Testimoni Reiki Hikmah Sufi 2

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, April 20, 2009

Ini merupakan testimoni reiki hikmah sufi dari student tempoh hari yang mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi.

"salam master syed,

Pengalaman semasa dan selepas penyelarasan reiki hikmah sufi level 2:
semasa diselaraskan terasa bermagnet di setiap chakra dan badan bergoyang lebih laju. sebelum penyelarasan sy melakukan meditasi dan selepas penyelarsan terus sy melakukan sefl healing. semasa sy melakukan self healing sy boleh merasakan energinya kuat sehingga terasa getaran pada chakra2. Energi yg sy rasa kali ini bercampur panas dan dingin dan ia mencetuskan satu energi yg luar biasa. Terasa badan bertenaga dan minda rasa segar pada esok harinya.

Pada Level 3, ada kelainan sedikit semasa penyelarasan berlaku kerana sy boleh lihat cahaya, pada mulanya sy ingat hanya perasaan saja tetapi cahaya itu muncul beberapa kali. Mulanya cahaya putih selepas itu gelap, kemudian cahaya merah lepas tu gelap balik, kemudian cahaya oren dan ada lagi beberapa cahaya yg sy tak berapa pasti dan akhir sekali sy nampak cahaya ungu beberapa kali. sungguh pelik...terpinga-pinga dan teruja. Selepas itu sy lakukan self healing ,energi yg sy rasa kali ini lebih dingin, terasa sampai ke tulang sejuknya tapi selesa.

Level 4 pula, semasa diselaraskan seluruh badan rasa bermagnet, di dalam badan berasa gelombang yg sedang berlawanan. tapak tangan terasa keras disebabkan penarikan magnet. Semasa sy melakukan self healing energi pada mulanya sejuk sehingga terasa kebas selepas itu bercampur panas. Apabila bercampur energinya fuh.. sgt kuat, memang menggetarkan kesemua chakra.

Pada keesokkan harinya semasa sy sedang menonton tv pada mulanya sy terasa energi mengalir melalui dari tapak kaki tapi sy ingat biasa la sbb selalu sy rasa tapi berlainan kali ini,t erasa angin dan gelombang yg sgt kuat selama satu jam. Pada mulanya takut jugak dibuatnya lalu apabila sy duduk bermeditasi rasa sungguh kuat energinya yg belum pernah sy rasa energi mcm tu sebelum ini.

Selepas ini saya masih menunggu untuk penyelarasan Level 5, 6 & 7 dari master syed... sekian. salam."

Kursus Reiki Hikmah Sufi masih lagi dibuka kepada 5 peserta sahaja. Jika anda berminat untuk mempelajarinya, boleh hubungi saya bila-bila masa atau emel: syed_mansor@yahoo.com.my