Home » SANTAPAN ROHANI » ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA
ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA
Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 11, 2008
Dialog di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut:
1. Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya).
2. Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan.
3. Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia).
4. Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.
5. Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan masa muda dan rakan-rakan (Istiqamah).
Petikan dari Surah As-Syura Ayat 15 yang bermaksud:
"Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhamad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan
kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan."
Dalam Surah Yusuf Ayat 87, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
Pengertian Istiqamah
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan
melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
1) Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
2) Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Qur’an dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
3) Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
4) Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
5) Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Ianya menjana energy yang berterusan dalam segala perbuatan yang dilakukan.
Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1) Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2) Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3) Prinsip yang benar berasaskan Al-Qur’an dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4) Ilmu dan maklumat yang cukup.
5) Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6) Usaha yang berterusan.
7) Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8) Berdoa dan bertawakal.
9) Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.
Hikmah Istiqamah
Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa Melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Wallahu'alam.
Labels:
SANTAPAN ROHANI