Salam semua..
Kali ni saya nak berkongsi tentang apa itu chakra? Dalam kehidupan kita seharian samada kita percaya atau tidak chakra tetap ada pada setiap diri manusia... dan memainkan peranan penting dari aspek peribadi, kesihatan, kewibawaan, kecantikan, spiritual, dan serba serbi kehidupan kita.
Pernah tak kita dengar kalau beguk (sejenis penyakit kelenjar di tengkuk) mesti letak nila, warna biru. Padahal nila tu bukan ubat kan? Nak tahu sebabnya warna di area tengkuk/leher adalah warna biru.. Kalau nak mudah hadam makan salah satunya digalakkan makan pisang. Pisang warna kuning, di area perut disebut chakra solar plexus dan ia berwarna kuning. Anda nampak dan pernah alami senario ini kan?
Oklah untuk permulaan saya terangkan serba sedikit tentang chakra. Chakra ni asalnya dari perkataan Sanskrit yang bermaksud roda. Lebih tepat lagi kalau dalam bahasa melayunya pusat tenaga (energy centre) atau pintu masuk dan keluar tenaga (lifeforce/bio energy). Jika darah mengalir melalui pembuluh darah, tenaga pula mengalir melalui “lorong” yang dinamakan meridian. Meridian ini berpangkal pada titik-titik tertentu pada tubuh, membentuk pusat-pusat tenaga. Pusat tenaga inilah yang dipanggil chakra. Chakra merupakan bahagian yang amat penting pada tubuh tenaga manusia (bioplasmic/etheric body). Tubuh kita mempunyai kira-kira 72.000-an meridian. Chakra utama yang telah kita ketahui ada 7. Setiapnya mempunyai warna yang tersendiri (warna pelangi).
Fungsi-fungsi chakra
* menerima, memproses dan menyalurkan tenaga ke organ yang terdekat/berkaitan
* mengawal keadaan mental, spritual dan fizikal manusia
* membentuk aura manusia
* sistem radar semulajadi
Chakra boleh di bahagikan kepada 3 kategori. chakra utama (Major), minor chakra dan juga mini chakra.
Fungsinya pun berbeza-beza sebagai contoh chakra utama menyalurkan tenaga ke organ-organ utama. Minor chakra dan Mini chakra pulak akan menyalurkan tenaga ke organ-organ/bahagian yang kurang pentingnya di dalam tubuh fizikal manusia. Di bawah ni senarai chakra-chakra utama:
Major Chakra (chakra utama)
* crown chakra (terletak di bahagian atas kepala) - warna violet
* ajna chakra/third eye (di antara dua alis mata) - warna indigo
* throat chakra (di tengah leher) - warna biru
* heart chakra (di tengah dada) - warna hijau
* solar plexus chakra (di antara tulang rusuk, ditengah) - warna kuning
* sex chakra (lebih kurang 2 inci dibawah pusat) - warna oren
* root chakra (diekor tulang belakang) - warna merah
Rasanya setakat ni info saya boleh kongsi. Pada anda yang masih baru dengan bab-bab metafizik ni mesti pelik dengan chakra, aura ni. Tapi adatlah setiap yang baru pada kita pasti agak pelik pada mulanya, lama-lama boleh terima. Macam handphone, kalau kita cerita kepada orang yang tak tahu apa pun pasal handphone mesti pelik... "apa? boleh cakap dengan orang yang jauh guna benda ni aje"... Setiap yang tidak kelihatan di mata kasar belum tentu tak wujud pada nyata. InsyaAllah saya akan menulis mengenai chakra lagi di masa akan datang.
Sekian dari saya….