Pernafasan 7 Chakra

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, July 30, 2009



Ramai orang menganggap bahawa belajar Reiki itu ‘wajib’ melakukan meditasi.Ia tidak menjadi satu kemestian. Asalkan pengamal Reiki sudah mendapatkan penyelarasan (attunement), tanpa melakukan meditasi pun energi Reiki akan mengalir di dalam tubuh pengamalnya.



Namun seiring perjalanan waktu dalam belajar Reiki, meditasi sebaiknya dipraktikkan kerana dengan melakukan meditasi pada hakikatnya Anda mengaktifkan chakra-chakra di dalam tubuh terutamanya chakra-chakra utama sehingga akan memperolehi tubuh yang bersih energinya. Untuk tetap sihat syaratnya pengamal Reiki harus melakukan latihan Reiki sekerap mungkin.


Latihan dalam Reiki iaitu kerap melakukan self healing dan juga melakukan rawatan kepada orang lain baik jarak dekat atau jarak jauh akan semakin meningkatkan kualiti jalur energi pengamal Reiki. Sebagai pengamal Reiki kita hanyalah "medium penyalur" energi ciptaan Ilahi.


Perlu diketahui bahawa energi Reiki tidak akan habis digunakan. Berbeza dengan tenaga dalam. :-) Sebab energi Reiki adalah energi alam semesta yang penuh harmonis. Cukup saja dengan afirmasi / niat lalu mengarahkan energi Reiki ‘bekerja’ maka energi Reiki akan segera mengalir sesuai dengan afirmasi yang diucapkan..


Ibarat radio / television yang telah kita set frekuensi gelombang pada saluran tertentu, pengamal Reiki hanya meniatkan energi bekerja dan mengalir, maka energi Reikipun mengalir dengan sendirinya di dalam tubuh Anda. Afirmasi ini ibarat menekan tombol on/off di radio / television.


Di sini saya berkongsi dengan Anda khususnya pengamal Reiki di Malaysia tentang Teknik Pernafasan Chakra yang khusus untuk mengembangkan dan membersihkan lagi chakra-chakra sedia ada. Walaupun telah diselaraskan ia tidak bermakna chakra-chakra akan tetap ‘maintain’ selamanya. Kerana persekitaran sentiasa terdedah dengan radiasi handphone, perkakas elektrik dsb. Maka jika diamalkan Teknik Pernafasan Chakra ini mudah-mudahan akan meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti energi Reiki Anda.

>>>baca artikel penuh DI SINI>>>