Aplikasi Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, September 19, 2008


Salam sejahtera semua... Kali ini saya nak kongsi serba sedikit kaedah atau salah satu dari pelbagai aplikasi Reiki dalam kehidupan seharian.
 
Cara yang paling utama dalam aplikasi Reiki pada diri sendiri adalah di mana posisi tangan diletakkan pada diri dengan niat mengalirkan energi bagi apa jua tujuan penyembuhan bagi fizikal, minda atau emosinya. Kita bertanggungjawab sepenuhnya pada tahap kesihatan diri sendiri, dan insan yang paling berhak untuk mengubatinya adalah diri kita sendiri. Semakin banyak perhatian dan tindakan kita untuk mengharmonikan tahap energi, kesihatan serta keunikkan kita, semakin banyaklah hasil yang akan ditranformasikan secara total. Maka pencerahan dan peningkatan kualiti hidup semakin terasa. Hidup ini bukan sekadar hidup malah lebih dari itu...
Kaedah mengaplikasikan Reiki setiap hari ini tidak terhad kepada diri, makanan, minuman dan barangan anda. Perluaskannya seperti ketika bersosial, buntu, resah, menggunakan alatan, bercakap, berfikir dan banyak lagi. Ia boleh dilakukan dengan aturan yang betul atau dengan hanya bersahaja tanpa memerlukan syarat-syarat yang rumit. Malah ia boleh dilakukan tanpa disedari oleh orang-orang di sekiling anda. Reiki akan terus mengalir untuk apa atau ke mana juga permasalahan anda walau tanpa anda mengetahuinya.

Dibawah ini sebagai panduan umum saja bagaimana mengaplikasikan tenaga Reiki dalam kehidupan seharian. 
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>