Salam bahagia pembaca blog Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi.
Selepas penyelarasan Reiki selama 20 minit, sebenarnya Anda terus saja boleh merawat diri sendiri dahulu. Merawat diri sendiri selepas menerima penyelarasan Reiki amat penting untuk menyelaraskan tubuh dengan energi Reiki yang baru diterima. Selepas 21 hari merawat diri sendiri, insyaAllah Anda dapat menilai dan merasakan sendiri perubahan positif pada tubuh, minda dan emosi Anda.
Mempelajari dan mempraktikkan Reiki tidak memerlukan pengetahuan yang terperinci sekali dalam penyembuhan. Hanya dengan niat yang jelas, kemudian terus pasrah kepada Allah dan salurkan energi Reiki. Pada saat menyalurkan energi Reiki Anda harus tenang, tak perlu konsenstrasi... dan serah segalanya kepada Allah kerana Anda hanya sebagai medium penyalur sahaja. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika merasakan diri Anda yang menyembuhkan, maka energi Reiki 'dikotori' oleh nafsu ego Anda sendiri dan yang pasti Anda telah syirik kepada Allah.
Untuk menyalurkan energi Reiki, Anda tidak memerlukan pengetahuan khusus tentang teknik penyembuhan. Setelah berdoa, lalu afirmasikan (katakan dalam hati saja atau ucapkan perlahan-lahan melalui mulut Anda), energi Reiki ini disalurkan kepada siapa? Untuk apa? Sebagai contoh, energi Reiki mengalir ke tubuh Encik Ali untuk meneutralkan kadar gula dalam darah, merendahkan kolestrol dalam darah, suhu badan, tekanan darah agar kembali normal sesuai keperluan tubuhnya. Posisi kedua telapak tangan Anda diletakkan ke tubuh pesakit atau diri Anda dengan prinsip penyaluran dari atas ke bawah.
Pengamal Reiki tidak perlu melakukan usaha apa pun dalam merawat diri sendiri atau orang lain. Yang diperlukan adalah niat awal pengamal Reiki untuk merawat diri sendiri atau pesakit. Pengamal Reiki juga tidak perlu memikirkan bagaimana cara menarik energi, menyalurkan energi, membersihkan energi negatif (penyakit) atau pun berusaha menyembuhkan. Yang perlu dilakukan hanya meletakkan ke bahagian tubuh yang dituju, selebihnya senyum, santai dan pasrah kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan.
Semakin sering menyalurkan energi Reiki, percayalah dengan izin Allah tubuh Anda semakin segar dan sihat dan energi Reiki Anda semakin mantap. Jalur-jalur energi, cakra dan meridian tubuh Anda akan bersih dan aktif. Energi Reiki tidak pernah kehabisan walau semua manusia di dunia ini mengakses dan menyalurkannya serentak pada satu masa. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada manusia asal mahu saja manusia itu menggali rahsia-rahsia alam semesta berguna untuk diri menjalani kehidupan seharian di dunia ini.
Dalam keilmuan Reiki, ia tidak mengenal 'blank area'. Jika Anda berada dalam kapalterbang, kapal di tengah lautan, kereta, hutan, gunung, hatta dalam air sekalipun Anda tetap dapat menyalurkan energi Reiki.
Sebenarnya masih banyak rahsia kegunaan energi Reiki ini asalkan Anda mahu mengeksplorasi mengikut kreativiti Anda. Jangan terikat dengan satu-satu teknik atau manual, luaskan skop penggunaan Reiki dalam kehidupan seharian Anda.
Jika Anda yang berminat mempelajari Reiki dari aliran Reiki Hikmah Sufi, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Reiki Hikmah Sufi tidak menggunakan sebarang simbol.