SEMUA ORANG MAMPU JADI PERAWAT

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, August 7, 2008





'Everyone can be a healer! ' Syaratnya, berniat dan bersungguh-sungguh di dalamnya.

Kondisi yang paling penting dalam mengubati atau mencegah timbulnya penyakit adalah yakin kepada Tuhan Yang Maha Esa, bahwa segala sesuatu terjadi atas Kehendak-Nya. Beberapa penyakit datang sebagai hukuman bagi ketidakpatuhan seseorang dan yang lain sebagai ujian untuk melihat kesabaran kita, apakah kita mahu menerimanya. Allah mengirimkan kebaikan dan keburukan, kemiskinan dan kekayaan, penyakit dan kesehatan. Dia memberi kemuliaan dan kehinaan. Dia memberi kekuatan dan kelemahan, kesulitan dan kemudahan.

Sebagai Tuhan bagi manusia, Allah berhak menguji dan mencuba kita, untuk melihat apakah kita tetap beriman kepada-Nya dan tetap berada di jalan-Nya, atau apakah kita goyah dan bersimpang, atau apakah kita tetap patuh dan tetap menjadi hamba-Nya dalam segala keadaan.

Merawat diri sendiri merupakan satu anugerah Allah yang dikurniakan kepada sekelian hamba-hambaNya asal mereka yakin yang menyembuh, memberi manfaat dan mudharat hanyalah Dia. Kita hanya mampu berusaha atas izinNya dengan mengharap penuh tawadhuk akan pertolongan dariNya setiap saat ketika.

Salah satu kaedah merawat diri sendiri adalah dengan cara menggunakan sentuhan telapak tangan ke tempat / bahagian tubuh yang mengalami kesakitan dengan mengaplikasikan tenaga alam semesta kurniaan Ilahi. Berdoa dan tenang adalah aspek penting bila merawat diri sendiri atau pesakit kerana permohonan kita kepada Allah dalam keadaan tenang, pasrah membawa diri kita kepada hakikat segalanya adalah dariNya dan milikNya jua. Kita hanya sebagai medium pengalir tenaga penyembuhan.





Melalui kaedah sentuhan tapak tangan, kita hanya meletakkan ke tempat yang dirasa kurang selesa pada tubuh. Sebagai contoh, perut kita sakit dan kita tidak tahu apakah puncanya... Hanya tenang (istighfar, syahadah dan shalawat dengan diiringi alunan nafas yang perlahan), kemudian sampaikan permohonan kepada Allah, apa saja niat/doa pasti Dia mengetahuinya. Dan letakkan kedua atau salah satu tapak tangan di perut dan biarkan sekurang-kurangnya 5 minit di situ. Beristighfar/zikir sebaiknya ketika proses berlaku dan nikmatilah sensasi di tapak tangan, kawasan perut. Kepada yang peka pasti akan merasakan sedikit arus elektrik, panas, sejuk atau menyucuk seperti jarum. Usah difikir apakah akan sembuh atau tidak. Pasti dan yakinlah bukan tapak tangan, bukan kita yang menyembuhkan...hanya Dia Yang Maha Penyembuh.

Cubalah merawat diri sendiri. Cuba pada sakit-sakit biasa seperti demam, selsema, batuk, sakit-sakit badan/sendi. Tapi ingat, selagi boleh bertahan dengan sakit tahanlah. Jangan terus pergi jumpa doktor dan ambil ubat-ubatan yang kita telah sedia maklum mengandungi bahan-bahan kimia yang hanya mematikan sympthom, bukan merawat punca penyakit. Selain rasa sakit, yakinlah andai kita sabar dan redha kepadaNya pasti keampunan dan rahmat yang kita peroleh.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya bila-bila masa. Kepada yang berminat mengikuti Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia- Seni Penyembuhan Alami juga boleh hubungi saya. InsyaAllah saya sedia membantu.

Wallahu'alam.