Testimoni Reiki Hikmah Sufi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, April 14, 2009

Salam kepada yang setia menjenguk blog reiki ini. Saya harap semuanya sihat walafiat zahir dan batin.

Untuk kursus Reiki Hikmah Sufi yang saya buka baru-baru ini ramai juga yang berminat tetapi tidak semua saya terima kerana beberapa sebab. Saya harap kepada yang tak dapat tu usah berkecil hati ye. Kursus Kundalini Reiki 1 masih dibuka untuk semua. Belajar level 1 dahulu - Kundalini Reiki. Apabila mahir dan faham perjalanan ilmu Reiki ini, jadi boleh teruskan ke tahap 2. Tahap 2 ini tenaganya memang panas dan ramai yang dapat merasakannya. Syukurlah kerana panas ini bukan panas biasa sebab kalau pergi klinik check suhu, akan diberitahu NORMAL je.

Pelik tapi itulah kenyataannya. Panas-panas sedap la katakan... :-)

Sebenarnya saya nak berkongsi dengan anda semua pengalaman student yang telah mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi ni. Saya ni tidak paksa untuk menghantar testimoni kepada saya.. terpulang kepada hak masing-masing. Pengalaman itu adalah guru penting dalam sesuatu ilmu dan kehidupan. Melalui asas yang kukuh, serta berjalan seiring dengan ilmu, tunjuk ajar dan hidayahNYA pasti mampu meneroka lebih banyak rahsia ilmu Reiki ini. InsyaAllah.

Dan ini adalah testimoni student tersebut:

"Salam,
Pertama kali saya bersyukur kpd Allah s.w.t dan berterima kasih kpd Master Syed krn memperkenalkan ilmu reiki kpd saya.Saya cukup bertuah krn diperkenalkan dgn reiki hikmah sufi. Pengalaman saya pertama kali bila saya diselaraskan dgn level 1 reiki hikmah sufi apabila saya mula saja bermeditasi serta saya masuk ke dalam penghayatan alpha, saya merasakan tubuh badan saya seperti duduk di dalam sampan, bergoyang-goyang, kepala rasa mcm kembang, tangan berasa ada gelombang berputar serta macam ada magnet di dalam tangan yg menarik-narik. Habis sahaja penyelarasan, rasa loya sedikit sebab rasa duduk di atas sampan.

Semasa sy melakukan self healing, saya rasa pelik kerana energinya sejuk sedikit, tetapi bercampur dengan panas dan berputar-putar. saya pun tertanya-tanya betul ke ni tapi telah diterangkan oleh Master Syed. terima kasih sekali lagi diucapkan kpd Master Syed."

Faizal
Pulau Pinang