Pentingnya Penyembuhan Diri

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, March 12, 2009


Setelah anda mengikuti Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia, anda sudah pun dapat mengalirkan Reiki untuk kesihatan diri sendiri dan orang lain samada secara hadir diri atau jarak jauh. Dalam level 1 ini sebaiknya anda terus melakukan self healing selama 21 hari dengan cara menempelkan kedua telapak tangan ke bahagian tubuh yang sakit ataupun tidak sakit selama 3-5 minit pada setiap bahagian tubuh. Begitu juga apabila anda telah mendapatkan attunement untuk level selanjutnya.

Ketika melakukan penyembuhan diri, pelbagai rasa akan anda alami. Bagi anda yang peka akan merasakan hawa panas, dingin, sejuk bahkan panas dan dingin saling bergantian keluar dari kedua telapak tangan. Namun bagi anda yang tidak peka tidak perlu kecewa kerana Reiki tetap mengalir keluar dari kedua telapak tangan. Lakukan penyaluran Reiki ini dengan senyum, santai, pasrah dan sabar. Sebelum memulai aktiviti penyembuhan diri ini hubungkan diri Anda dengan Pemilik Tenaga Alam Semesta yaitu Tuhan Yang Maha Esa dalam doa permohonan.

Setelah berdoa mohonlah izin-Nya untuk menyalurkan Reiki lalu niatkan, "Tenaga Reiki mengalir ke seluruh tubuh saya untuk mengatasi masalah kesihatan.....(sebut jenis penyakitnya), moga dengan izinMU Ya Allah terjadilah penyembuhan pada tubuh saya".

Anda boleh niatkan sesuai dengan keinginan anda. Kepada yang telah mempelajari Reiki, bolehlah rujuk manual yang telah diberikan. Setelah niat dicetuskan maka respon alam bawah sedar automatik akan bekerja dan menggerakkan Reiki untuk mengalir. Tetap dalam keadaan santai dan tidak perlu konsentrasi. Semakin anda senyum, santai dan pasrah semakin deras Reiki mengalir dan mungkin anda akan alami mengantuk yang begitu hebat sehingga kemungkinan anda tertidur. Ini boleh terjadi!


Bila penyaluran Reiki ini dilakukan dengan tertib dan teratur maka diperlukan biasanya 55 minit hingga 1 jam. Dengan melakukan penyembuhan diri setiap hari diharapkan anda memperolehi kesihatan yang amat baik secara percuma, dengan memanfaatkan energi alam semesta dan akhiri penyaluran Reiki ini dengan doa syukur sekali lagi kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta.

Kepada yang malas melakukan self healing, renungkanlah:
“dikatakan bahwa dalam kehidupan seharian ramai orang yang tidak pernah berhasil memantapkan Reiki dengan baik. Orang ini biasanya belajar Reiki bukan terdorong oleh keperluan untuk sihat dalam hidupnya tetapi hanya sekadar suka-suka saja atau sekadar ambil tahu. Akibatnya bila para master me’wajib’kan melakukan penyembuhan diri maka akan merasa bosan, sehingga Reiki tidak akan bekerja semaksima mungkin dalam menjaga kecergasan dan kesihatan tubuhnya”.

Mereka ini terkesan dengan Reiki pada awalnya, tetapi mereka malas melakukan penyembuhan diri dengan pelbagai alasan. Kemungkinan akan sakit boleh terjadi. Hal ini mungkin kerana Reiki terlalu mudah dipelajari. Mempelajari sesuatu kepandaian yang luar biasa seperti Reiki dalam 1 atau 2 hari kursus dapat dikatakan terlalu mudah dan kerana merasa mudahnya ini maka anjuran agar selalu melakukan penyembuhan diri diabaikan.

Reiki memang mudah dipelajari. Jadi kita wajib bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk belajar Reiki dengan mudah di tengah kesibukan hidup kita setiap hari selain bekerja cari makan, sekolah, bisnes dan kegiatan hidup lainnya. Selalunya orang yang paling banyak berterima kasih dan bersyukur atas keadaan ini adalah orang yang pernah mengalami sakit kronik, gangguan dan masalah kesihatan yang serius dan berjaya sembuh atas penyakitnya dengan asbab belajar Reiki. Mereka ini akan mempergunakan Reiki semaksima mungkin baik untuk dirinya sendiri atau orang lain.

Jadi, mulai sekarang ini marilah kita hidup sihat dengan sering melakukan penyembuhan diri! Bagi yang belum belajar reiki, Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia dibuka untuk pendaftaran.