Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Apabila tangan seorang pengamal reiki diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, Reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal reiki tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal reiki tersebut tertidur.
Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari pengamal reiki samada niat atau tidak. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (diberi attunement), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.
Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal reiki mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal reiki secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sayang sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.
InsyaAllah.