Tetapkan Matlamat dan Impian Anda

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, December 30, 2012





Contoh mudah untuk mudah faham tentang betapa pentingnya tetapkan matlamat dan impian kita.

Cuba anda lihat gambar di atas, apa yang boleh anda tafsir? Banyak sangat sayur tu, boleh ke nak makan semua? :-) Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah seperti contoh gambar di atas tu... terlalu banyak sayuran, tapi yang mana satu sayur kegemaran kita? Atau apakah keperluan sayur dalam masakan pada hari ini?

Jika anda terus pergi ke pasar, tanpa berfikir dan tetapkan apa yang anda hendak beli maka apa yang terjadi adalah apabila tiba saja di pasar, anda akan banyak habiskan masa untuk berfikir sayur apakah yang nak dibeli... atau anda pening dengan banyaknya pilihan. Jika tak kena gaya, mungkin anda akan membeli sayur yang tidak sesuai untuk menu masakan anda.

Bukankah senang jika dari rumah lagi anda buat persediaan, fikir dan visualkan sayur apa yang perlu dibeli untuk menu masakan pada hari ini? Sebagai contoh sayur sawi. Apabila telah dipersetujui oleh keinginan dan fikiran anda, maka berlakulah pergerakan terakhir ikhtiar anda iaitu anda bergerak menuju ke pasar dan terus membeli sayur sawi. Masa anda jimat. Mudah bukan?

Begitu jugalah dalam kehidupan ini. Allah telah sediakan terlalu banyak pilihan di dunia, Allah juga telah sediakan dan tebarkan rezeki di segenap penjuru dunia. Tinggal anda harus memilih apa yang menjadi keperluan anda untuk hidup di dunia. Terpulang kepada diri anda samada sesuatu yang telah disediakan sekian banyak itu berdasarkan keperluan ataupun keinginan. Tetapkan matlamat dan impian dengan sejelasnya.

Tetapkanlah matlamat, impian anda setiap hari, minggu, bulan dan tahun untuk menuju kesempurnaan hidup zahir batin dunia akhirat. Allah telah sediakan akal dan jiwa, gunakanlah sebaik-baiknya untuk membuat keputusan. Allah telah beri banyak kelebihan yang ada dalam diri manusia. Bukan sekadar jasad, tapi komponen-komponen roh yang lain seperti emosi dan minda. Jika anda manfaatkan emosi dan minda anda ke arah positif, insyaaAllah jasad anda akan bergerak ke arah yang positif. Ia tidak lain tidak bukan haruslah bermula dari main powernya iaitu Ruhani anda. 

Tahun 2013 bakal tiba, tetapkanlah matlamat dan impian anda sendiri. Matlamat dan impian anda untuk jangka masa pendek (sbg cth 1-5 tahun), sederhana (10-15 tahun) dan panjang (kehidupan akhirat). 

Rugi hidup tanpa halatuju. Program yang dah biasa kita jalankan. Cuba setting new program, lihat apa yang terjadi?

Dah diberi dakwat dan pen, kenapa nak minta huruf, perkataan dan ayat?
Allah dah beri jasad, akal, perasaan... kenapa masih nak meminta itu dan ini? Gunakanlah ia sebaik mungkin. Kajilah apa kelebihan dan kekurangannya. Dah tahu, tingkatkan saja kelebihannya. 

Sedangkan apa yang diminta telah diberi walaupun tanpa meminta. Meminta @ berdoa itu adalah suatu ibadah yang menunjukkan rasa kehambaan dan perlunya kita kepada Allah. Meminta @ berdoa itu adalah perintah Allah. Orang yang dah mengenal Allah, hanya meminta kesempurnaan cahaya dariNYA. Tujuan hidup hanya Allah, dan keredhaanNYA yang diingini. Cinta dan makrifat Allah yang diidamkan di dunia ini. Kerana yakinnya akan janji-janji Allah, bahawa ajal maut rezeki jodoh pertemuan tanah kubur telah ditetapkan sejak azali. Tugas hamba hanya berusaha.

Dan usaha itu bukan secara lahiriah, bahkan tidak akan lengkap lahiriah tanpa usaha batiniah juga. Renungkan dan selamat beramal!