Dulu attunement ini disebut empowerment (reiju) dan dilakukan tanpa simbol. Untuk attunement ini banyak yang melakukan persiapan khusus, seperti membakar dupa, mengatur pencahayaan, memutar musik lembut, menyalakan lilin dan yang lainnya. Tapi menurut saya yang terbaik adalah kesederhanaan, iaitu tanpa melakukan hal di atas, attunement tetap dapat berjalan dengan baik.
Waktu yang diperlukan sekitar 25 minit, untuk setiap level.
TUJUAN ATTUNEMENT
Attunement reiki merupakan langkah awal kepada proses penyembuhan. Jika anda menghidapi penyakit yang berat atau kronik, pada mulanya anda akan merasai tenaga itu mengalir secara perlahan-lahan kemudiannya menjadi satu aliran yang besar dan laju. Ini adalah kerana penggunaannya secara harian dapat membersihkan atau memecahkan segala halangan sekatan yang ada sehinggalah anda menjadi pengalir yang bersih dan kuat untuk mengalirkan tenaga.
Attunement memulakan proses pembersihan (cleansing) dalam kitaran tenaga manusia (chakra, kundalini, dan aura). Bermula daripada proses attunement, kitaran pembersihan selama tiga minggu juga bermula. Pada setiap hari pembersihan, akan berlaku peningkatan.
Adalah digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk benar-benar bersih. Bersedialah untuk melupakan segala isu-isu dan permasalahan lama. Makan makanan yang berkhasiat dan minum banyak air kosong. Beri masa pada diri anda untuk bermeditasi, lakukan senaman, berekreasi dan rehat.
Antara proses penyahdetoks dan pembersihan adalah seperti berikut :
- Selesema yang tiba-tiba selepas tamat attunement
- Sakit kepala dan rasa loya
- Rasa letih atau lebih bertenaga
- Rasa panas, pening atau berpeluh
- Luahan emosi seperti menangis atau ketawa
- Pelbagai jenis sakit lain disebabkan berlakunya pembersihan pada tenaga kerohanian mahupun tubuh fizikial.
Daripada attunement reiki juga boleh membangkitkan dan juga meningkatkan kesedaran dalaman seseorang. Adalah penting untuk anda ketahui bahawa kesanggupan dengan rela hati untuk meningkat dan berkembang adalah kunci utama kepada pembangunan dan pembentukan diri sendiri. Hanya melalui keikhlasan, konsisten dan kepatuhan anda akan meningkat dan menguasainya.
Sepanjang proses attunement dijalankan, cuba untuk rehat dan fokus pada pernafasan, dan kepada apa yang anda rasai. Semasa attunement, kadangkala juga anda akan merasai dan melalui pengalaman secara visual seperti simbol, warna, sensasi fizikal atau emosi.
SELEPAS ATTUMENT
Sejurus selesai, catatkan pengalaman anda. Ambil masa untuk mengimbas apa yang anda telah alami dan berkongsilah dengan guru anda untuk tujuan mambantu anda memahaminya. Bertenang, rehat, minum air secukupnya dan beri masa untuk diri anda kembali seperti keadaan biasa.