Aku Bukan Jasad , Fikiran , Perasaan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, April 19, 2012


Kita sebagai manusia kebiasaannya terbiasa dengan "kebersamaan" antara sesuatu dengan diri kita. Sebagai contoh yang mudah adalah seperti ketika kita menyatakan "Aku marah", "Ini rumahku", "Keretaku rosak", "Ini idea aku", "Aku sakit gigi", Aku sakit kepala" dan banyak lagi pernyataan yang serupa.

Bila kita berkata "Aku sakit kepala" maka kita 'menyamakan' "aku" dengan "sakit kepala". Bermakna "aku" = "sakit kepala". Bila kita berkata "Ini idea aku" maka kita menyamakan diri kita dengan idea kita. Itulah sebabnya bila ada orang yang mengkritik idea kita maka kita boleh jadi marah. Kenapa? Kerana kita menganggap orang itu mengkritik diri kita di atas sebab kita telah menyamakan idea dan diri kita tadi menjadi satu.

Pertanyaan: Apakah kita ini sama dengan emosi kita? Apakah kita ini sama dengan idea kita?
Jawapan: Tentu tidak.

Marah adalah suatu bentuk emosi. Dan kita tidak sama atau kita bukan emosi. Begitu juga dengan idea. Idea adalah buah fikiran (thought) yang dihasilkan oleh fikiran (mind) melalui proses berfikir (think). Kita merasa bahawa kita sama dengan emosi atau idea atau apa saja.

Pertanyaan: Apakah kita ini sama dengan fikiran kita?
Jawapan: Tentu tidak.

1) "Kebersamaan" ini nampak jelas bila seorang anak menangis sedih kerana robotnya rosak. Anak ini sedih bukan kerana sayang dengan robot yang harganya mahal tapi kerana "kebersamaan" dalam bentuk "Robotku rosak" membuatkan "robot" itu masuk ke dalam "aku". Dengan kata lain, anak itu merasa yang rosak itu bukan hanya robot tetapi juga "dirinya".

2) Baiklah, katakan ketika Pak Zahid sedang sedih kerana kematian anak yang amat disayanginya. "Aku terlalu sedih". Kebiasaannya apa akan terjadi jika "Kebersamaan" ini berlaku? Seluruh kehidupan Pak Zahid menjadi suram durja, semua kerja tak boleh buat. Sakit kepala, murung, kurang selera makan, kurang bercakap, kurang tidur. Lebih teruk bila jiwa tertekan. Asalnya dari kesedihan itu saja. Tapi kenapa harus yang lain menjadi 'mangsa'? Ini kerana "sedih" telah masuk ke dalam "aku". Menjadi... Aku & Sedih adalah satu!

3) Bila Abu sedang mengalami sakit gigi. Apa yang berlaku? "Aku sakit gigi". Apa jadi bila orang sakit gigi? Asyik2 adoi...adoi... sakitnya gigi. Anda boleh fikirkannya..

"Kebersamaan" membuat seseorang melekat pada sesuatu" dan menjadi SATU.

Dan "Kebersamaan" ini disebabkan 'ciptaan' dari fikiran kita. Kita telah 'terprogram' sejak dari kecil dan sukar untuk membezakannya.

Oleh itu, sedarkanlah sekarang dan katakan pada diri... "Aku bukan jasad, aku bukan fikiran, aku bukan perasaan." Bezakanlah di mana aku dan di mana jasad, fikiran dan perasaan supaya kita tidak terikat dengan apa saja yang melanda kepada jasad, fikiran dan perasaan kita seperti contoh2 di atas.

Jadi penyelesaiannya adalah cuba dahulu BEZAKAN & PISAHKAN antara Aku dengan jasad, fikiran dan perasaan. Ini dapat dilakukan dengan salah satu kaedah iaitu meditasi hening @ tafakur. Membebaskan semuanya yakni jasad, fikiran dan perasaan itu tadi.

Mahu contoh untuk lebih faham?

Situasi no. 1 di atas:
Apa terjadi kepada anak tersebut apabila robot kesayangannya itu TERjatuh dan rosak ketika dia sedang tidur lena?

Situasi no. 2 di atas:
Apa terjadi dengan kesedihan Pak Zahid apabila dia sedang tidur lena? Kenapa Pak Zahid tidak sedih ketika sedang tidur?

Situasi no. 3 di atas:
Apa terjadi pada Abu apabila sedang tidur lena? Sebelumnya sakit, asyik2 adoi...adoi... sakitnya gigi. Sekarang?

Jelas?

Saya bagi contoh lagi. Kawan kita mengadu, "Aku kemalangan tadi, aku selamat tapi kereta aku pula rosak." Mesti kita akan bertanya, "Kereta kau rosak? Rosak kat mana? Bumper kiri, kanan, depan, atau kat mana yg rosak tu?"

Teknik "Pemisah" dalam keilmuan Reiki Hikmah Sufi.

Kalau kita sedih. Sedih tu duduknya di mana? Di badannya kah? Di kepalanya kah? Di dadanya kah? Di manakah?
- Teknik penyelesaian dalam keilmuan Reiki paling simple iaitu, kita terus healing "kesedihan" itu. Full stop! Caranya ..... akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Kalau kita sakit gigi. Sakit tu kita dah tahu. Lagi senang kan? Dah tentu kat gigi.
- Teknik penyelesaian dalam keilmuan Reiki adalah ..... akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Teknik "Pemisah" dalam keilmuan Kuasa Minda (Kaedah Meditasi + Visualisasi + Nafas) - Extra Bonus!
- Akan diajar dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi.

Kalau dah mahir dan kesedaran kita meningkat, bila kita sedih hanya dengan NIAT menyingkirkan perasaan sedih tu saja dah cukup. Asal kita SEDAR dan NIAT untuk menyingkirkannya. Tapi kalau sedih, dah tu kita tak sedar yang kesedihan ni sesuatu yang buat kita terseksa, pas tu takda niat pun nak singkirkan perasaan sedih tu... alamatnya... ... ...??? Fikirkan sendiri ye. :-)

Ini salah satu dari banyak cara untuk mengawal, menguasai dan melepaskan fikiran dan perasaan kita. Teknik di atas merupakan usaha kita dalam mendaya-guna-pakai apa yang telah ada pada kita iaitu 'alat-alat' berteknologi tinggi 'supersayya' kita tu. Seperti contoh 'alat' kita iaitu tangan. Kalau nak dihuraikan kegunaan tangan, macam-macam boleh buat. Siapa rajin, silakanlah senaraikan. :-)

Mudah-mudahan dengan sedikit coretan di atas, saya dan Anda semua diberi kefahaman.