Terapi Brainwave ( Subliminal Message )

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, January 22, 2013



Sekadar makluman kepada semua ahli yang sedang menjalani proses Terapi Brainwave ( Subliminal Message )

Dari sudut Tauhid, Allah mengajarkan kita bersyukur dan berterima kasih kepada Dia, memohon hanya kepada Dia, memuliakan NamaNya. Segala sesuatu hendaklah didahului dengan nama Allah, dan semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.

Contoh mudah untuk kita faham adalah jika kita pergi ke doktor, kita akan diberi ubat untuk mengubati penyakit kita, setelah sembuh siapa pula yang menyembuhkan? Adakah doktornya? Atau ubatnya? Jika kita berfikir dan yakin doktor atau ubat yang telah menyembuhkan penyakit, bererti kita telah berbuat dosa yang besar iaitu mensyirikkan Allah (moga Allah melindungi kita semua). Semua itu hanya asbab untuk menyembuhkan dan ikhtiar kita untuk sembuh. Kita pergi ke doktor kerana doktor diberi ilmu pengetahuan kedoktoran dan mengerti cara merawat penyakit dengan ubat, tetapi semua itu tidak akan terjadi tanpa izin dari Allah, walaupun betapa bijaknya seorang doktor dalam memilih ubat. Jadi seorang doktor yang beriman seharusnya mengingatkan pesakitnya setelah sembuh dengan mengucapkan "Alhamdulillah dengan izin Allah penyakit anda sekarang sudah sembuh" dan pesakit menjawab "Alhamdulillah dengan izin Allah penyakit saya sembuh".

Begitu juga dengan penggunaan BW SM, bila kita sudah menganggap BW SM inilah yang memberikan kebaikan kepada kita, maka kita telah berbuat dosa yang besar iaitu mensyirikkan Allah (moga Allah melindungi kita semua). BW SM hanyalah 'alat' untuk memaksimakan kemampuan otak kita, begitu pula jika kita menganggap kemampuan otak kita yang memberikan kebaikan pada kita, padahal semua kebaikan itu datang dengan izin Allah.

Brainwave (BW) Subliminal Message (SM) ini adalah merupakan suatu proses untuk memprogram semula minda bawah sedar kita mengikut apa yang kita inginkan dalam perubahan pola hidup dan pemikiran seharian. Ianya bukanlah jalan pintas tetapi merupakan satu teknik mempercepatkan proses afirmasi meresap terus ke minda bawah sedar yang mana kita tahu dalam keadaan otak berada pada gelombang theta, semua saranan afirmasi mudah diserap dan jika diucap atau didengar berulangkali insyaa ALlah akan sangat mempengaruhi kehidupan dan tindakan kita.

Penggunaan BW SM menurut saya hanyalah untuk membetulkan cara berfikir kita agar menjadi lebih positif yang sebelumnya mungkin terlalu susah untuk diubah kerana telah terprogram dengan bermacam fikiran-fikiran yang bercelaru dan negatif sebelumnya. Telah diteliti dan dikaji secara ilmiah bahawa untuk mengubah watak seseorang dengan kaedah memberi saranan-saranan afirmasi positif ke minda bawah sedar yang telah terkenal di kalangan pengamal Hypnosis / Hypnotherapy, diperlukan kondisi theta agar semua saranan-saranan afirmasi positif dapat diterima dan diserap oleh minda bawah sedar. Setelah kita mendengar BW SM dan berlaku perubahan positif dalam diri dan kehidupan, maka yakinlah bahawa semua itu terjadi adalah dengan izin Allah. Bersyukurlah selalu mudah-mudahan Allah menambahkan nikmat dan keberkatan dalam hidup kita. Kaf ba ro kaf alif ta nun (ke-ber-ka-tan)

Senyum selalu :-)