Emosi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 25, 2009


Salam harmonis kepada pembaca budiman... Dah sekian lama tak meng'update' blog ni. Terima kasih ler pada yang sudi berkunjung ke blog saya ni.

Kali ni saya cuba untuk menulis artikel-artikel yang bukan saja tentang tajuk reiki, aura, chakra dsb tapi serba sedikit berkaitan dengan minda, emosi, motivasi, 'law of attraction' dan apa saja untuk meningkatkan kecemerlangan diri.

Ok, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang emosi. Sebelum tu kita perlu tahu apakah itu emosi? Serba ringkasnya emosi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan keadaan mental dan fisiologi yang berhubungan dengan bermacam perasaan, fikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu.

Setiap manusia semuanya mempunyai emosi. Kalau siapa yang tiada emosi tu, bukan manusia namanya :-) Emosi bukan hanya marah, benci, suka, duka tapi sebenarnya ada bermacam-macam emosi yang berada dalam dada manusia.

Renungkan betapa hebatnya Yang Maha Pencipta. Menciptakan pelbagai emosi dalam satu 'sarung' jasad ini. Emosi yang tak nampak tapi ianya memberi impak yang begitu hebat dalam kehidupan kita seharian.

Di bawah ini saya hanya menyenaraikan antara emosi-emosi yang kita semua sedia maklum. 7 emosi positif dan 7 emosi negatif.

7 emosi positif:

1. Keinginan
2. Keyakinan
3. Cinta
4. Seks
5. Azam
6. Romantik
7. Harapan


7 emosi negaif:

1. Rasa takut
2. Kecemburuan
3. Kebencian
4. Pembalasan dendam
5. Keserakahan
6. Tahyul
7. Kemarahan

Ok, kalau boleh kita tanamkan kebiasaan emosi positif supaya emosi negatif tidak dapat muncul dalam diri kita. Emosi positif dan negatif tidak boleh muncul serentak. Tidak ada dua emosi dalam 1 keadaan.

Cuba kita lihat apabila seseorang yang sedang marah tidak mungkin ketawa atau senyum. Kalau tengah marah sambil senyum, tak ke pelik? Hehehe...

Maka itu, diri kita sendirilah yang bertanggungjawab untuk mengawal emosi kita agar tetap positif.