Showing posts with label REIKI. Show all posts
Showing posts with label REIKI. Show all posts

Pelaris Kedai Kaedah Metafizik

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, September 3, 2013



Selain dari usaha kita menghias kedai, tambah stok bagi meriah, harga berpatutan, beri layanan mesra pelanggan... maka ada tips tambahan yang mungkin dapat membantu Anda dengan izin Allah melalui kaedah ilmu energi. Untuk perniagaan online juga boleh aplikasikan kaedah ini.

Untuk pelaris kedai kaedah metafizik ini, saya kongsikan kepada Anda iaitu kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum. Seperti yang saya sering katakan, MASTER KEY ialah ***** dan *********. Pengamal RHS / KR perlu faham dan mahir guna MASTER KEY. 

Permulaan kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum ni dibuat selama SEKALI SEHARI setiap hari selama 7 hari berturut-turut.

Kemudian buatlah 2 hari sekali atau, 3 hari sekali. Ikut kerajinan Anda.

Ini kaedah jarak jauh, jadi duduk rumah pun boleh. Ok ini kaedahnya:

=====================================

TESTIMONI:









More aboutPelaris Kedai Kaedah Metafizik

Kaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Kaedah metafizik mencari barang hilang ini digunakan apabila telah ikhtiar secara lahiriah mencari barang hilang.

Ada 2 kaedah sahaja yang dapat saya kongsikan. Kaedah ini saya gabungkan menjadi 1.



Di antara testimoni yang menggunakan Kaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang ini:





>>>baca artikel penuh DI SINI>>>

More aboutKaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang

Reiki Khusus Untuk Rawatan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, June 6, 2013



Reiki khusus untuk rawatan sahaja. Tidak digunakan untuk kebal peluru, benda tajam, mata batin, terawangan dan seangkatan dengannya.

Biasanya Reiki boleh digabungkan dengan ilmu seperti ilmu kuasai minda tetapi dalam rawatan amatlah tidak digalakkan kerana Reiki menggunakan tenaga alam dan perlu pasrah sedangkan jika dalam rawatan Reiki menggabungkan teknik dari ilmu kuasai minda seperti visualisasi maka tenaga Reiki telah bercampur dengan tenaga dalaman.

Sebab itu kebanyakan kes perawat merasa amat letih jika seharian merawat atau merawat dalam tempoh yang lama walhal sebenarnya TIDAK. Ini perlulah difahami agar tidak tercampur aduk ilmu-ilmu lain dalam Reiki.

Jika anda telah faham bagaimana hendak 'dudukkan' ilmu-ilmu lain bersama Reiki, itu tidak mengapa. Maksudnya sebagai contoh jika dalam rawatan Reiki disertakan dengan visualisasi dan menarik penyakit anda tahu risiko tersebut dan anda tahu bahawa ia bukanlah rawatan dari ilmu Reiki yang sebenar. Ia adalah gabungan dari ilmu lainnya.
More aboutReiki Khusus Untuk Rawatan

Testimoni Pengamal Reiki - Kursus Advance

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Testimoni Pengamal Reiki yang mengambil Kursus Reiki Pakej 2 (Tahap Advance)




More aboutTestimoni Pengamal Reiki - Kursus Advance

Asas Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, February 21, 2013


Inti dari self-hypnosis adalah konsentrasi.

Otak atau minda kita terdiri dari bahagian sedar (conscious) dan bawah sedar (subconscious).

1. Minda sedar (conscious mind)

Bahagian ini adalah yang selalu kita gunakan untuk mengendalikan gerakan tubuh kita secara sedar. Misalnya kalau kita ingin berjalan atau berlari, minda sedar ini akan memerintahkan kaki kita untuk bergerak dan mengawalnya. 

Termasuk dalam minda sedar adalah aktiviti berfikir dan analisis. Dalam kehidupan seharian, minda sedar (conscious mind) adalah yang paling sering kita gunakan.

2. Minda bawah sedar (subconscious mind)

Bahagian yang mengendalikan tubuh kita secara tidak kita sedari. Bahagian ini umumnya berfungsi untuk mengatur kitaran organ tubuh agar tetap normal secara automatik dan terprogram.

Misalnya mengendalikan peredaran darah, mengatur detak jantung dan nadi, sistem pencernaan dan rembesan hormon. Bahagian ini umumnya tidak dapat kita kendalikan secara sedar.

Kedua minda ini dibekalkan oleh darah untuk menjalankan aktivitinya. Konsentrasi berfungsi untuk mengurangi bekalan darah ke minda sedar kita, jadi saat konsentrasi kita harus dalam posisi rileks & se-nyaman mungkin, sehingga peredaran darah lebih dominan membekalkan ke bahagian minda bawah sedar kita.

Visualisasi

Visualisasi dipercayai sebagai hal yang paling berkesan di antara sugesti dan kata-kata afirmasi. Dalam visualisasi kita dianjurkan untuk tidak hanya melihat, namun juga mendengar, meraba, bau, dan merasakan keinginan kita seolah-olah ia benar-benar ada di hadapan kita saat ini.




Pentingnya Wilayah Theta

Pemograman minda bawah sedar dipercayai yang paling optimal adalah pada wilayah gelombang Theta, iaitu titik di antara wilayah Alpha (mengantuk) dan wilayah Delta (tidur lelap). Wilayah theta ini hanya berlangsung dalam hitungan beberapa saat saja terus kita langsung masuk ke delta (tertidur). 

Jarang sekali kita boleh ingat apa yang kita fikirkan dalam kondisi theta, apalagi berusaha untuk tetap sedar melainkan mereka yang telah lama berlatih meditasi @ tafakur, ahli dzikir. Yang ada pun akan berpatah balik ke alpha, atau terus terlajak ke delta.

Visualisasi harus dilatih terus-menerus & fokus selama dalam kondisi alpha. Jadikan visualisasi sebagai perkara terakhir di minda pada saat masuk wilayah theta. Maksudnya ialah dalam wilayah alpha kita visualisasi terus-menerus dan apabila hampir masuk ke wilayah theta pastikan tetap teruskan visualisasi sehinggalah kita masuk ke wilayah theta. Sebab ketika dalam wilayah theta agak sukar untuk divisualkan.

Kurangi makan dan minum. Paling baik adalah berpuasa.

Amalan berpuasa atau berlapar ini akan mengistirehatkan organ pencernaan kita. Sehingga energi lebih terfokus pada otak kita. Jika sering berpuasa Isnin-Khamis, potensi untuk mengoptimalkan bawah sedar sangat luar biasa. Jadi jangan meremehkan orang yang rajin berpuasa, kerana mereka mempunyai kebolehan minda bawah sedar yang luar biasa.

Tetapi, niat berpuasa biarlah kerana Allah, ia adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kelebihan-kelebihan lain mendatang kemudian tanpa perlu kita fokuskannya. 

Perlukah Brainwave (BW)?

BW sebetulnya tidak diperlukan. Brainwave hanyalah alat-bantu menghantarkan kita ke kondisi alpha dan theta. Muzik iringan pada brainwave hanyalah tambahan untuk rileksasi dan mempertahankan  atau membuatkan kondisi theta lebih lama dan mencegah kita langsung tertidur lelap.

Beberapa CD BW yang memberikan arahan juga hanyalah membantu melakukan visualisasi secara jelas (kebanyakannya ramai yang sukar untuk visualisasi sendiri).

Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta ini saling berkait rapat dengan Reiki.

Self Hypnosis - 5 Prinsip Reiki yang diucap setiap hari

Visualisasi - 1001 teknik mengikut kreativiti. Walaupun dalam mengamalkan Reiki tidak ditekankan untuk visualisasi sebaliknya ditekankan untuk tetap pasrah, tetapi gabungan Reiki dan visualisasi boleh saja digunakan asalkan tidak menganggu emosi ketika sedang ingin fokus kepada visualisasi tersebut. Biasanya orang yang sukar untuk visualisasi, apabila mencuba untuk visual sesuatu keadaan tetapi 'tidak kelihatan' dalam visualnya, menyebabkan ia stress. Sebaiknya visual dalam kondisi Alpha. Visualisasi boleh digabung bersama reiki samada untuk rawatan, perhubungan, kerjaya, kewangan dan lain-lain. 

Theta - Latihan meditasi yang kerap, memudahkan pengamal Reiki mengalami kondisi yang disebut keheningan yang dalam iaitu Theta. Tetapi awas, jika tidak dikawal akan kembali ke Alpha atau terus ke Delta (tidur zzzzzzzz)
KURSUS REIKI MALAYSIA - REIKI HIKMAH SUFI MALAYSIA
More aboutAsas Self Hypnosis, Visualisasi dan Theta

Kesan Tenaga Reiki Terhadap Kucing

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi


Selamat menonton :-)
More aboutKesan Tenaga Reiki Terhadap Kucing

Fokus Belajar Ilmu Metafizik

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, February 17, 2013





Belajar ilmu metafizik ni bukannya semua kita nak kaut (amal sekaligus). Amal mengikut keperluan saja. 

Kalau dirasakan perlu untuk fokus kepada pembersihan chakra-chakra, latih meditasi khusus untuk chakra. Kalau yang nak sangat third eye terbuka, latih sungguh-sungguh sehingga betul-betulk berhasil. Untuk rawatan, perhubungan, kerjaya, kewangan dan macam-macam lagi... ada banyak sebenarnya boleh dibuat. Tetapi tumpu @ fokus kepada satu-satu keperluan sahaja. 

Dalam ilmu hikmah pun begitu juga. Ada banyak amalan, wirid, hizib yang boleh diamal dalam satu-satu pengijazahan. Takkan nak amal semua. Pakat dok atas tikar sejadah la jawabnya :-) Amal bersesuaian pada keperluan dan keadaan. Contoh kalau nak jadi perawat sihir, saka, santau dan seangkatan dengannya maka amalkan wirid khasnya. Kalau nak jadi pendekar pun ada amalan-amalan tertentu yang perlu diamal berterusan.

Berbalik pada ilmu metafizik khususnya reiki ni. Pendapat peribadi saya, cukuplah selfhealing dan meditasi. Kalau ada masa lapang, rajin-rajin alirkan tenaga reiki tu tak semestinya perlu ada pesakit, reiki kat bedak, barangan kemas, lada hitam, garam masakan, air dsb. Jadual latihan selfhealing dan meditasi dah diberi, rujuk artikel atau eBook reiki. 

Dalam ilmu kuasai minda pun begitu, ada bermacam-macam kategori ilmunya. Yang mana minat nak rasa Lucid Dream, fokus pada latihan sampai dapat rasa betul-betul mimpi tu boleh dirasa nyata dan boleh dikawal. Telepati, astral travel, ada latihannya. Begitu juga audio subliminal message yang saya beri tu ada banyak, saya beri buat masa ni seorang 2 jenis saja tujuannya supaya dapat fokus pada satu-satu keperluan semasa. Kalau ambil semua, habuk pun tarak :-)

Nasihat saya, amal ikut pada keperluan. Fokus kepada satu-satu perkara sehingga berhasil. Sebab itu sebelum belajar ilmu-ilmu metafizik, tanya diri apa faedahnya, apa perlunya ilmu ni untuk aku belajar? Jangan ikut orang dan terpengaruh dengan kehebatan atau iklan semata-mata. Tanya diri sendiri, tahulah jawapannya :-)

Daftar Kursus Reiki Malaysia - Aliran Reiki Hikmah Sufi


More aboutFokus Belajar Ilmu Metafizik

Tawaran 7 Chakra Opening and Balancing

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, January 22, 2013




Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera.

Dengan rasa berbesar hati, saya tawarkan 3 Sessi 7 Chakra Opening and Balancing secara jarak jauh kepada Anda.

Sessi 1: Root Chakra, Sacral Chakra, Solar Plexus Chakra
Sessi 2: Heart Chakra, Throat Chakra
Sessi 3: Third Eye Chakra, Crown Chakra

Berminat sila komen Nama Penuh & Lokasi tempat tinggal Anda di ruangan komen artikel ini

Tarikh dan cara penerimaan akan dimaklumkan pada 1 Februari 2013, insyaa Allah. Sila rujuk kembali artikel ini pada tarikh tersebut.


SYARAT:

- berumur 18 tahun dan ke atas

- memberikan LAPORAN SETIAP SESSI (3 sessi) di ruangan komen artikel ini. Jika gagal memberikan laporan, sessi selanjutnya tidak akan diberikan.



TARIKH TUTUP TAWARAN:

31 JANUARI 2013

Reiki Malaysia - Reiki Hikmah Sufi Malaysia
More aboutTawaran 7 Chakra Opening and Balancing

Reiki Barangan Kemas

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, December 26, 2012



Reiki bukan sahaja untuk kesihatan malah kegunaannya lebih dari itu. Antaranya adalah anda boleh alirkan tenaga reiki kepada barangan kemas anda seperti cincin, batu permata, gelang, subang dan rantai.

Cara mengalirkan tenaga adalah sama iaitu menggunakan teknik beaming (pancaran tenaga). Silakan  mencuba.

Tujuan untuk alirkan tenaga reiki kepada barangan kemas ikut pada niat masing-masing. Tenaga reiki berubah sifatnya mengikut niat. Yang penting adalah pegangan kita bahawa tidak ada yang beri mudharat dan manfaat di langit dan di bumi melainkan ALlah. Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.

Semoga bermanfaat.
More aboutReiki Barangan Kemas

Teknik Reiki dan Pernafasan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi





Teknik ni boleh dibuat setiap hari atau seminggu sekali atau mengikut kelapangan dan kerajinan. Sebaiknya buat selepas subuh dan isyak kerana untuk seimbangkan tenaga yin yang iaitu sejuk dan panas. 

Amalkanlah, hasilnya sendiri akan rasa. Semoga mendapat manfaat dari Allah.



More aboutTeknik Reiki dan Pernafasan

Ebook Motivasi dan Ketuhanan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, December 25, 2012




Download kesemua eBook di bawah sebagai bonus untuk pelajar nur-reiki dot com. Ebook yang penuh dengan motivasi dan unsur-unsur ketuhanan. Perlu dibaca bagi pencinta kerohanian. Semoga barakah.

>>>baca artikel penuh DI SINI>>>


More aboutEbook Motivasi dan Ketuhanan

Kaedah Generator

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, December 24, 2012


Saya nak kongsi KAEDAH GENERATOR yang telah saya uji dan praktik untuk kegunaan multifungsi dalam kehidupan. 

Kaedah GENERATOR ini bukan untuk rawatan sahaja malah ia lebih dari itu bergantung apa keperluan anda. Kaedah Generator ini saya pelajari sejak tahun 2000 lagi dan hasilnya amat memberangsangkan, Alhamdulillah.
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>

More aboutKaedah Generator

Doa Luar Biasa Terkabul

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Friday, December 21, 2012




Salam ceria dan bahagia.

Tanpa perlu mukadimah yang panjang, maka saya ingin berkongsi dengan anda suatu doa yang luar biasa. Apabila anda tahu rahsia ini, saya harap agar doa anda nanti akan memiliki kekuatan yang amat luar biasa, insyaa Allah. Dan gunakanlah Doa Luar Biasa ini untuk kebaikan diri dan masyarakat. Tapi buat pembaca blog reiki yang bukan ahli nur-reiki dot com, maafkan saya kerana Doa Luar Biasa Terkabul ini hanya saya kongsikan kepada ahlinya saja.

Baiklah, Doa Luar Biasa Terkabul yang saya maksudkan adalah 
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More aboutDoa Luar Biasa Terkabul

Rahsia Reiki - Teknik Advance

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, December 11, 2012





Kepada sesiapa yang berniaga, guna kaedah meditasi Kundalini Reiki atau teknik tulisan tapak tangan untuk capai target RM jualan anda. InsyaAllah berhasil. Saya amalkan dalam perniagaan saya dan Alhamdulillah tak lari jauh dari angka yang saya tulis di tapak tangan. 

Di sini saya kongsikan rahsia kaedah dari teknik Reiki sedia ada iaitu Meditasi KR dan teknik jarak jauh (tulisan tapak tangan).

Kaedah Tulisan Tapak Tangan:
>>>baca artikel penuh DI SINI>>> 
More aboutRahsia Reiki - Teknik Advance

Afirmasi Upgrade Tenaga Kundalini

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi






Di bawah ini adalah AFIRMASI KUNDALINI untuk membuatkan Kundalini anda lebih aktif lagi. InsyaAllah.

Caranya:

a) Duduk seperti meditasi atau boleh duduk atas sofa@kerusi (Jika atas sofa@kerusi tapak kaki menyentuh lantai).
b) Tenang
c) Bacalah apa-apa surah@ayat pembuka dan perlindungan
d) Ucap afirmasi di bawah (dalam hati)
e) Pejam mata dan terus meditasi
f)  Boleh buat dalam 1 hari 1x sahaja. Setiap hari atau seminggu 1x.


AFIRMASI KUNDALINI
>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More aboutAfirmasi Upgrade Tenaga Kundalini

Kunci Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, December 10, 2012




Tiada yang ajaib dan magik pada Reiki. Sebagai 'alat' saja untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Dalam praktik Reiki, amalan KUNCI ini amat penting sekali. Tidak kira samada Anda seorang pengamal tahap biasa ataupun tahap Master. Tanpa amalan KUNCI ini, maka gerbang untuk tenaga mengalir secara maksimum tidak terbuka luas.

>>>baca artikel penuh DI SINI>>>
More aboutKunci Reiki