Reiki Mengalir Ikut Keperluan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, March 28, 2009

Kekuatan aliran tenaga Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit yang mengalami rasa kesakitan yang amat sangat ataupun emosi sangat terganggu, Reiki akan mengalir dengan lebih kuat. Tangan pengamal akan terasa seperti lebihan tenaga Reiki mengalir deras, kebas dan seperti arus elektrik kecil.

Jadi, kekuatan aliran tenaga Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang alamiah, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran tenaga yang terjadi tidak terikatt dengan niat dari pengamal. Tenaga Reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri kerana sebab itulah tenaga Reiki ini disebut sebagai 'tenaga pintar'.

Mengikut pengalaman sesetengah pengamal Reiki, bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain.

Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa, Reiki mengalir ke tempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran Reiki terhenti.

Melalui percubaan-percubaan rawatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat. Maka, perlulah difahami bahawa tenaga Reiki tetap mengalir dan ia mengalir mengikut keperluan tubuh pesakit dengan cara kerjanya tersendiri menyeimbangkan tenaga di bahagian-bahagian tubuh yang sakit yang memerlukan tenaga Reiki ini.