Aura Dan Fungsinya

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, August 4, 2009



Salam aura untuk anda yang punyai pelbagai warna aura...

Aura, semua orang rasanya dah biasa mendengar. Macam aura mawi yang dulunya heboh dengan kemasyhurannya dan biasanya bila disebut saja perkataan 'Aura', kita rasa semangat je. AURA! (Cubalah sebut :-)

Sebagaimana bumi mempunyai lapisan ozon yang melindunginya dari sinaran matahari yang berlebihan. Tubuh manusia juga mempunyai medan tenaga yang dikenali sebagai aura. Aura berbentuk seperti telur dan menyelubungi tubuh manusia terdiri daripada beberapa lapisan mengelilingi tubuh fizikal manusia dan mewakili keadaan emosi, mental, fikiran, tingkah laku dan juga tahap kesihatan seseorang.

Aura yang terbentuk dijanakan dari chakra yang mengeluarkan warna-warna yang tertentu mengelilingi tubuh manusia di mana setiap warna mewakili tahap-tahap tenaga yang berbeza-beza getaran gelombangnya. Melalui analisis aura, kita dapat mentafsirkan keadaan kesihatan, perilaku, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri (dgn izinNYA). Manusia terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di selilingnya. Dari sinar UV hinggalah kesan sinar infra merah yang berlebihan boleh merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi dari microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain.

Aura yang sihat biasanya tebal, halus dan bersaiz besar dan berwarna “vibrant” selalunya menggambarkan tubuh yang sihat di dalamnya, manakala aura yang nipis, kasar dan berwarna gelap menunjukkan ketidakstabilan mungkin dari segi emosi, fizikal dan sebagainya. Faktor tekanan hidup, berfikiran negatif dan stres merupakan salah satu daripada punca ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.

Bukan manusia sahaja yang memancarkan aura tetapi benda-benda lain seperti pokok, batu, kristal dan sebagainya. Cuma bezanya aura manusia sentiasa berubah. Sedangkan benda-benda hidup yang lain auranya tetap.

Jika kita perhatikan di persekitaran kita adakalanya insan yang mendampingi kita atau yang dipertemukan dengan individu yang bukanlah di kalangan insan yang kacak, jelita atau serba hebat penampilan imejnya tetapi wajahnya serta pembawakan dirinya cukup mengheningkan...wajah yang redup, pemikiran, akhlak dan budibicara yang sopan, teratur, jujur, ikhlas, tepat, padat, jitu dan terperinci cukup mempamerkan kejernihan hati & karisma diri beliau...itulah ciri-ciri individu yang memiliki AURA YANG CANTIK, HARMONI & HEBAT.

Dugaan dan cabaran tetap hadir dalam kehidupan tapi beliau tetap terus tabah, cekal, yakin akan potensi diri,bersangka baik pada ALLAH dan sabar...perisai auranya sukar dicerobohi elemen tenaga negatif.

Sifat aura boleh berubah SEIRING DENGAN PERJALANAN EMOSI, MINDA, FIZIKAL & SPIRITUAL individu. Fitrah kehidupan manusia yang tidak pernah lepas dari dugaan dan cabaran tambahan pula dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza menyebabkan ada ketikanya pancaran tidak HARMONI, KELAM, BUSUK, BOCOR & TERSUMBAT.

Keadaan ini mengakibatkan individu tersebut melalui fasa yang dinamakan 'EMOTIONAL BLOCKAGE'. Dalam kursus Reiki, diajar cara bagaimana menstabilkan aura dengan sentiasa melakukan self healing dan meditasi.

Sains telah membuktikan yang aura boleh dilihat menggunakan kamera kirlian. Dengan menjalani latihan tertentu manusia juga merasakan getaran aura dan juga berupaya melihat aura… Dan untuk melihat aura bukan dengan menggunakan mata kasar ini tetapi dengan mata 'halus' kita.

Beserta dengan niat untuk melihat warna aura dan kondisi gelombang minda (alpha state), insyaAllah seseorang itu dapat melihat aura. Pastikan juga di belakang seseorang yang ingin kita lihat aura tu perlu berlatar belakang warna putih (dinding putih contohnya).

Kalau anda ingin melihat aura anda sendiri, lihatlah dalam cermin. Pastikan 'background' anda berwarna putih. Cubalah! :-)