Rasa Dalam Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, April 16, 2012


Dalam keilmuan Reiki, soal rasa yg ditumpukan bukanlah kepada rasa aliran energi seperti panas, sejuk, elektrik kecil dsb saja. Kerana rasa aliran energi tidak sama pada setiap individu dan ia bergantung kepada tahap kepekaan masing-masing.

Rasa dalam reiki bagi saya adalah KESAN / HASIL dari mengalirkan energi Reiki seperti rasa sihat, segar, tenang, minda cerdas, syukur, bahagia, ceria.

Jika kita fokus pada rasa sebelum rasa datang, maka rasa yang dirasa adalah ciptaan minda. Sedangkan Reiki memerlukan pasrah, kekuatan hati, bukan minda.

Ini juga dirujuk kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan Reiki. Fokuskan kepada apa yang Anda inginkan iaitu sihat, bebas dari beban masalah, lapang, tenang dan perkara-perkara positif. Usah buang masa dan wang ringgit untuk merasai sesuatu yang belum pasti Anda dapat merasainya. Kerana tahap kepekaan sensasi energi Reiki seseorang amat berbeza.

"Jangan fikir rasa sebelum rasa datang. Rasa dulu baru fikir apa dirasa..."

p.s. Amat rugi siapa yang belajar Reiki beribu-ribu ringgit semata-mata ingin 'merasai energi panas, sejuk, elektrik kecil...' dan beruntung siapa yang belajar Reiki walau yuran murah, tapi apa yang dirasa adalah rasa sihat, segar, tenang, minda cerdas, syukur, bahagia, ceria. :-)