Latihan Reiki Secara Konsisten

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, June 21, 2011



Salam bahagia. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.


Belajar Reiki ni amat mudah. Semua boleh belajar Reiki. Kursus reiki di Malaysia sekarang ini tumbuh seperti cendawan. Anda bebas memilih apa jua jenis kursus reiki. Belajar reiki bukan susah manapun. Senang, terlalu senang. Dek kerana terlalu senang belajar, dengan attunement reiki sekitar 20-25 minit saja, Anda mampu alirkan energi reiki kepada diri sendiri dan orang lain.

Belajar reiki tak perlu bertahun-tahun seperti ilmu kedoktoran. Perlu tahu sedikit teori tentang reiki, energi alam semesta, chakra, aura, teknik-teknik rawatan sudah cukup membantu pelajar reiki untuk memulakan praktik reiki. Tapi oleh kerana terlalu mudah dan senang mempelajari reiki ni, ramai pelajar reiki ambil ringan dengan latihan-latihan dalam reiki seperti selfhealing (penyembuhan diri), meditasi, sering menggunakan energi reiki dalam apa jua kegiatan harian.

Setelah menerima attunement, pelajar reiki telah diselaraskan chakranya untuk dapat terhubung @ channeling dengan energi alam semesta. Dengan cepat dah boleh lakukan rawatan walaupun baru saja menerima attunement reiki. Ini bukan bermakna chakra, tubuh energi, jalur energi, aura Anda terus kekal dan meningkat mendadak. Anda sekadar telah 'dibuka' jalur energi.

Maka Anda selepas itu haruslah terus menerus berlatih untuk meningkat kualiti hidup Anda dengan sering melakukan latihan-latihan dalam reiki seperti di atas. Perkara paling utama selepas attunement adalah melakukan penyembuhan diri secara terus menerus selama 21 hari. Sebaiknya berturut-turut. Setiap chakra 3 hari, maka 7 chakra menjadi 21 hari pembersihan.

Chakra yang telah diselaraskan oleh master reiki, hanya terbuka untuk sedia channeling dengan energi alam semesta. Anda sendiri harus tetap melakukan selfhealing walaupun telah selesai 21 hari. Minima 1x sehari. Tak mampu, 3x seminggu. Anda perlu berlatih terus menerus supaya chakra Anda sentiasa terbuka lebar, aktif, bersih dan mengembang hingga kembangannya yang terakhir.

Apa saja yang Anda pelajari samada dalam ilmu reiki, tenaga dalam, prana, atau apa saja keilmuan, perkara paling utama dan menjadi kewajiban adalah dengan beramal dengan apa yang telah dipelajari. Beramallah bersungguh-sungguh, baru Anda akan nampak hasilnya dan 'jasa' ilmu tersebut samada cepat atau lambat saja. Bergantung kepada niat dan rahmat Allah jua. Tidak perlu mengharap perkara yang instant dan serta merta saja.

Percayalah, jika Anda tidak beramal dengan apa yang Anda ada, ilmu dalam diri Anda tidak berkembang, tiada kefahaman dan hikmah yang akan dapat. Belajarlah dengan sepuluh atau berpuluh-puluh perguruan, jika malas beramal maka jadilah ilmu-ilmu itu sebagai koleksi di dada.

Bila tak beramal, tak berlatih disalahkan guru yang mengajar. Kurang jelas, kurang faham tidak mahu bertanya. Bila telah diattune, tak merasai apa-apa sensasi terus tinggalkan latihan. Perhatikan dan fikirkanlah mengapa ada orang yang belajar keilmuan yang sama dapat merasakan manfaat dan melalui pelbagai pengalaman dalam ilmunya? Sedangkan diri sendiri tidak seperti orang tersebut? Ilmu yang sama saja. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Nasihat buat diri saya dan Anda semua yang saya kasihi... bukan sekadar dalam ilmu reiki saja tapi ia merangkumi semua ilmu yang telah dan ingin dipelajari.

"Ilmu Tanpa Amal, Sia-sia. Amal Tanpa Ilmu, Sesat". Renung-renungkan dan selamat beramal! :-)

Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia Jarak Jauh! Berminat hubungi saya 019-300 6668.



p.s. Anda suka artikel ini?