Reiki Malaysia - Kursus Reiki Hikmah Sufi Level 1-7

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, July 12, 2011

Salam wahai pengunjung setiaku...

Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia level 1-7 yang saya buat sekarang ini merupakan kursus reiki yang paling asas dan ianya PERCUMA dengan setiap pembelian Manual RHS. Kursus Reiki Hikmah Sufi diajar secara jarak jauh melalui telefon/sms/emel/YM.

Anda akan diajar cara bagaimana:
1) Melakukan rawatan untuk diri sendiri
2) Melakukan rawatan untuk orang lain
3) Rawatan jarak dekat dan jarak jauh
4) Meditasi
5) Membuat Terapi Air

Segala praktikal ada dalam Manual Reiki Hikmah Sufi siap dengan gambarajah. Memang kursus reiki ni murah, tapi Anda boleh jimat banyak kos sekiranya nak belajar untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Saya berikan support selalu asalkan rajin bertanya dan selalu berhubung dengan saya. Kepada sahabat-sahabat saya yang sering berhubung dengan saya, tahniah saya ucapkan kerana mereka lebih cepat 'maju' dalam reiki. Macam-macam teknik tambahan saya boleh ajar kalau diizinkan Allah untuk diajar. Sebab tak semua dapat yang sama. Kalau nak diterangkan semua teknik-teknik dalam kursus reiki saya, maka pelajar pun tak dapat fokus pada satu-satu teknik. So, bergantung kepada keperluan diri masing-masing.

Dan yang paling penting kena pasang niat betul-betul, belajar reiki untuk apa? Bersungguh-sungguh, tidak mengharapkan hasil dalam masa singkat dan istiqamah. InsyaAllah ditambah lagi ilmu dan hikmah yang tidak diketahui.

Untuk Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia secara hadir diri, boleh datang di Langkawi. Yuran kursus reiki dah pasti berbeza sebab ada ilmu-ilmu tambahan diajarkan secara langsung. :-)

Hubungi saya untuk temujanji.


p.s. Anda suka artikel ini?