kita harus dalam posisi rileks & se-nyaman mungkin, sehingga peredaran darah lebih dominan membekalkan ke bahagian minda bawah sedar kita.

Visualisasi

Visualisasi dipercayai sebagai hal yang paling berkesan di antara sugesti dan kata-kata afirmasi. Dalam visualisasi kita dianjurkan untuk tidak hanya melihat, namun juga mendengar, meraba, bau, dan merasakan keinginan kita seolah-olah ia benar-benar ada di hadapan kita saat ini.




Pentingnya Wilayah Theta

Pemograman minda bawah sedar dipercayai yang paling optimal adalah pada wilayah gelombang Theta, iaitu titik di antara wilayah Alpha (mengantuk) dan wilayah Delta (tidur lelap). Wilayah theta ini hanya berlangsung dalam hitungan beberapa saat saja terus kita langsung masuk ke delta (tertidur). 

Jarang sekali kita boleh ingat apa yang kita fikirkan dalam kondisi theta, apalagi berusaha untuk tetap sedar melainkan mereka yang telah lama berlatih meditasi @ tafakur, ahli dzikir. Yang ada pun akan berpatah balik ke alpha, atau terus terlajak ke delta.

Visualisasi harus dilatih terus-menerus & fokus selama dalam kondisi alpha. Jadikan visualisasi sebagai perkara terakhir di minda pada saat masuk wilayah theta. Maksudnya ialah dalam wilayah alpha kita visualisasi terus-menerus dan apabila hampir masuk ke wilayah theta pastikan tetap teruskan visualisasi sehinggalah kita masuk ke wilayah theta. Sebab ketika dalam wilayah theta agak sukar untuk divisualkan.

Kurangi makan dan minum. Paling baik adalah berpuasa.

Amalan berpuasa atau berlapar ini akan mengistirehatkan organ pencernaan kita. Sehingga energi lebih terfokus pada otak kita. Jika sering berpuasa Isnin-Khamis, potensi untuk mengoptimalkan bawah sedar sangat luar biasa. Jadi jangan meremehkan orang yang rajin berpuasa, kerana mereka mempunyai kebolehan minda bawah sedar yang luar biasa.

Tetapi, niat berpuasa biarlah kerana Allah, ia adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kelebihan-kelebihan lain mendatang kemudian tanpa perlu kita fokuskannya. 

Perlukah Brainwave (BW)?

BW sebetulnya tidak diperlukan. Brainwave hanyalah alat-bantu menghantarkan kita ke kondisi alpha dan theta. Muzik iringan pada brainwave hanyalah tambahan untuk rileksasi dan mempertahankan  atau membuatkan kondisi theta lebih lama dan mencegah kita langsung tertidur lelap.

Beberapa CD BW yang memberikan arahan juga hanyalah membantu melakukan visualisasi secara jelas (kebanyakannya ramai yang sukar untuk visualisasi sendiri).

Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta ini saling berkait rapat dengan Reiki.

Self Hypnosis - 5 Prinsip Reiki yang diucap setiap hari

Visualisasi - 1001 teknik mengikut kreativiti. Walaupun dalam mengamalkan Reiki tidak ditekankan untuk visualisasi sebaliknya ditekankan untuk tetap pasrah, tetapi gabungan Reiki dan visualisasi boleh saja digunakan asalkan tidak menganggu emosi ketika sedang ingin fokus kepada visualisasi tersebut. Biasanya orang yang sukar untuk visualisasi, apabila mencuba untuk visual sesuatu keadaan tetapi 'tidak kelihatan' dalam visualnya, menyebabkan ia stress. Sebaiknya visual dalam kondisi Alpha. Visualisasi boleh digabung bersama reiki samada untuk rawatan, perhubungan, kerjaya, kewangan dan lain-lain. 

Theta - Latihan meditasi yang kerap, memudahkan pengamal Reiki mengalami kondisi yang disebut keheningan yang dalam iaitu Theta. Tetapi awas, jika tidak dikawal akan kembali ke Alpha atau terus ke Delta (tidur zzzzzzzz)
KURSUS REIKI MALAYSIA - REIKI HIKMAH SUFI MALAYSIA