Setiap sesuatu perbuatan mestilah disertai dengan niat. Tanpa niat, perbuatan menjadi perbuatan. Sekadar adat saja.
Tidur, semua orang tidur. Perbuatan tidur ini semua tahu dan tak perlu diajar. Kalau ada yang nak diajar cara-cara tidurkan diri tu, tak tahu la. :-) Tapi kalau adab-adab tidur, itu sudah pasti mesti belajar.
Tapi kalau tidur saja tanpa ada niat, sia-sia. Hadirkan niat yang bersesuaian dan Anda akan dapat apa yang Anda niatkan.
Baiklah berbalik kepada tajuk 'Belajar Reiki Untuk Apa?', apakah tujuan Anda untuk belajar Reiki? Sekadar nak tahu reiki, nak cuba-cuba, orang lain belajar Anda pun belajar, nak merawat diri, bantu orang lain atau apa sebenarnya niat Anda belajar Reiki?
Perkara ni perlu diberi perhatian khusus kerana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran Reiki. Ada yang belajar Reiki sekadar nak rasa tenaga Reiki, tapi bila tak rasa terus kecewa. Tak kiralah kalau nak belajar apa sekalipun, yang penting pasang niat betul-betul.
Anda sendiri perlu menilai diri sejauh mana niat dan tujuan Anda untuk belajar Reiki supaya hasil pembelajaran memberi anjakan paradigma dalam diri Anda. Pada saya, apa saja niat Anda saya menerima untuk belajar Reiki asalkan Anda sediakan diri Anda untuk belajar bersungguh-sungguh dan praktikkan apa yang telah diajar.
Jadi, apakah niat Anda sebenarnya untuk belajar Reiki?