Salah satu pengamatan Reiki ialah mempunyai kesimpulan yang penting. Pesakit dan pengamal Reiki mendapati apabila tangan pengamal Reiki diletakkan pada posisi tertentu, contohnya di kepala pesakit, pesakit akan merasakan aliran Reiki pada bahagian tubuh yang berbeza.
Bahagian yang dirasakan paling kuat inilah yang mempunyai ketidak- seimbangan tersebut. Contohnya pesakit yang mempunyai ginjal yang sakit, akan merasakan aliran Reiki paling kuat disekitar ginjalnya, walaupun tangan pengamal Reiki berada di bahagian anggota tubuh yang lain.
Reiki adalah energi penyeimbang secara semulajadi iaitu aliran tenaga Reiki tersebut akan menuju ketempat yang paling tidak seimbang . Sudah tentu ianya masih mempunyai kesan kerana Reiki dialirkan melalui bahagian tubuh melalui tangan si pengamal Reiki tersebut, di mana tangan tersebut diletakkan.
Tubuh kita terdiri daripada energi dengan tingkat getaran yang berbeza. Getaran terendah mewujudkan kerangka tubuh kita. Getaran yang lebih tinggi menjadi otot-otot, organ tubuh dan darah kita sehingga ke getaran yang tertinggi yang mewujudkan diri sebagai sistem energi kita (chi/Qi, prana, ki dan sebagainya).
Banyak perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam suatu sistem energi. Gangguan emosi dan trauma, diet, gangguan mental, luka dan sebagainya boleh menjadi penyebab sesuatu penyakit tersebut. Apabila sistem energi tidak seimbang, maka wujud perubahan secara fizik ataupun mental. Perubahan-perubahan ini kelak akan bermanisfestasi sebagai penyakit yang kita kenal.
Umumnya, setiap penyakit berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkait. Bagaimana kita dirawat akan bergantung kepada penyakit apa yang dialami. Seorang doktor juga akan menentukan "penyebabnya" supaya boleh memfokuskan ketempat yang paling sesuai dengan punca penyakit tersebut.
Apa yang istimewanya rawatan menggunakan Reiki adalah kerana Reiki tidak secara spesifik menyembuhkan penyakit yang dialami tetapi ia akan mencari punca penyakit tersebut yang lebih utama. Ini kerana Reiki merupakan energi penyeimbang, Reiki "menyembuhkan" seluruh sistem tubuh manusia.
Amat beruntung mereka yang telah mempelajari Kursus Reiki. Umpama membawa 'first-aid' ke mana-mana. :-) Anda yang belum lagi, macamana?