Showing posts with label SANTAPAN ROHANI. Show all posts
Showing posts with label SANTAPAN ROHANI. Show all posts

Tetapkan Matlamat dan Impian Anda

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, December 30, 2012





Contoh mudah untuk mudah faham tentang betapa pentingnya tetapkan matlamat dan impian kita.

Cuba anda lihat gambar di atas, apa yang boleh anda tafsir? Banyak sangat sayur tu, boleh ke nak makan semua? :-) Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah seperti contoh gambar di atas tu... terlalu banyak sayuran, tapi yang mana satu sayur kegemaran kita? Atau apakah keperluan sayur dalam masakan pada hari ini?

Jika anda terus pergi ke pasar, tanpa berfikir dan tetapkan apa yang anda hendak beli maka apa yang terjadi adalah apabila tiba saja di pasar, anda akan banyak habiskan masa untuk berfikir sayur apakah yang nak dibeli... atau anda pening dengan banyaknya pilihan. Jika tak kena gaya, mungkin anda akan membeli sayur yang tidak sesuai untuk menu masakan anda.

Bukankah senang jika dari rumah lagi anda buat persediaan, fikir dan visualkan sayur apa yang perlu dibeli untuk menu masakan pada hari ini? Sebagai contoh sayur sawi. Apabila telah dipersetujui oleh keinginan dan fikiran anda, maka berlakulah pergerakan terakhir ikhtiar anda iaitu anda bergerak menuju ke pasar dan terus membeli sayur sawi. Masa anda jimat. Mudah bukan?

Begitu jugalah dalam kehidupan ini. Allah telah sediakan terlalu banyak pilihan di dunia, Allah juga telah sediakan dan tebarkan rezeki di segenap penjuru dunia. Tinggal anda harus memilih apa yang menjadi keperluan anda untuk hidup di dunia. Terpulang kepada diri anda samada sesuatu yang telah disediakan sekian banyak itu berdasarkan keperluan ataupun keinginan. Tetapkan matlamat dan impian dengan sejelasnya.

Tetapkanlah matlamat, impian anda setiap hari, minggu, bulan dan tahun untuk menuju kesempurnaan hidup zahir batin dunia akhirat. Allah telah sediakan akal dan jiwa, gunakanlah sebaik-baiknya untuk membuat keputusan. Allah telah beri banyak kelebihan yang ada dalam diri manusia. Bukan sekadar jasad, tapi komponen-komponen roh yang lain seperti emosi dan minda. Jika anda manfaatkan emosi dan minda anda ke arah positif, insyaaAllah jasad anda akan bergerak ke arah yang positif. Ia tidak lain tidak bukan haruslah bermula dari main powernya iaitu Ruhani anda. 

Tahun 2013 bakal tiba, tetapkanlah matlamat dan impian anda sendiri. Matlamat dan impian anda untuk jangka masa pendek (sbg cth 1-5 tahun), sederhana (10-15 tahun) dan panjang (kehidupan akhirat). 

Rugi hidup tanpa halatuju. Program yang dah biasa kita jalankan. Cuba setting new program, lihat apa yang terjadi?

Dah diberi dakwat dan pen, kenapa nak minta huruf, perkataan dan ayat?
Allah dah beri jasad, akal, perasaan... kenapa masih nak meminta itu dan ini? Gunakanlah ia sebaik mungkin. Kajilah apa kelebihan dan kekurangannya. Dah tahu, tingkatkan saja kelebihannya. 

Sedangkan apa yang diminta telah diberi walaupun tanpa meminta. Meminta @ berdoa itu adalah suatu ibadah yang menunjukkan rasa kehambaan dan perlunya kita kepada Allah. Meminta @ berdoa itu adalah perintah Allah. Orang yang dah mengenal Allah, hanya meminta kesempurnaan cahaya dariNYA. Tujuan hidup hanya Allah, dan keredhaanNYA yang diingini. Cinta dan makrifat Allah yang diidamkan di dunia ini. Kerana yakinnya akan janji-janji Allah, bahawa ajal maut rezeki jodoh pertemuan tanah kubur telah ditetapkan sejak azali. Tugas hamba hanya berusaha.

Dan usaha itu bukan secara lahiriah, bahkan tidak akan lengkap lahiriah tanpa usaha batiniah juga. Renungkan dan selamat beramal!




More about → Tetapkan Matlamat dan Impian Anda

Bersyukur Walau Nikmat Yang Kecil

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, May 15, 2012


Kalau perkara kecil pun tak reti nak bersyukur, inikan pula perkara-perkara besar?
Belajarlah kita untuk selalu bersyukur walau perkara-perkara kecil.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…hari ini aku dapat makan nasi lauk asam pedas Melaka.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…hari ini aku telah bertemu dengan Ahmad sehingga terbuka peluang bisnes.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…pelanggan aku bertambah hari ini.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…aku selamat pulang dari tempat kerja.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…hari ini anak aku berlaku baik kepadaku dan rajin baca buku.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…kerana memilih aku untuk bersedekah hari ini.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…walaupun kepala aku sakit, tapi kaki & tangan aku mampu bergerak mencari nafkah.

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…walau aku dimarahi bos, tapi aku tidak ditempeleng olehnya.

Syukur...syukur...syukur dan terus bersyukur. Semuanya NIKMAT!
Wujudkan hubungan kita langsung dengan Allah setiap masa.

Salam sukses!
More about → Bersyukur Walau Nikmat Yang Kecil

Jangan Jumud Dengan Satu-satu Aliran Ilmu

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, April 25, 2012



Ilmu energi, ilmu tenaga dalam, ilmu minda, ilmu hikmah, ilmu rukyah, ilmu sains, semuanya adalah bersumber dan berasal dari Allah. Halal dan haramnya ditentukan oleh dua sebab. Kerana Allah, dan tidak melanggar hukum syarak. Begitu juga dengan Reiki. Reiki bukanlah agama. Reiki adalah salah satu method penyembuhan menggunakan telapak tangan yang diletakkan di tempat yang mengalami gangguan ketidakseimbangan tenaga pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.


Belum lagi ilmu seperti Mindpower, Law of Attraction, Mind Seduction, Subjective Communication, Hypnosis, Subconscious Mind, Telepathy, OBE, Neuro-Linguistic Programming ( NLP ). Kalau ditambah ilmu-ilmu hikmah yang pelbagai maka tak habis di sini.

Walaupun ada di antara ilmu-ilmu ini dipelajari samada dari sami Buddha, Hindu, Kristian, orang kafir itu tidak timbul isu syirik dan sesat. Kerana yang dipelajari adalah ilmu pengetahuan tentang struktur tubuh, potensi kelebihan minda dan emosi manusia. Bukan belajar agama, dan bukan belajar cara menyembah berhala.

Dan tidak salah jika kita belajar ilmu dari orang kafir, kita selitkan dengan doa-doa, munajat kepada Allah. Bukan 'mengislamkan' ilmu orang kafir. Sebab jika difahami, semua ilmu adalah dari Allah. Secara zahir saja melihat ilmu itu dari seseorang. Jika belajar ilmu bedah dari orang kafir di barat, walau tak diajar doa ketika bedah, apakah seorang Muslim tidak boleh berdoa sebelum bedah pesakit? Ada juga ilmu yang kononnya dipelopori oleh Barat seperti Law of Attraction' (LOA), jika kita kaji dan faham ilmu LOA ini maka kita bertambah yakin dengan ajaran dalam Islam. Ia telah ada dalam Islam, cuma orang Islam yang malas serta buta tuli 'tidak nampak' dan tidak tahu bagaimana nak amalkan Hukum Tarikan (LOA) ini. Orang kafir belajar dan mengkaji, jadi mereka dapat apa yang mereka usahakan. Itupun sebatas tahap kepercayaan mereka. Tapi sebagai orang Islam, belajar, kaji dan sesuaikanlah dengan syariat dan aqidah yang benar.

Masing-masing ilmu adalah sama. Hanya berbeza jalan dan cara. Kalau nak dikatakan salah satunya bidaah. KEBANYAKKAN ILMU YANG ADA SEKARANG ADALAH BIDAAH. Tidak semua pun yg betul-betul mengikut tingkahlaku Nabi 100%.

Amal tanpa ilmu, sesat. Begitu juga dalam rawatan Reiki, kerana tanpa ilmu ia boleh menyebabkan mudharat dengan izin Allah.

Ilmu Rukyah juga boleh bertukar sesat dan syirik kalau si pesakit dan si pengamal yakin bahawa ayat itu yang memberi bekas dan menyembuhkan segala masalah.

Masing-masing ilmu adalah unik, jadi tidak perlulah hendak jumud dan berlagak untuk mengatakan ilmu ini lebih baik dari ilmu itu dan sebaliknya. Yang berkuasa hanya Allah SWT sahaja. Kalau Dia berkehendak, tahi kambing pun boleh jadi ubat, lalu apa hak Anda untuk menidakkan kuasa Allah?

PENYELESAIANNYA? Jalanilah ilmu masing-masing tanpa rasa ragu dan was-was selagi tidak melanggar hukum Allah dan hukum syarak. Usah dirisau dakwaan pengamal-pengamal ilmu lain yang mengatakan ilmu mereka lebih baik dari ilmu anda, yang mengatakan ilmu mereka 'lebih Islam dan ikut sunnah'. Kerana Tuhan anda hanya satu, Allah, Dzat Yang Maha Esa, dan yang berkehendak JADI, Allah jua. Ilmu yang baik, tidak pernah akan berlaku percanggahan di antara satu dengan yang lain. Ilmu yang baik, berkesan di hati dan menurunkan ego keakuan diri. Lebih rasa rendah diri terhadap kebesaran Allah.

Kalau masing-masing yakin Allah yang menyembuhkan penyakit, kenapa pula harus berkelahi sesama sendiri dan takut berlaku perlanggaran? Bukankah semua kerana Allah? Hanya orang-orang dungu dan berotak sempit sahaja yang mengasing-asingkan ilmu mereka dan tidak mahu bekerjasama untuk berbakti sesama manusia.

"Belajar dan kajilah ilmu yang membuatkan rasa dekat dan hampir kepada Allah, walau sekadar belajar ilmu sebatang pokok."

Ada orang serba-serbi hukum tahu, serban berlilit 7 hasta, janggut panjang berinai, tasbih di tangan sentiasa, mulut bertasbih, (maaf bukan semua), tetapi suka memperlekehkan orang lain, merasa ilmunya tinggi, merendah-rendahkan orang kebiasaan, memandang hina para ahli maksiat, merasa diri lebih mulia, lebih bagus. Apakah ini dituntut dalam Islam?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal dengan ilmu masing-masing tidak kira apa jenisnya, serta berbaik dan bersatulah kerana Allah.
More about → Jangan Jumud Dengan Satu-satu Aliran Ilmu

Aku Bukan Jasad , Fikiran , Perasaan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, April 19, 2012


Kita sebagai manusia kebiasaannya terbiasa dengan "kebersamaan" antara sesuatu dengan diri kita. Sebagai contoh yang mudah adalah seperti ketika kita menyatakan "Aku marah", "Ini rumahku", "Keretaku rosak", "Ini idea aku", "Aku sakit gigi", Aku sakit kepala" dan banyak lagi pernyataan yang serupa.

Bila kita berkata "Aku sakit kepala" maka kita 'menyamakan' "aku" dengan "sakit kepala". Bermakna "aku" = "sakit kepala". Bila kita berkata "Ini idea aku" maka kita menyamakan diri kita dengan idea kita. Itulah sebabnya bila ada orang yang mengkritik idea kita maka kita boleh jadi marah. Kenapa? Kerana kita menganggap orang itu mengkritik diri kita di atas sebab kita telah menyamakan idea dan diri kita tadi menjadi satu.

Pertanyaan: Apakah kita ini sama dengan emosi kita? Apakah kita ini sama dengan idea kita?
Jawapan: Tentu tidak.

Marah adalah suatu bentuk emosi. Dan kita tidak sama atau kita bukan emosi. Begitu juga dengan idea. Idea adalah buah fikiran (thought) yang dihasilkan oleh fikiran (mind) melalui proses berfikir (think). Kita merasa bahawa kita sama dengan emosi atau idea atau apa saja.

Pertanyaan: Apakah kita ini sama dengan fikiran kita?
Jawapan: Tentu tidak.

1) "Kebersamaan" ini nampak jelas bila seorang anak menangis sedih kerana robotnya rosak. Anak ini sedih bukan kerana sayang dengan robot yang harganya mahal tapi kerana "kebersamaan" dalam bentuk "Robotku rosak" membuatkan "robot" itu masuk ke dalam "aku". Dengan kata lain, anak itu merasa yang rosak itu bukan hanya robot tetapi juga "dirinya".

2) Baiklah, katakan ketika Pak Zahid sedang sedih kerana kematian anak yang amat disayanginya. "Aku terlalu sedih". Kebiasaannya apa akan terjadi jika "Kebersamaan" ini berlaku? Seluruh kehidupan Pak Zahid menjadi suram durja, semua kerja tak boleh buat. Sakit kepala, murung, kurang selera makan, kurang bercakap, kurang tidur. Lebih teruk bila jiwa tertekan. Asalnya dari kesedihan itu saja. Tapi kenapa harus yang lain menjadi 'mangsa'? Ini kerana "sedih" telah masuk ke dalam "aku". Menjadi... Aku & Sedih adalah satu!

3) Bila Abu sedang mengalami sakit gigi. Apa yang berlaku? "Aku sakit gigi". Apa jadi bila orang sakit gigi? Asyik2 adoi...adoi... sakitnya gigi. Anda boleh fikirkannya..

"Kebersamaan" membuat seseorang melekat pada sesuatu" dan menjadi SATU.

Dan "Kebersamaan" ini disebabkan 'ciptaan' dari fikiran kita. Kita telah 'terprogram' sejak dari kecil dan sukar untuk membezakannya.

Oleh itu, sedarkanlah sekarang dan katakan pada diri... "Aku bukan jasad, aku bukan fikiran, aku bukan perasaan." Bezakanlah di mana aku dan di mana jasad, fikiran dan perasaan supaya kita tidak terikat dengan apa saja yang melanda kepada jasad, fikiran dan perasaan kita seperti contoh2 di atas.

Jadi penyelesaiannya adalah cuba dahulu BEZAKAN & PISAHKAN antara Aku dengan jasad, fikiran dan perasaan. Ini dapat dilakukan dengan salah satu kaedah iaitu meditasi hening @ tafakur. Membebaskan semuanya yakni jasad, fikiran dan perasaan itu tadi.

Mahu contoh untuk lebih faham?

Situasi no. 1 di atas:
Apa terjadi kepada anak tersebut apabila robot kesayangannya itu TERjatuh dan rosak ketika dia sedang tidur lena?

Situasi no. 2 di atas:
Apa terjadi dengan kesedihan Pak Zahid apabila dia sedang tidur lena? Kenapa Pak Zahid tidak sedih ketika sedang tidur?

Situasi no. 3 di atas:
Apa terjadi pada Abu apabila sedang tidur lena? Sebelumnya sakit, asyik2 adoi...adoi... sakitnya gigi. Sekarang?

Jelas?

Saya bagi contoh lagi. Kawan kita mengadu, "Aku kemalangan tadi, aku selamat tapi kereta aku pula rosak." Mesti kita akan bertanya, "Kereta kau rosak? Rosak kat mana? Bumper kiri, kanan, depan, atau kat mana yg rosak tu?"

Teknik "Pemisah" dalam keilmuan Reiki Hikmah Sufi.

Kalau kita sedih. Sedih tu duduknya di mana? Di badannya kah? Di kepalanya kah? Di dadanya kah? Di manakah?
- Teknik penyelesaian dalam keilmuan Reiki paling simple iaitu, kita terus healing "kesedihan" itu. Full stop! Caranya ..... akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Kalau kita sakit gigi. Sakit tu kita dah tahu. Lagi senang kan? Dah tentu kat gigi.
- Teknik penyelesaian dalam keilmuan Reiki adalah ..... akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Teknik "Pemisah" dalam keilmuan Kuasa Minda (Kaedah Meditasi + Visualisasi + Nafas) - Extra Bonus!
- Akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Kalau dah mahir dan kesedaran kita meningkat, bila kita sedih hanya dengan NIAT menyingkirkan perasaan sedih tu saja dah cukup. Asal kita SEDAR dan NIAT untuk menyingkirkannya. Tapi kalau sedih, dah tu kita tak sedar yang kesedihan ni sesuatu yang buat kita terseksa, pas tu takda niat pun nak singkirkan perasaan sedih tu... alamatnya... ... ...??? Fikirkan sendiri ye. :-)

Ini salah satu dari banyak cara untuk mengawal, menguasai dan melepaskan fikiran dan perasaan kita. Teknik di atas merupakan usaha kita dalam mendaya-guna-pakai apa yang telah ada pada kita iaitu 'alat-alat' berteknologi tinggi 'supersayya' kita tu. Seperti contoh 'alat' kita iaitu tangan. Kalau nak dihuraikan kegunaan tangan, macam-macam boleh buat. Siapa rajin, silakanlah senaraikan. :-)

Mudah-mudahan dengan sedikit coretan di atas, saya dan Anda semua diberi kefahaman.
More about → Aku Bukan Jasad , Fikiran , Perasaan

Resepi Kehidupan Bahagia

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, November 14, 2011


Salam... lama x tulis kat blog ni. Nak kongsi kepada semua pembaca setiap blog Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi tentang Resepi Kebahagiaan Hidup.

Basic je ni dan ramai pun dah tahu. Tapi sekadar mengingatkan diri kita yang sering lupa. Mudah-mudahan Allah kurniakan rasa bahagia dalam diri kita. Aamiin.

Sebelum tu nak celoteh la sikit... Semua manusia tak kira agama bangsa berpangkat kaya atau miskin semuanya inginkan rasa bahagia. Ada yang rasa bahagia bila ada anak, duit, harta melimpah ruah, kawan yang ramai dan macam-macam lagi. Tapi itu semua kebahagiaan yang sementara.

Andai anak mati, apakah bahagia juga mati? Jika jatuh muflis apakah akan merasa bahagia lagi? Itu semua bahagia yang sementara. Jika kita meletakkan bahagia kita pada semua ini maka takkan kekal lama. Jadi di mana letaknya bahagia yang hakiki? Ia ada dalam diri manusia. Allah dan RasulNYA dah beri panduan lengkap macamana nak bahagia dunia dan akhirat...

Jadi kat bawah ni saya kongsi beberapa Resepi Kebahagiaan Hidup:

1. Beriman dan beramal soleh
2. Berbuat baik kepada sesama makhluk
3. Sibuk dengan pekerjaan atau ilmu yang bermanfaat
4. Memusatkan fikiran untuk melakukan pekerjaan hari ini dan tidak dihantui oleh fikiran-fikiran masa depan atau kesedihan masa lalu
5. Memperbanyak dzikir kepada Allah ta’ala
6. Sering menyebut nikmat-nikmat Allah, baik yang nampak mahupun tersembunyi
7. Melihat orang-orang yang berada di bawahnya dan tidak melihat orang-orang yang ada di atasnya dari sudut keduniaan (supaya lebih bersyukur pada apa yang ada)
8. Melupakan berbagai penderitaan masa lalu yang tidak dapat ditolak
9. Berdoa dengan doa yang dipanjatkan Rasulullah
10. Beserta dengan Allah setiap masa dan keadaan
11. Tidak risau dan larut dalam bayangan-bayangan buruk
12. Bergantung kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya
13. Pandai dalam bergaul
14. Tidak tenggelam dalam kesedihan mendalam
15. Membandingkan kenikmatan yang diterima dengan kesulitan yang diderita
16. Perilaku buruk orang lain terhadap anda jangan dibalas. Serah kepada Allah
17. Berfikir positif
18. Tidak mengharapkan balasan dan penghormatan kecuali dari Allah
19. Menjadikan semua hal bermanfaat berada di depan mata anda dan berusaha untuk mewujudkannya
20. Mengatasi satu-satu masalah saat itu juga dan janganlah lari darinya
21. Mendahulukan perbuatan yang paling penting dan paling disukai
22. Lakukan sesuatu kerana Allah kerana mengharap redha Allah

Banyak lagi resepi. Tapi gunalah resepi yang sedia ada ni dalam kehidupan. Asam garam kehidupan insyaAllah dapat kita 'handle'. Semoga bermanfaat dengan izin dan rahmat Allah.

p.s. Kursus Reiki Malaysia - Program Peringkat Master dalam dua aliran Reiki akan dibuka - Jarak Jauh sahaja!


More about → Resepi Kehidupan Bahagia

Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, September 5, 2011




Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani


1) Mengerjakan dosa
2) Melebihkan tidur

3) Tidur bertelanjang

4) Tidur selepas solat subuh

5) Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)

6) Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
7) Membakar kulit bawang(merah@putih)
8) Menyapu rumah pada malam hari

9) Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)

10) Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)

11) Membasuh tangan dengan tanah

12) Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya

13) Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)

14) Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan

15) Bersegera keluar dari masjid

16) Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
17) Tdak membasuh bekas makanan

18) Memadam pelita dengan mulut

19) Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
20) Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa

21) Memakai serban ketika duduk
22) Memakai seluar ketika berdiri

23) Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
24) Membuang kahak ketika qada hajat

25) Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
26) Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)

27) Duduk dibendul rumah
28) Duduk diantara belahan pintu
29) Berwudhu ditempat tidur

30) Makan sesuatu ketika berjunub


Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah dari melakukan perbuatan-perbuatan di atas. Aamiin.

sumber: jamaluddinab

More about → Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan

Program Dunia Dalaman Diri

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, August 5, 2011


Salam ramadhan semua...

Rasa terlalu sekejap berpuasa, hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Alhamdulillah. Zaman akhir ni masa berputar terlalu pantas dirasa. Di antara salah satu sebabnya adalah manusia tertumpu kepada dunia, cinta dunia. Maka berkat masa tiada. Itulah kata-kata guru saya.

Ok, dunia luaran dan dunia dalaman. Dunia luaran adalah apa yang kita lihat mengikut tahap maqam diri kita. Bermaksud apa yang terlihat oleh diri kita tentang dunia luaran ini adalah mengikut kefahaman, keyakinan, firasat, pengalaman dan hikmah dalaman diri kita. Sebagai contoh, apabila kita melihat bos sedang marah dan menegur kita, kebiasaan yang kita faham adalah bos tu angin tak betul, asyik-asyik nak marah, mood takda, tengah tension dan macam-macam lagi mengikut tahap kita 'melihat' situasi tersebut. Bagi sesetengah orang pula, ia melihat itu sebagai teguran dari Allah di atas kesilapannya ataupun untuk peningkatan prestasi mutu kerja. Lantas ia mengambilnya satu situasi yang bermakna untuk dipertingkatkan di masa hadapan dalam keadaan tenang dan senyum saja. Iannya bergantung pada tahap diri kita sebenarnya.

Satu contoh lagi. Kita melihat pisau. Jika yang melihat itu seorang penjenayah, maka baginya pisau itu berguna untuknya dalam jenayah yang akan dibuat. Bagi seorang tukang masak pula, pisau itu berguna untuk memasak. Subjek yang sama (pisau) tapi tahap diri manusia (penjenayah / syef) yang berbeza. Begitulah juga yang lain-lainnya.

Saya taknak bercerita tentang dunia luaran tapi kali saya ingin berkongsi tentang dunia dalaman kita. Dalam kehidupan seharian, kadangkala banyak perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup kita. Apa yang dirancang tak menjadi, keinginan tak menjadi kenyataan. Bertemu dengan orang-orang yang buat kita benci, rimas dan tertekan. Di tempat kerja macam-macam hal, kena marah dengan bos la, pekerja tak buat kerja betul. Di rumah dengan anak, isteri, suami yang perangai tak tentu hala, mood kejap ok kejap tidak. Hmmm.... Rasa nak je ubah semua tu ikut apa yang kita nak.

>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More about → Program Dunia Dalaman Diri

Salam Ramadhan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 1, 2011



Saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan. Semoga amalan diberkati dan dirahmati. Banyakkan amal maaruf sepanjang ramadhan.

Kepada yang telah mendaftar untuk rawatan reiki percuma, sila ikuti tatacara seperti yang diberi pada artikel sebelumnya. Setiap jam 11 malam rawatan akan diberikan selama 20minit setiap hari sepanjang ramadhan. Kepada yang belum daftar, boleh daftar sekarang.


p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Salam Ramadhan

Permulaan Hari Yang Indah

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, July 30, 2011


Sekadar berkongsi tips memulakan hari dengan ceria dan indah.

1) Bila anda bangun pagi, pertama sekali bacalah doa bangun tidur:


Ertinya: "Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNya kami kembali."

2) Senyum dan lakukan gerakan ringan di atas katil.

3) Tetap dalam keadaan senyum, ucapkanlah afirmasi:

"Ya ALlah, jadikanlah hari ini suatu hari yang indah, menyenangkan dan menyeronokkan. Dekatkanlah aku kepada amalan-amalan kebaikan yang menghampirkan aku kepadaMU, permudahkanlah segala urusan duniaku. Datangkanlah kepadaku rezeki yang halal dan berkat dari arah yang tak disangka-sangka. Terima kasih Ya Allah."

Ucapkan dengan rendah hati dan sungguh – sungguh. Rasakan afirmasi itu dengan visualisasi positif dan menyenangkan sehingga senyum keceriaan mulai terpancar di wajah anda, dan anda telah siap sedia menghadapi hari tersebut. Anda bebas mengucapkan afirmasi sesedap rasa anda. :-)

4) Solat sunat dan fardhu Subuh.

5) Luangkan masa untuk dzikir. Banyak fadhilatnya. Allah pun suka.

6) Meditasi.

7) Senaman ringan.

Dengan sedikit tips ini, mudah-mudahan anda dan saya selalu ceria setiap kali memulakan hari. InsyaAllah. Cubalah amalkan dan rasa sendiri perubahan dari sebelumnya. Ceria selalu :-)


p.s. Anda suka artikel ini?
More about → Permulaan Hari Yang Indah

Mintalah Yang Terbaik Dan Terpuji

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, July 20, 2011

Salam kepada pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia ini.


Hari ni baru berkesempatan nak update artikel. Selepas pulang dari KL, sibuk sikit nak susun-susun barang dalam kedai. Lebih-lebih lagi barang yang baru 1st time nak jual - tudung. Test market kat pantai cenang ni lagipun dah nak masuk Ramadhan. Mudah-mudahan dapat sambutan. Aamiin.

Hari ni saya nak kongsi satu petua dalam kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Semua orang berdoa, minta macam-macam kepada Allah. Samada makbul atau tidak itu kehendak Allah. Yang penting kita yakin doa kita makbul dan kita berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Adab-adab doa tu biasalah kena jaga jugak.

Tapi pernah tak bila kita dapat sesuatu apa yang kita telah mohon kepada Allah, ianya tidak kekal lama atau apa yang kita telah dapat itu membebankan kita semula?

Maksudnya macam ni. Kita berdoa memohon untuk buat satu bisnes. Minta ditunjukkan jalan dan peluang-peluang yang ada. Kita juga minta untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tapi bila saja apa yang kita doakan itu dah dapat dah termakbul, hidup seolah-olah tak terurus, makin stress, jiwa kacau, solat entah ke mana, kesihatan tak terjaga dan macam-macam. Duit memang la masyuk, tapi kehidupan lintang pukang dari sebelumnya. Nampak tak apa yang kurang di sini? Sebenarnya pada pemberian Allah takda yang kurang, tapi yang kurangnya adalah kita.

Contoh lagi. Anda jatuh cinta dengan seorang jejaka/gadis. Mungkin sebab rupa, harta, agama atau apa saja la. Kalau boleh memang nak ke jinjang pelamin. Tapi selepas kahwin........... ???

Oleh itu, ketika berdoa mintalah yang terbaik dan terpuji untuk diri, keluarga, agama, dunia dan akhirat. Mintalah keselamatan atas apa yang bakal kita dapat. InsyaAllah bila kita dapat sesuatu kita yakin itulah yang terbaik dan terpuji. Dan keselamatan dari Allah bersama kita. Dan kalau doa kita tak makbul, kita yakin Allah saja yang tahu apa yang terbaik dan terpuji untuk kita. Kerana kita adalah hamba.

Jadi hati pun selalu tenang. Dapat atau tidak, apa kisah? Aku ada Allah :-) Cukuplah Allah bagiku. Tak lama lagi bulan Ramadhan, berdoalah banyak-banyak. Dan sentiasalah berdoa yang terbaik dan terpuji.



p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Mintalah Yang Terbaik Dan Terpuji

Pancarkan Kasih Sayang

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, July 9, 2011




Salam bahagia para pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia.

Fitrah manusia semua nakkan kasih sayang. Semua orang ada sifat kasih sayang, bezanya kuat atau lemah. Jika kita lihat manusia-manusia yang bahagia adalah manusia yang penuh dengan sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang boleh kita semai dalam diri dulu, ahli keluarga, orang bawahan, pekerja, jiran-jiran kemudian pancarkan ke seluruh alam.

Jadi bagaimana hendak membangkitkan dan pancarkan kasih sayang? Ok ada beberapa petua ringkas di bawah ni. Simple je.

1) Untuk diri sendiri - >>>baca artikel penuh DI SINI>>>

More about → Pancarkan Kasih Sayang

Nikmat Agung Dari Yang Maha Agung

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, July 7, 2011



Salam bahagia saudara-saudaraku.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah beri nikmat yang banyak pada kita. Dengan meminta, tanpa meminta, dengan sebab, tanpa sebab, dengan sedar, tanpa sedar. Allah beri nikmat hidup, ilmu, pendengaran, penglihatan, kekuatan, kata-kata, pancaindera, makan minum, anak isteri, perasaan cinta kasih sayang, kerjaya, perniagaan, duit, rumah, pangkat, harta, kesihatan, kegembiraan, pelbagai kemudahan dan bermacam-macam nikmat yang Allah beri.

Tapi, kenapa kita masih mengeluh? Apa lagi yang kita nak? Tak cukup itu, tak cukup ini. Pertama sekali, bersyukurlah dulu dengan apa yang ada sekarang. Macamana nak maju ke hadapan, sedangkan apa yang telah dikurniakan Allah sekarang ini tak disyukuri? Sifat manusia kebiasaannya asyik tak cukup. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. Bila diberi selombong emas, difikir kenapa tak diberi 2 atau 3?

Malulah kita dengan Allah. Tanamkanlah sifat malu dalam diri kita kepada Allah. Malu dengan diri sendiri. Renung, tafakur dalam-dalam. Allah telah beri kita nikmat yang paling AGUNG! Nikmat Islam dan Iman. Kenapa kita masih tak bersyukur? Antara ramai manusia, Allah pilih kita sebagai Muslim dan dikurniakan kepada kita Iman. Setiap nafas tak perlu bayar. Setiap satu imej penglihatan tak perlu bayar. Setiap kata-kata, tak perlu bayar. Semua percuma.

Cukuplah Allah bagi kita. Walau kita tak ada apa-apa pun di dunia ni, cukuplah Allah bagi kita. Walau kita rasa serba kekurangan, cukuplah Allah bagi kita. Kepada Dia kita akan kembali. Bersyukurlah, bersyukurlah dan bersyukurlah setiap saat. Dengan memohon kekuatan, daya dan upaya dari Allah untuk taat segala perintahNYA, tinggal laranganNYA dengan cara Nabi Shallallahu 'Alahi Wasallam.

Bersabarlah dengan ujian hidup. Hidup di dunia semuanya ujian. Susah senang, suka duka, bertemu berpisah, kaya miskin, sempurna cacat, celik buta, sihat sakit dan macam-macam. Bersabarlah kalau doa belum dimakbulkan. Bersabarlah kalau pertolongan belum sampai. Bersyukurlah, walau sehebat mana ujian datang, Allah masih pelihara Islam dan Iman dalam diri kita.

Pernahkah kita terfikir? Allah yang cipta kita. Allah yang beri kita hidup, makan minum, kesenangan, kebahagian, pertolongan dsb. Allah beri kita nikmat AGUNG iaitu nikmat Islam dan Iman. Dah tu, diberinya kita kekuatan dan taufik hidayah untuk mentaatiNYA. Kemudian disediakan kepada kita nikmat syurga kepada kita nanti bila kita mati dengan Islam dan Iman di hati (walau sebesar zarah).

Bersyukurlah... bila kita buat dosa maksiat, Allah 'tarik' kita kembali ke jalan yang lurus balik. Allah sedarkan kita. Bila kita buat dosa maksiat, Allah tetap beri kita nikmat rezeki, nafas, makan minum dsb. Nikmat Allah tetap sentiasa bersama kita. Jadi apa lagi yang kita rasa tak cukup di dunia ni? Baca dan fahami terjemahan dari surah Ar-Rahman. Kita pasti menangis.

Setiap saat, bersyukurlah dengan nikmat AGUNG ini. Iaitu Islam dan Iman. Peliharalah dan kembangkanlah Islam dan Iman dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan sebarkan kepada umat seluruh alam. Mudah-mudahan kita bertemu dengan Allah dengan Islam dan Iman seperti mana yang dikehendakiNYA. Aamiin.

Sekadar berpesan-pesan dan ingat-mengingati antara kita.

Syukur Alhamdulillah :-)


p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Nikmat Agung Dari Yang Maha Agung

Dunia Hanya Tipu Daya

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, July 2, 2011



Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam memegang bahuku lalu ia bersabda:

"Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
"

(al-Bukhari)
Sumber: http://islam.gov.my

Zaman sekarang, semua manusia termasuklah diri ini terlalu sibuk memikirkan hal dunia. Macamana nak tambah pendapatan, naik pangkat, nak rumah dan kereta besar, hidup selesa, kebebasan kewangan dan masa, impian jutawan dan macam-macam lagi 1001 cita-cita duniawi.


Dunia ni sementara, tempat persinggahan, hanya tipu-daya, perhiasan yang melalaikan, angan-angan yang tak sudah dan sebusuk bangkai. Tapi kenapa kita masih terleka dengan duniawi? Sehinggakan terabai tanggungjawab sebagai hamba Allah, umat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, isteri kepada suami, anak, ibu, ayah dan sesama Muslim.

Siang malam fikiran tertumpu kepada dunia. Segenap tenaga dipadukan untuk mencari dan mengumpul kekayaan harta benda. Hinggakan setiap amal ibadah yang dibuat pun untuk dunia semata-mata. Seolah-olah dunia tempat bermukim yang kekal. Astaghfirullah...

Dunia ni tak lebih dari nilai satu sayap nyamuk saja. Dunia ni darul ujian. Sebusuk bangkai. Aduhai diri, tidakkah semua ini akan ditinggalkan? Dan segala penat lelah mengumpulkan segala kekayaan akan dibahagi-bahagikan kepada pewaris? Tidak ada yang tertinggal untuk dibawa ke 'alam sana' melainkan iman dan amal.

Hiduplah pada masa sekarang. Bukan masa lalu dan masa depan. Kita tidak tahu apa terjadi walau sesaat di depan. Bayangkanlah kita telah penat lelah berusaha bersungguh-sungguh selama berpuluh tahun untuk mendapatkan keselesaan hidup di dunia ini. Masa berpuluh tahun yang dihabiskan barulah kini merasa hidup senang, selesa, rumah, kereta besar. Tiba-tiba ajal datang menjemput kita, tanpa sempat merasa puas atas nikmat yang kita usahakan semua tu, tanpa sempat nak melaksanakan perintah yang wajib, tanpa sempat melaksanakan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, dhuha, baca quran, berzikir, puasa sunat, munajat, sedekah, tanpa sempat bertaubat dengan sebenar-benar taubat.... rasa-rasa berbaloikah? Dengan amalan kita yang tak seberapa. Solat pun lintang-pukang, macam mana kita nak berhadapan dengan Allah nanti?

Berwaspadalah dengan tipu daya. Musuh-musuh menyerang tanpa kita sedari. Iblis syaitan, nafsu, dunia, yahudi dan nasrani tanpa henti-henti akan menyesatkan kita dari menuju 'jalan pulang'... jalan yang lurus... jalan yang diredhai Allah.

Pusatkanlah segala tumpuan dan mujahadah kita hanya kepada Allah. Cintailah Allah dan Rasul segenap hati dan perasaan.

Amalkanlah ilmu yang telah dipelajari dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, berbuat kebaikan sesama manusia, melakukan segala amalan dengan mengharap redha dan cinta Allah. Gunakanlah kesempatan di dunia untuk memperbanyakkan amalan kebajikan. Pasanglah niat yang baik di setiap perbuatan, pekerjaan seharian. Jadikanlah sumber kekayaan yang ada untuk membantu menegakkan kalimah Allah, menegakkan syiar Islam.

Cinta dunia ibu segala kejahatan.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk kita tinggalkan dari pekerjaan dan usaha duniawi. Bukan bertujuan untuk menghalang cita-cita untuk mencapai kekayaan dan sebagainya. Tetapi sebagai peringatan supaya dapat kita keluarkan cinta dunia dalam hati. Digantikan dengan cinta kepada Allah dan RasulNYA Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Setiap pekerjaan duniawi kita niatkannya untuk ibadah semata-mata mengharap redha Allah. Beserta Allah dalam setiap urusan duniawi, jasad seolah-olah bermatian dengan dunia tapi hati sibuk dengan Allah.

Moga-moga Allah kurniakan kita taufik dan hidayahNYA untuk kita beramal dan sampaikan. Aamiin.


p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Dunia Hanya Tipu Daya

Kenapa Marah Jika Sayang?

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 23, 2011


Salam bahagia. Nak kongsi satu tips ringkas hari ni.

Kalau suami isteri, adik beradik atau ahli keluarga nak berbaik-baik semasa/selepas marah, atau dimarahi... maksudnya dua-dua sekali, si pemarah dan kena marah. Tipsnya macam ni:

1. Beralih tempat segera. Kalau berdiri > duduk > baring.

2. Tarik nafas perlahan2 (ikut hidung) diiringi istighfar, niat di hati hantar Energi Cinta Kasih dari hati sanubari kepada si pemarah @ yang kena marah (bayangkan wajahnya) sambil sentuh tengah dada dengan beberapa jari kanan atau kiri). Lepas nafas perlahan2 (ikut hidung).

3. Senyum

4. Pandang si dia dengan rasa KASIHan (kalau si dia takda, bayangkan saja wajahnya). Sebab itu kita perlu berKASIH SAYANG. Kenapa marah walau sayang? Sebab rasa KASIHan takda masa tu. Hadirkan rasa KASIHan pada si dia dalam keadaan TENANG.

5. Lakukan dengan niat kerana Allah, mengharap redha Allah.

Ingat, syaitan takda cinta kasih sayang. Syaitan penuh dengan api pemusnah dan kesombongan. Ini je tips ringkas dari saya. Kalau ada yang sudi berkongsi, tersangatlah dialu-alukan.


p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Kenapa Marah Jika Sayang?

Motivasi Ramadhan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, August 28, 2009

Salam kepada semua. Semoga Anda dikurniakan taufik hidayah dari Allah selalu.

Bicara kali ini adalah bertujuan membangkitkan kesedaran bersama di bulan yang mulia ini.

Di akhir zaman ini, ramai yang menganggap kejayaan manusia adalah apabila mempunyai wang yang banyak, kereta mewah, rumah yang cantik dan besar, isteri yang jelita, anak yang ramai, mendapat segulung ijazah/master/PhD dan macam-macam.

Semua itu sebenarnya tidak menjamin kejayaan seseorang.

Kejayaan manusia adalah apabila ia selamat dari azab Allah dan dapat masuk ke dalam syurga Allah. Tidak kiralah jika seseorang itu di dunia seorang raja, jutawan, presiden, doktor, atau apa saja status. Apabila terselamat dari azab Allah maka dialah orang paling berjaya.

Allah tidak meletakkan nilai sumber kejayaan pada unsur dunia. Dia Yang Maha Bijaksana meletakkan sumber kejayaan manusia di dunia ini adalah iman.

Oleh itu hendaklah kita ikhtiar dan usaha agar dapat taat perintah Allah, tinggal laranganNYA dan mengikuti sunnah RasulNYA. Moga dengan rahmat Allah kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya.

Segala 'kejayaan' kita di dunia hanyalah sementara yang tidak menjamin 'masa depan' kita. Apakah 'masa depan' itu? Masa depan yang saya maksudkan adalah di alam akhirat. Itulah masa depan para mukmin.

Masa depan yang selalu kita anggap di dunia ini bukanlah masa depan sebenarnya tetapi masa pendek. Cita-cita dunia menuju masa pendek yakni kematian. Apa yang dikumpul dengan penat lelah, hilang begitu saja.

Tidak salah mencari dunia, tapi letakkanlah ia dalam 'genggaman' kita, bukan di hati. Andai hati kita goyah, tidak tenang, lepaskan 'genggaman dunia dan perbetulkan hati kita dengan 'tangan-tangan' iman dan amal. Moga sejahtera sentiasa.

Akhir sekali, renungkanlah pada diri kita, apakah kita telah gunakan 'sumber kejayaan' yakni iman secara maksima? Jika ingin berjaya di 'masa depan', tingkatkan, kuatkan, teguhkan dan peliharalah iman kita berterusan hingga akhir hayat.

Moga Allah dengan keluasan rahmatNYA menjadikan Anda dan diri saya tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Aamiin.

p.s. Jika Anda fikir duit itu penting, usaha atas duit itu lebih penting. Jika IMAN itu penting, sudah semestinya usaha atas iman itu terlebih penting.

Jadi apakah usaha Anda atas iman?


Kursus Reiki

More about → Motivasi Ramadhan

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, August 21, 2009



Firman Allah:


“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Ramadhan bulan yang penuh berkat mula mendekati kita. Beberapa hari lagi semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia. Kedatangannya memberi bahagia dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam. Walaupun tidak dinafikan ada juga insan-insan yang mengeluh dengan kedatangan bulan ini.

Keluhan dan kegembiraan itu tergambar melalui kesanggupan atau tidak untuk berpuasa pada bulan tersebut. Berpuasa satu bulan berturut-turut bukanlah perkara mudah, hanya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dapat melaksanakannya dengan sempurna.

Disebabkan itu Allah menjanjikan Syurga kepada mereka yang berpuasa dengan sempurna pada bulan tersebut. Perkara ini dinyatakan melalui kalam Rasulullah dalam sebuah hadith oleh Imam Bukhari, "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga"

Memang benar, ada juga daripada kita yang dapat berpuasa sebulan penuh, tetapi puasanya itu hanyalah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Tidak lebih daripada itu, sehingga perkara ini pernah di sebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud, “Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum". Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan? Tepuk dada tanya iman...


Antara keistimewaan pada bulan Ramadhan adalah:

1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.

2. Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafa’ Rasyidin. Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

3. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

4. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat. Sepertimana hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, " Apabila tiba Ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".

Akhir kata, renungilah kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (mantan Mufti Arab Saudi), “Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan mahupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.”

Wallahu'alam..


More about → SELAMAT DATANG RAMADHAN

Kunci Ilmu Pengasih Warisan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 17, 2009

Salam duhai pembaca budiman...

Atas permintaan sahabat-sahabat dan student saya, maka di sini saya perturunkan Kunci Ilmu Pengasih Warisan.

Hehehe... Bunyi macam gempak je. Tapi hakikatnya, ilmu pengasih warisan ini telah saya amalkan dan ianya terlalu mudah nak amalkan. Hasilnya, Anda sendiri dapat menilainya bila dah amal secara istiqamah (berterusan). InsyaAllah.

Kunci ilmu pengasih warisan ini tiada pantang larang dan tiada syarat-syarat ketat. Dan tak perlu pun pada ijazah. Hanya amal dan kalau boleh sampaikanlah kepada sahabat-sahabat yang lain. Nak baca ayat-ayat atau mentera tu memang takda punya. Percayalah...

Perlu diingat, tak semestinya sesuatu ilmu itu nampak mudah tapi tidak ada 'power'di dalamnya. Apapun dalam amalan, kita berserah diri kepada Allah samada jadi atau tidak. Dia yang mengatur dan mengizinkan segalanya.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu kunci ilmu pengasih warisan ni. 
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More about → Kunci Ilmu Pengasih Warisan

Kata-kata Itu Mengandungi Energi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, August 12, 2009

Kata-kata yang kita ucapkan, diucapkan keluar ataupun sekadar dalam hati, memiliki pengaruh yang luar biasa. Baik kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain. Kata-kata yang diucapkan mempunyai energi yang tersendiri.

Kata-kata boleh menyebabkan Anda tiba-tiba beremosi samada marah, gembira, sedih, teruja dsb. Ada juga hanya dengan kata-kata menyebabkan seseorang itu pengsan. Fikirkan! Sebuah kata-kata itu kadangkala lebih tajam dari mata pedang. Menghunus jiwa yang lembut.... Kata-kata itu tidak nampak pada mata zahir, tetapi ianya mengandungi energi yang sungguh dahsyat. Dengan kata-kata, boleh merubah dunia hatta iman seseorang. Berhati-hatilah dengan setiap kata yang diucapkan samada secara lisan atau dalam hati.

Jika Anda pernah membaca buku "The True Power of Water" karangan Masaru Emoto pasti Anda akan kagum dengan kajian yang dijalankan oleh beliau. Penelitian Masaru Emoto membuktikan bahwa fikiran, kata-kata dan muzik akan mempengaruhi struktur molekul air. Beliau mengkaji dengan menulis di atas kertas, perkataan "Fool" (Bodoh) dan "Thank You" (Terima Kasih), dan menampalkannya di dua buah botol berisi air.

Dengan metode fotografi kristal airnya, membuktikan bahawa air yang diberi tulisan "Thank You" akan membentuk kristal heksagon yang cantik. Sementara itu, air yang diberi tulisan "Fool", kristal airnya pecah dan rosak.

Apa yang boleh Anda dapat di sini adalah satu perkara sahaja yakni: KEKUATAN KATA-KATA, kata-kata yang kita tujukan kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain mempunyai energi yang dapat merubah keadaan.

Ok, cuba Anda renung dan perhatikan kebanyakan orang atau mungkin termasuk diri Anda sendiri sering menggunakan kata-kata negatif kepada diri sendiri. "Saya tak boleh la", "Saya tak tahu nak buat", "Saya tiada bakat", dsb.

Apa pula yang terjadi bila Anda mengatakan kepada anak Anda, misalnya "Kenapa la bengap sangat kau ni", "Apsal la lembap nak mampus!", "Dasar pemalas!", "Perangai kau ni sebijik macam setan!" dsb. Cuba Anda fikir, apa akan terjadi bila anak-anak dah besar nanti.

Sebagaimana yang Anda ketahui, bahawa 70% unsur di dalam tubuh manusia terdiri dari air, dan unsur yang sama juga membentuk planet kita. Air adalah sumber kehidupan. Kerana itulah, kualiti air sangat penting bagi makhluk hidup. Apa yang akan terjadi jika Anda terus menerus menggunakan kata-kata negatif, kepada diri sendiri mahupun kepada orang-orang yang Anda cintai? Umpama jasad yang mengandungi 'air berkarat' di dalamnya.

Mulai sekarang, berhentilah menggunakan kata-kata negatif. Gunakan kata-kata positif. Daripada mengatakan, "Saya tak boleh", lebih baik kita mengatakan "Saya belum boleh lagi. Tapi saya akan belajar sampai boleh!". Begitu juga kepada anak-anak.

Ingat! Berhenti menggunakan kata-kata negatif. Saya yakin Anda dapat melakukannya.

Jika Anda faham dan menguasai ilmu ini, dan Anda pelihara setiap kata-kata Anda mulai sekarang maka Anda bakal menjadi seorang yang hebat! Percayalah.

Inilah rahsia yang digunakan oleh mereka yang mengamalkan ilmu kuasa minda. Afirmasi itulah kekuatan kata-kata sebenarnya. Afirmasi itu bila kerap diucap menjadi doa. Dan doa itu adalah 'senjata mukmin'. Manusia tanpa senjata, akan mudah tewas oleh 'musuh-musuhnya'.
More about → Kata-kata Itu Mengandungi Energi

Belajar Reiki Itu Syirik?

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, July 10, 2009


Salam kepada semua pembaca budiman.. Saya sering menerima pertanyaan melalui emel dan sms tentang soalan "Apakah mempelajari Reiki ini syirik? Adakah ilmu Reiki ini mengundang/menggunakan/menyeru jin?"

Jadi saya sertakan emel yang telah dijawab di sini. Moga permasalahan ini terjawab. Jika masih ada yang ragu-ragu tentang Reiki, terserah kepada anda. Tiada paksaan dalam mempelajari Reiki. :-)

Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya ditemukan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai 'namanya' tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.

Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: "Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini". (Teringat cerita 'Pendekar Bujang Lapok' :-) Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.

Setahu saya, dalam Reiki Hikmah Sufi Malaysia, kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?

Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan... anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan 'sifat energi' reiki itu sendiri yang alami.

Jika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin.

INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).

Ada yang bertanya lagi: "Kalau 'pintu tenaga' chakra dah terbuka, tak ke senang jin syaitan masuk"?

Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? :-) Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.

Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit lagi.

Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur'an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!

Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).

Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.

Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang 'internet marketer' membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer... apa akan terjadi? Tak ke pening. :-) Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran "Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?

Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:

“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan! :-)

Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat. :-)

Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak 'menghukum' hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.

Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : "Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya".

Hanya yang 'ahli' memahaminya.

Wassalam. :-)

p.s. Macamana, ada berani belajar Reiki?

More about → Belajar Reiki Itu Syirik?

Kunci Utama Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, November 20, 2008


Salam kepada semua pembaca...

Sebelum ni saya ada menyentuh beberapa perkara tentang perlunya seorang pengamal reiki untuk selalu mengawasi dirinya supaya selalu Santai, Senyum dan Pasrah dalam latihan reiki.

Baiklah..kali ni saya nak berkongsi tentang apa itu Kunci Utama Reiki? Suatu konsep yang amat sederhana dan mudah diucap tapi perlukan penghayatan dalam ertikata pada 'rasa dan perlaksanaannya'. Ianya tidak lain hanyalah ...
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More about → Kunci Utama Reiki