Salam kepada semua pembaca budiman.. Saya sering menerima pertanyaan melalui emel dan sms tentang soalan "Apakah mempelajari Reiki ini syirik? Adakah ilmu Reiki ini mengundang/menggunakan/menyeru jin?"
Jadi saya sertakan emel yang telah dijawab di sini. Moga permasalahan ini terjawab. Jika masih ada yang ragu-ragu tentang Reiki, terserah kepada anda. Tiada paksaan dalam mempelajari Reiki. :-)
Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya ditemukan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai 'namanya' tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.
Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: "Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini". (Teringat cerita 'Pendekar Bujang Lapok' :-) Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.
Setahu saya, dalam Reiki Hikmah Sufi Malaysia, kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?
Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan... anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan 'sifat energi' reiki itu sendiri yang alami.
Jika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin.
INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).
Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? :-) Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.
Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit lagi.
Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur'an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!
Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).
Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.
Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang 'internet marketer' membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer... apa akan terjadi? Tak ke pening. :-) Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran "Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?
Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:
“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan! :-)
Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat. :-)
Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak 'menghukum' hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.
Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : "Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya".
Hanya yang 'ahli' memahaminya.
Wassalam. :-)
p.s. Macamana, ada berani belajar Reiki?