AMBIL KESEMPATAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, September 4, 2008


Salam kepada anda semua... apa kabar?

Hari ini hari yang ke-4 kita berada dalam bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan pelepasan.. Periksa dan hisab diri kita, apakah amalan kita meningkat di bulan ramadhan ini atau seperti bulan-bulan yang biasa? Bersyukurlah kepada anda semua andai setiap masa dihiasi dengan ibadah kepada Allah dan celakalah andai bulan mulia ini dipersia-siakan..

Ambillah kesempatan ini untuk kita tingkatkan segala macam aspek dalam kehidupan seharian.. kesihatan, keimanan, ibadah, silaturahim, disiplin..ambil kesempatan untuk memperbaiki diri, cleansing sifat-sifat mazmumah dalam diri moga tercapai maksud puasa itu sendiri - TAQWA. Jangan masa puasa ni je kita kuat solat malam, jaga yang fardhu, perbanyak yang sunat, baca quran tapi bila abis ramadhan amalan-amalan itu jadi kenangan.. dah tak buat, takpun sikit-sikit je. Bukan itu maksud puasa..

Fikirkan, jika dihayati... sebulan puasa ini sebenarnya jika kita jaga segala adab-adabnya pasti akan membawa kepada perubahan positif pada diri kita sebagai bekalan untuk 11 bulan mendatang. Tenaga yang dihasilkan amat luar biasa, kerana seluruh dunia membiaskan tenaga-tenaga harmoni, kerohanian di alam semesta membuatkan iblis dan kuncu-kuncunya tiada kekuatan untuk menggoda manusia.

Bagi pengamal reiki, meditasi maka saya sarankan agar self healing dan meditasi diteruskan. Guna kelebihan pada diri - minda. Bina mindset baru yang positif ketika sedang meditasi... umpamanya "Mulai saat ini aku ingin menjadi seorang Muslim yang menjaga solat tepat pada waktunya".. atau "Mulai saat ini wajib atas diriku menahan nafsu dari berlebih-lebihan".. anda boleh senaraikan saranan-saranan positif dalam diri anda. Lakukan sebaiknya ketika di siang hari kerana waktu itulah tubuh fizik sedang merehatkan diri dari 'aktiviti-aktivinya'.. minda menjadi ringan, jiwa tenang.. mudah untuk ke alpha state yakni wilayah gelombang otak yang terbuka ke alam minda separa sedar. Berilah saranan bertalu-talu kepada minda separa sedar, ia hanya menurut perintah kita sahaja. Kesannya, setiap saranan yang kita lakukan akan terbawa-bawa dalam apa jua gerak geri di kehidupan seharian.

Self healing pula kita lakukan bersungguh-sungguh, jaringan tenaga dalam tubuh kita mudah menerima sepenuhnya kerana tubuh kita banyak berehat ketika ini.. Masa seeloknya puasa di siang hari. Tenang...dan tenang bila buat selfhealing.. dari hujung rambut hingga hujung kaki (ada dalam manual). Setiap kali kita merawat diri, setiap kali tangan menyentuh part-part tubuh kita, sertailah dengan doa... umpamanya: ketika di area kepala kita niat di hati "Ya Allah sucikanlah mindaku dari fikiran-fikiran negatif, tingkatkan IQ aku, jadikan aku genius....." Boleh ditambah atau dikurang mengikut penghayatan kita dan apa yang kita nak. Begitu seterusnya ke bahagian-bahagian yang lain di tubuh kita. Selepas tu, rasakan badan macamana, ringan dan..... tak terluah dengan kata-kata. Hehehe... sendiri buat sendiri akan rasa.

Ok lah, setakat ni saja saya berkongsi... kepada anda semua jadikan ramadhan ini sebagai titik mula kita istiqamah di dalamnya dan juga bulan-bulan berikutnya. Jangan khuatir akan dunia ambil sekadar perlu, bekerja sekadar kewajipan & tanggungjawabnya.. luangkan masa untuk diri sebab majoriti manusia yang tidak ada kemajuan dalam dirinya adalah manusia yang sibuk dengan keadaan sekeliling tapi tidak punya masa untuk diri sendiri.

"5 minit untuk diri mampu menjana perubahan positif dalam diri kita selama 24 jam"... lagi lebih lagi bagus. InsyaAllah.

Wallahu'alam...