Mintalah Yang Terbaik Dan Terpuji

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, July 20, 2011

Salam kepada pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia ini.


Hari ni baru berkesempatan nak update artikel. Selepas pulang dari KL, sibuk sikit nak susun-susun barang dalam kedai. Lebih-lebih lagi barang yang baru 1st time nak jual - tudung. Test market kat pantai cenang ni lagipun dah nak masuk Ramadhan. Mudah-mudahan dapat sambutan. Aamiin.

Hari ni saya nak kongsi satu petua dalam kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Semua orang berdoa, minta macam-macam kepada Allah. Samada makbul atau tidak itu kehendak Allah. Yang penting kita yakin doa kita makbul dan kita berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Adab-adab doa tu biasalah kena jaga jugak.

Tapi pernah tak bila kita dapat sesuatu apa yang kita telah mohon kepada Allah, ianya tidak kekal lama atau apa yang kita telah dapat itu membebankan kita semula?

Maksudnya macam ni. Kita berdoa memohon untuk buat satu bisnes. Minta ditunjukkan jalan dan peluang-peluang yang ada. Kita juga minta untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tapi bila saja apa yang kita doakan itu dah dapat dah termakbul, hidup seolah-olah tak terurus, makin stress, jiwa kacau, solat entah ke mana, kesihatan tak terjaga dan macam-macam. Duit memang la masyuk, tapi kehidupan lintang pukang dari sebelumnya. Nampak tak apa yang kurang di sini? Sebenarnya pada pemberian Allah takda yang kurang, tapi yang kurangnya adalah kita.

Contoh lagi. Anda jatuh cinta dengan seorang jejaka/gadis. Mungkin sebab rupa, harta, agama atau apa saja la. Kalau boleh memang nak ke jinjang pelamin. Tapi selepas kahwin........... ???

Oleh itu, ketika berdoa mintalah yang terbaik dan terpuji untuk diri, keluarga, agama, dunia dan akhirat. Mintalah keselamatan atas apa yang bakal kita dapat. InsyaAllah bila kita dapat sesuatu kita yakin itulah yang terbaik dan terpuji. Dan keselamatan dari Allah bersama kita. Dan kalau doa kita tak makbul, kita yakin Allah saja yang tahu apa yang terbaik dan terpuji untuk kita. Kerana kita adalah hamba.

Jadi hati pun selalu tenang. Dapat atau tidak, apa kisah? Aku ada Allah :-) Cukuplah Allah bagiku. Tak lama lagi bulan Ramadhan, berdoalah banyak-banyak. Dan sentiasalah berdoa yang terbaik dan terpuji.



p.s. Anda suka artikel ini?