Kenapa Marah Jika Sayang?

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 23, 2011


Salam bahagia. Nak kongsi satu tips ringkas hari ni.

Kalau suami isteri, adik beradik atau ahli keluarga nak berbaik-baik semasa/selepas marah, atau dimarahi... maksudnya dua-dua sekali, si pemarah dan kena marah. Tipsnya macam ni:

1. Beralih tempat segera. Kalau berdiri > duduk > baring.

2. Tarik nafas perlahan2 (ikut hidung) diiringi istighfar, niat di hati hantar Energi Cinta Kasih dari hati sanubari kepada si pemarah @ yang kena marah (bayangkan wajahnya) sambil sentuh tengah dada dengan beberapa jari kanan atau kiri). Lepas nafas perlahan2 (ikut hidung).

3. Senyum

4. Pandang si dia dengan rasa KASIHan (kalau si dia takda, bayangkan saja wajahnya). Sebab itu kita perlu berKASIH SAYANG. Kenapa marah walau sayang? Sebab rasa KASIHan takda masa tu. Hadirkan rasa KASIHan pada si dia dalam keadaan TENANG.

5. Lakukan dengan niat kerana Allah, mengharap redha Allah.

Ingat, syaitan takda cinta kasih sayang. Syaitan penuh dengan api pemusnah dan kesombongan. Ini je tips ringkas dari saya. Kalau ada yang sudi berkongsi, tersangatlah dialu-alukan.


p.s. Anda suka artikel ini?