Saya sentiasa mengharapkan kepada para pembaca blog ini agar dilimpahi taufik dan hidayah dari Allah.
Kali ni tajuknya mungkin agak pelik – ‘belajar reiki hentaman’. Sebenarnya ia bukanlah satu reiki atau aliran reiki yang baru tapi apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah ada yang baru belajar reiki dah pandaI hentam orang lain. Ye la, mungkin master utama atau master-master yang lain selitkan ‘Kuasa Hentaman’ ini dalam silibus pelajaran mereka.
Sebelum belajar reiki, penuh tertib tapi bila dah belajar reiki lain pula attitude nya. Sombong, bongkak dan ego menyelubungi diri. Aik, kenapa macam tu pula? Di mana adab seorang pengamal reiki? Mungkin aliran ilmu yang dipelajarinya lebih mulia sebab itu dengan mudah memperlekehkan orang lain.
Sebelum belajar reiki, penuh tertib tapi bila dah belajar reiki lain pula attitude nya. Sombong, bongkak dan ego menyelubungi diri. Aik, kenapa macam tu pula? Di mana adab seorang pengamal reiki? Mungkin aliran ilmu yang dipelajarinya lebih mulia sebab itu dengan mudah memperlekehkan orang lain.
Saya tak faham mereka yang klaim bahawa belajar reiki murah ni macam sampah... dan adakah master-master yang baru nak jadi master ni diajar oleh otai-otai master untuk memperlekehkan aliran-aliran lain? Oh, mungkin ini yang diajar dalam ilmu dan perjumpaan reiki mereka setiap minggu.. mengherdik, mencaci dan menjatuhkan org lain. Ya, ‘makanan’ mereka agaknya.
Kalaulah tahap 1 saya letak yurannya RM5,000… dan ada beberapa orang yang bersungguh-sungguh ingin belajar reiki. tapi disebabkan bajet takde, apakah perlu saya ketepikan orang ini? Orang2 di luar sana yang nak sihat, nak ceria hantar sms/emel kepada saya, tapi dibalas "maaf, tentang bayaran saya tak dapat tolong, anda perlu usahakan sendiri'... patut ke mcm tue? Saya bukanlah sekejam itu. Malah saya juga tidak pandang kepada wang ringgit kerana ada juga student-student saya yang bayar ansur-ansur. Dan ada juga belajar dulu bayar kemudian bila puas hati.
Konon, reiki merekalah yang hebat, bagus, diiktiraf... siapa yang belajar reiki dari mereka saja yang bagus, selainnya bungkus? Apakah sifat ini perlu ada pada pengamal reiki? Hmm… kalau ada, mereka ini bukanlah pengamal reiki sejati...
Saya tahu ada artikel yang ditulis memang ada kena mengena dgn saya. Bukanlah marah tapi saya perlu tegaskan dan ‘clear’ di sini... jangan hanya pandang pada luaran.. jangan tafsir orang pada luaran... atau senang cerita, janganlah asyik dok nak 'scan' je orang luar.. pandang dan renunglah pada diri sendiri dulu... renung pada diri, org terdekat, apakah telah sihat dan bagus zahir batin? Sihat dan bagus syariat dan hakikatnyer? Apakah sihat dan bagus hukum2 islam dlm hidupnya...
Maaf, mungkin pedas tapi untuk mengajar keharmonian bukan mudah... Nak ajar harmoni mind, body & soul pun nak letak bayaran RM ribuan ringgit? Tak tahulah saya… Mereka-mereka ini mengadakan kursus reiki dengan bayaran yang begitu mahal kerana ia sebagai asbab sumber pendapatan utama mereka. Sedangkan saya sekadar ingin membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia khususnya untuk mempelajari ilmu penyembuhan menggunakan telapak tangan ini. Lagipun saya mempunyai perniagaan yang saya usahakan sendiri, ALhamdulillah. Sebab itu yuran saya murah…tapi tak bermakna tiada kualiti.
Sesuatu nilai ilmu itu bukan terletak pada nilai duit RM semata... belajar reiki dgn bayaran yg mahal mungkin kerana master-master tue terpaksa cover kos sewa centre, bayar gaji, sewa alat2 projector dsb, bayar tue bayar ni...so itu yg mahal... kos iklan lagi bla bla bla...
Pernahkah kita perhatikan nafas kita selama ini? Adakah kita perlu bayar utk menghirup satu nafas? Tidak! Jadi apakah nafas itu suatu yg murah? Jika belajar bab nafas, zikir nafas, tanpa bayaran yg mahal adakah ia ilmu yg murah...?
Nilai ilmu bukan pada wang ringgit... tidak semestinya semakin tinggi nilai RM maka tinggi & hebat ilmu itu.. dan murahnya nilai RM ilmu tue, maka dianggap ilmu murahan...bukan mcm tue... Hmmm… ilmu reiki saya memang murah tapi pada yurannya bukan pada kualitinya. Telah ramai yang mengikuti kursus reiki online saya dan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya dari saya walau tanpa hadir diri. ALhamdulillah, semua berpuas hati dan merasai kesan serta perubahan dalam diri mereka.
Saya tak mahu mengulas panjang tentang perkara ini. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Kepada para master di luar sana, berhati-hatilah dalam soal ini. Anda semua hanya memalukan diri sendiri saja. Renung-renungkan dan selamat beramal! :-)