Showing posts with label KEAJAIBAN. Show all posts
Showing posts with label KEAJAIBAN. Show all posts

Testimoni Reiki Hikmah Sufi 3

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, May 17, 2009

Salam sejahtera kepada pembaca yang menziarahi blog ini.

Ini pula adalah testimoni lanjutan dari student yang mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi. Buat masa ni, bagi saya student ni memang rajin menulis testimoni, panjang lebar la juga. Yang lain tu ada yang hantar testimoni tapi tak nak disiarkan di blog ni. Jadi saya menghormati privasi mereka. Dan ada pula yang tak tahu nak cerita tentang pengalaman yang dirasa. Maklumlah ilmu ni 'ilmu rasa' juga. Apa yang dirasa kadangkala sukar diungkap dengan kata-kata. Bak kata pujangga, 'tiada kata menggambarkan jiwa...' Cewah, bermadah la pula. :-)

Harap anda semua layan je la ye testimoni ni. Bukan bertujuan nak menunjuk2 tapi sekadar ingin membuktikan bahawa student-student yang belajar Reiki secara 'Home Study Course' a.k.a. secara Online ini pasti akan dibimbing hingga faham dan mahir dalam mempraktikkan reiki dalam kehidupan seharian. Dan hasil 'attunement' yang diperolehi adalah sama seperti belajar secara hadir diri. Jadi, anda boleh jimat banyak kos dan tenaga.

Kalau ada yang kurang faham lagi, akan dibimbing melalui telefon, emel, sms dan ym. Ada student yang dah belajar 2 tahun lepas pun masih lagi berhubung dan berkongsi tips, testimoni serta panduan-panduan tambahan. Pendek kata tiada yang menghalang untuk belajar dan terus belajar. Tinggal hanya nak atau tak nak saja bertanya. Malu bertanya sesat jalan...

“Salam Master Syed,

Pertama kali saya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas ilmu yg dikurniakan pada kita. Alhamdulillah dengan izinNya selesai sudah proses attunement reiki hikmah sufi level 7 dgn sempurna iaitu tiada rintangan. Terima kasih yg tidak terhingga kpd Master Syed kerana memperkenalkan ilmu ini kpd saya. Di sini saya ingin menceritakan pengalaman serta berkongsi sedikit ilmu reiki yg saya terokai.

Sebelum ini saya ada menceritakan pengalaman saya semasa diattunekan. Jadi kali ini saya nak menceritakan pengalaman merawat orang lain. Pertama kali org yg saya rawat adalah isteri saya. Isteri saya mempunyai penyakit migrain yg boleh dikatakan kronik la jugak sehingga kadang2 tu sampai menangis dibuatnya.

Jadi saya pun melakukan proses penyembuhan menyeluruh, semasa proses penyembuhan dia merasakan sakit menyucuk2 di daerah kepala selama beberapa minit. Selepas itu dia merasa tenang dan terus tertidur. Alhamdulillah setelah 3 hari berturut2 melakukan rawatan, kini sakit yg dialami umpama hilang terus sehinggalah sekarang.

Apa yg saya rasa dari energi reiki hikmah sufi ini adalah energinya kuat, getarannya halus dan sejuk @ dingin serta menyucuk seperti arus elektrik. Jadi semasa proses penyembuhan akan terasa penolakkan rasa dingin yg kuat serta mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Pengalaman saya merawat orang secara dekat dan jarak jauh kebanyakannya akan tertidur setelah rawatan. Bila mereka bangun, tubuh dan minda mereka terasa ringan, lapang dan tenang saja. Apabila saya temukan tangan untuk rawatan jarak jauh saya boleh rasakan di kedua2 tapak tangan saya seperti ada arus elektrik serta bergetar seluruh tapak tangan, memang betul2 terasa..

Rasa ini bukanlah apa yg kita cari dan bukan juga tujuan utama dalam reiki seperti yg Master Syed ajarkan pada saya, tapi apa yg dirasa adalah anugerah dari Allah s.w.t. dan asbab daripada latihan yg berterusan. Amalan itu penting, krn bagi saya lebih kita beramal akan lebih banyak yg tersembunyi dapat dirungkaikan… kadang2 bukan dengan kata2. Sesuatu yg asing yg kita belum terokai usahlah melabelkan sebagai sesat. Belajar dan kajilah dahulu, jika benar sesat di dalamnya maka tinggalkanlah. Jika yakin maka teruskan beramal sambil memohon pertolongan dari Allah. Lagipun dalam manual yg disertakan tiada amalan2 yg meragukan. Hanya diajar benar2 pasrah kepada Allah dalam memohon pertolongan utk mbantu merawat org di sekitar kita. Itu saja.

Banyak kejadian yg hendak saya ceritakan, salah satunya memang pelik kalau kita tak biasa mcm saya. Kejadian di mana saya bermimpi yg anak saya buang air besar, selepas itu saya terjaga dan terus saya periksa pampers anak saya, memang ada .Terkejut juga tapi saya rilex saja. Kejadian baru2 ni pun pelik jugak, semasa saya nak masuk pejabat saya dengar org sedang bersembang, saya pusing kanan pusing kiri takde org, mula takut juga, bila saya pusing2 mencari dari mana datangnya bunyi itu dan saya keluar dari pejabat saya lihat di sebelah pejabat memang ada 2 org sedang bersembang tapi mereka sembang perlahan tapi saya dengar kuat dalam pejabat tadi. Hairan dan pelik tapi benar.

Memang ada lagi kejadian yg tak boleh saya ceritakan. Memang tak rugi saya belajar reiki hikmah sufi ni. Apa yg boleh saya rasa sekarang adalah berkeyakinan dari sebelum ni, masalah panik saya pun dah byk berkurang, lebih cool dan rilex, tak gelabah, ‘sentuhan yg bermakna’, mudah telepati terhubung mcm h/p tapi yg penting lebih pasrah, tawakal, berharap serta berserah hanya pada NYA.

Yang baik datang dari Allah, yg salah itu dari saya. Saya harap Master sentiasa memberi tunjuk ajar.”



More about → Testimoni Reiki Hikmah Sufi 3

Testimoni Reiki Hikmah Sufi 2

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, April 20, 2009

Ini merupakan testimoni reiki hikmah sufi dari student tempoh hari yang mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi.

"salam master syed,

Pengalaman semasa dan selepas penyelarasan reiki hikmah sufi level 2:
semasa diselaraskan terasa bermagnet di setiap chakra dan badan bergoyang lebih laju. sebelum penyelarasan sy melakukan meditasi dan selepas penyelarsan terus sy melakukan sefl healing. semasa sy melakukan self healing sy boleh merasakan energinya kuat sehingga terasa getaran pada chakra2. Energi yg sy rasa kali ini bercampur panas dan dingin dan ia mencetuskan satu energi yg luar biasa. Terasa badan bertenaga dan minda rasa segar pada esok harinya.

Pada Level 3, ada kelainan sedikit semasa penyelarasan berlaku kerana sy boleh lihat cahaya, pada mulanya sy ingat hanya perasaan saja tetapi cahaya itu muncul beberapa kali. Mulanya cahaya putih selepas itu gelap, kemudian cahaya merah lepas tu gelap balik, kemudian cahaya oren dan ada lagi beberapa cahaya yg sy tak berapa pasti dan akhir sekali sy nampak cahaya ungu beberapa kali. sungguh pelik...terpinga-pinga dan teruja. Selepas itu sy lakukan self healing ,energi yg sy rasa kali ini lebih dingin, terasa sampai ke tulang sejuknya tapi selesa.

Level 4 pula, semasa diselaraskan seluruh badan rasa bermagnet, di dalam badan berasa gelombang yg sedang berlawanan. tapak tangan terasa keras disebabkan penarikan magnet. Semasa sy melakukan self healing energi pada mulanya sejuk sehingga terasa kebas selepas itu bercampur panas. Apabila bercampur energinya fuh.. sgt kuat, memang menggetarkan kesemua chakra.

Pada keesokkan harinya semasa sy sedang menonton tv pada mulanya sy terasa energi mengalir melalui dari tapak kaki tapi sy ingat biasa la sbb selalu sy rasa tapi berlainan kali ini,t erasa angin dan gelombang yg sgt kuat selama satu jam. Pada mulanya takut jugak dibuatnya lalu apabila sy duduk bermeditasi rasa sungguh kuat energinya yg belum pernah sy rasa energi mcm tu sebelum ini.

Selepas ini saya masih menunggu untuk penyelarasan Level 5, 6 & 7 dari master syed... sekian. salam."

Kursus Reiki Hikmah Sufi masih lagi dibuka kepada 5 peserta sahaja. Jika anda berminat untuk mempelajarinya, boleh hubungi saya bila-bila masa atau emel: syed_mansor@yahoo.com.my

More about → Testimoni Reiki Hikmah Sufi 2

Testimoni Reiki Hikmah Sufi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, April 14, 2009

Salam kepada yang setia menjenguk blog reiki ini. Saya harap semuanya sihat walafiat zahir dan batin.

Untuk kursus Reiki Hikmah Sufi yang saya buka baru-baru ini ramai juga yang berminat tetapi tidak semua saya terima kerana beberapa sebab. Saya harap kepada yang tak dapat tu usah berkecil hati ye. Kursus Kundalini Reiki 1 masih dibuka untuk semua. Belajar level 1 dahulu - Kundalini Reiki. Apabila mahir dan faham perjalanan ilmu Reiki ini, jadi boleh teruskan ke tahap 2. Tahap 2 ini tenaganya memang panas dan ramai yang dapat merasakannya. Syukurlah kerana panas ini bukan panas biasa sebab kalau pergi klinik check suhu, akan diberitahu NORMAL je.

Pelik tapi itulah kenyataannya. Panas-panas sedap la katakan... :-)

Sebenarnya saya nak berkongsi dengan anda semua pengalaman student yang telah mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi ni. Saya ni tidak paksa untuk menghantar testimoni kepada saya.. terpulang kepada hak masing-masing. Pengalaman itu adalah guru penting dalam sesuatu ilmu dan kehidupan. Melalui asas yang kukuh, serta berjalan seiring dengan ilmu, tunjuk ajar dan hidayahNYA pasti mampu meneroka lebih banyak rahsia ilmu Reiki ini. InsyaAllah.

Dan ini adalah testimoni student tersebut:

"Salam,
Pertama kali saya bersyukur kpd Allah s.w.t dan berterima kasih kpd Master Syed krn memperkenalkan ilmu reiki kpd saya.Saya cukup bertuah krn diperkenalkan dgn reiki hikmah sufi. Pengalaman saya pertama kali bila saya diselaraskan dgn level 1 reiki hikmah sufi apabila saya mula saja bermeditasi serta saya masuk ke dalam penghayatan alpha, saya merasakan tubuh badan saya seperti duduk di dalam sampan, bergoyang-goyang, kepala rasa mcm kembang, tangan berasa ada gelombang berputar serta macam ada magnet di dalam tangan yg menarik-narik. Habis sahaja penyelarasan, rasa loya sedikit sebab rasa duduk di atas sampan.

Semasa sy melakukan self healing, saya rasa pelik kerana energinya sejuk sedikit, tetapi bercampur dengan panas dan berputar-putar. saya pun tertanya-tanya betul ke ni tapi telah diterangkan oleh Master Syed. terima kasih sekali lagi diucapkan kpd Master Syed."

Faizal
Pulau Pinang


More about → Testimoni Reiki Hikmah Sufi

Energi Reiki Boleh Di-Program

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, January 29, 2009



Salam pembaca budiman...
Apa habaq? Moga ceria selalu :-).

Rasanya dah biasa kita dengar perkataan ini - PROGRAM. Yang diistilahkan dengan mem”program” pula ialah merencanakan dengan cermat dan teratur, suatu perkara yang akan dilaksanakan dengan diikuti faktor-faktor yang akan mempengaruhinya. Dalam teknik pengaliran energi Reiki, saya akan berkongsi bersama anda apa itu kaedah pemprograman Reiki.

Kaedah program energi Reiki antara lain ialah :
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More about → Energi Reiki Boleh Di-Program

Pengalaman Merawat Keluarga

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, January 7, 2009

Hari ni saya baru terima satu emel dari student saya - Kamarudin@Ayah Sidi, Kota Bharu Kelantan. Alhamdulillah beliau praktikkan apa yang telah diajar langkah demi langkah.


Klik gambar untuk lebih jelas

p.s. Kepada anda yang ingin belajar reiki, boleh hubungi saya bila-bila masa. Kursus dijalankan secara online.
More about → Pengalaman Merawat Keluarga

Merawat Kerasukan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, December 18, 2008

Pengalaman dari salah seorang student di Sabah.

Klik gambar untuk lebih jelas
More about → Merawat Kerasukan

Pengalaman Semasa & Selepas Attunement

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi

Semasa Attunement:

Klik gambar untuk lebih jelas

Selepas Attunement:

Selamat malam dan salam sejahtera kepada saudara.

Ok, saya mulakan perjalanan hidup seharian saya dengan kundalini reiki ni. Memang ada keilmuan reiki ini suatu yang baru dalam hidup saya. Saya terasa begitu excited dan teruja dengan kundalini reiki ini. Saya ada membaca di internet yang seseorang yang diberi attunement kundalini reki ada yang tidak merasa apapun semasa attunement dan juga tidak dapat merasa energi secara terus, tapi berlainan dengan saya, saya dapat merasakan energi semasa attunement dan boleh merasainya pula selepas attunement dan mengalirkan energi kundalini reiki ini. Saya merasa sungguh gembira sekali dan sangat bersyukur kepada tuhan atas anugerah ini. Seperti yang saudara katakan, menggunakan reiki secara terus terutama self healing, meditasi dan menyalurkan reiki dapat menambahkan dan memantapkan penyaluran energi reiki. Saya akan berlatih sehingga benar-benar mahir dulu dan barulah saya akan menolong sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

Hari ini, macam biasa saya bangun pagi dalam keadaan yang segar dan sihat. Saya memulakan meditasi dan self healing diawal pagi, energinya semakin terasa dan kerana cuaca yang masih sejuk, saya menggosok-gosok dulu tangan saya sebelum menyalurkan reiki dan kesannya sangat memberansangkan, energi semakin kuat terasa mengalir. Kemudian masa self healing dan meditasi tu, macam biasa juga dapat merasakan energi dan masih tidak ada apa-apa yang luar biasa.

Selepas tu, saya mandi pagi untuk bersedia ke sekolah kerana saya ada exam stpm bahasa melayu pukul 8.00 pagi. Masa mandi tu, seluruh hujung jari tangan saya seakan-akan ada tenaga dan lembut seperti angin mengalir bersama air mandian. Mula-mula tak perasan juga sebenarnya, tapi time saya buka shower dan biarkan muka saya disirami air dan ketika tu tangan saya dibawah, baru saya perasaan.adanya getaran energi itu. Tak juga rasa apa-apa, cuma macam angin saja, bila disentuh dengan jari-jari seakan-akan bergetar pula.

Lepas tu, saya bersiap dan bersarapan, dekat 3 kali saya ‘masuk tandas’ pagi tadi. Saya jalan ke sekolah lepas tu, tapi macam saya rasa haus sangat padahal banyak juga minum air dan baru hari ini terasa begitu haus sangat, malah bila sampai rumah, tiga botol air saya habis, ingat perut kembung lepas tu, tapi tak juga.

Sebelah petang pula, saya sambung buat self healing. Kemudian bila saya turun ke bawah nak minum air tu, entah macamana saya terlanggar hujung meja. Tangan saya berdenyut kuat dan sakit sangat, saya naik atas dan duduk atas kerusi dan salurkan kundalini reiki, saya tak sentuh langsung tempat sakit sebaliknya jarakkan sehingga 1 inci. Terasa ada energi suam dan hangat yang kuat, malah lebih kuat dari time saya buat self healing, terasa suam dan seperti meliputi tempat sakit, belum sampai 2 minit, sakit hilang secara total dan seakan-akan tidak berkesan, bengkak pun tidak. Saya bersyukur atas pengalaman saya ini dan kemudian saya memasak pula lepas tu, entah macamana lagi pula, saya tak berhati-hati masa masukkan bawang dan tak semena-mena minyak panas terpercik keluar dan terkena kaki saya, punya main sakit dan saya takut juga kalau melecur, saya angkat kaki saya dan salurkan kundalini reiki. Lebih kurang 4 minit kemudian, sakit hilang dan tiada kesan serta tidak melecur pun. Bila saya renung balik perkara ni, mungkin juga ada hikmah disebaliknya, yalah, kalau tak jadi begitu, saya tak akan tahu yang kundalini reiki boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan menyembuhkan langsung akibat terlanggar meja dan terkena minyak panas. Apapun, semuanya kuasa Tuhan.

Rasa di dahi tu pula memang masih ada, saya rasa seronok pula, yalah macam saya rasa ada tiga mata pula yang ‘tumbuh’.

Saya harap, selepas ini saya akan dapat pengalaman-pengalaman lain pula. Semakin hari semakin seronok dan mendebarkan pula adventure saya bersama dengan kundalini reiki.








Alessandro Bin Rahman



More about → Pengalaman Semasa & Selepas Attunement

DISEBALIK LIMA JARI

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, August 8, 2008



"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?

Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insani dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.

Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.

Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?

Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari 'hantu' namanya.

Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu, dan juga tentang keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.

Sekaarang, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

Wallahu'alam


More about → DISEBALIK LIMA JARI