Meditasi merupakan suatu teknik yang dapat merehatkan minda, menjana tenaga dalaman, meningkatkan kuasa minda, menajamkan deria, meningkatkan tahap kesihatan dan yang paling utama mengimbangi tenaga dalam minda, tubuh dan kerohanian. Teknik meditasi yang sempurna akan mengurangkan stress atau tekanan emosi, mental dan tubuh fizikal. Ia juga dikatakan dapat menjadi penawar dalaman bagi apa juga permasalahan emosi, mental dan penyakit. Ia telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di dalam budaya timur.
Merujuk kepada definisi meditasi menerusi kamus Oxford, ia bermaksud berfikir, menerima dan mengambil serius sesuatu pandangan. Dalam Islam, teknik meditasi bolehlah disamakan dengan bertafakur atau berzikir.
Lebih tepat lagi meditasi sebenarnya adalah kehendak, kemahuan dan pengawalan demi mencapai ketenangan yang optimum. Dalam melakukan meditasi, asas-asasnya amat penting bagi mendapatkan kesan yang diinginkan di samping mendisiplinkan diri ketika melakukan sesuatu perbuatan.
Asas melakukan meditasi yang sempurna adalah :
1) Tempat yang sesuai - bersih, tenang, segar dan tidak terlalu cerah atau gelap.
2) Pakaian yang selesa – berpakaian longgar, bersih dan berbau segar.
3) Sedikit senaman - Lakukan senaman ringan (stretching) selama lebih kurang 5-10 minit dan sedikit pernafasan terarah - tarik nafas dalam kiraan 6 saat dan lepas 6 saat agar badan segar dan frekuensi gelombang mudah memasuki alpha..
4) Suasana yang tenteram – tiada gangguan bunyi bising, bunyi telefon. Sedikit muzik yang menyenangkan dan haruman aroma yang segar akan membantu.
4) Suasana yang tenteram – tiada gangguan bunyi bising, bunyi telefon. Sedikit muzik yang menyenangkan dan haruman aroma yang segar akan membantu.
5) Posisi duduk yang betul – luruskan tulang belakang, rehatkan otot-otot tangan dan kaki, imbangi berat badan dan tidak membongkok. Boleh gunakan bantal untuk melapik kaki atau punggung.
6) Titik fokus – haruslah menetapkan titik fokus pandangan supaya tumpuan dapat dibuat sepanjang meditasi. Cari objek atau gunakan lilin dapat membantu. Sekiranya pejam mata, fokus pada teknik penafasan. Bernafas dengan perlahan melalui hidung, lidah 'tongkat' ke langit. Tarik nafas dalam kiraan 6 saat dan lepas 6 saat. Fokus kepada zikir amat digalakkan, kerana satu keasyikan dapat dirasa ketika memfokuskannya.
7) Jangan paksa – jangan paksa minda untuk menumpukan perhatian, lakukan perlahan-lahan dan tenang. Jika minda terganggu dengan pekara lain, biarkan ia perlahan-lahan keluar dari kotak fikiran anda. Fokus pada objek atau penafasan bagi meningkatkan pemusatan minda.
8) Tempoh yang sesuai – lakukan meditasi mengikut tahap kesesuaian anda, mulakan dengan tempoh yang pendek seperti 5 minit. Apabila anda kian mantap, panjangkan tempoh meditasi ini megikut kemampuan dan masa anda.
9) Jangan putus asa - Berlatihlah setiap hari, panjatkan permohonan kepadaNya agar diberi kekuatan dan keberhasilan dalam meditasi. Istiqamah berterusan walau sedikit akan membuahkan hasil.
Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress dapat diatasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna.
Terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang telah membuktikan akan kebaikan bermeditasi. Amalkanlah meditasi dan rasailah bermacam pengalaman serta kesan positif di dalamnya. Amat banyak kebaikannya dan meditasi itu sendiri tidak dapat diterangkan secara lebih jauh kerana sifat meditasi itu seperti:
- Tidak dapat disampaikan dengan buku
- Tidak dapat dijelaskan melalui kata-kata
- Hanya dapat ditunjukkan
- Hanya dapat di alami
Itulah meditasi.
Wallahu'alam