Showing posts with label DZIKIR. Show all posts
Showing posts with label DZIKIR. Show all posts

Mintalah Yang Terbaik Dan Terpuji

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, July 20, 2011

Salam kepada pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia ini.


Hari ni baru berkesempatan nak update artikel. Selepas pulang dari KL, sibuk sikit nak susun-susun barang dalam kedai. Lebih-lebih lagi barang yang baru 1st time nak jual - tudung. Test market kat pantai cenang ni lagipun dah nak masuk Ramadhan. Mudah-mudahan dapat sambutan. Aamiin.

Hari ni saya nak kongsi satu petua dalam kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Semua orang berdoa, minta macam-macam kepada Allah. Samada makbul atau tidak itu kehendak Allah. Yang penting kita yakin doa kita makbul dan kita berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Adab-adab doa tu biasalah kena jaga jugak.

Tapi pernah tak bila kita dapat sesuatu apa yang kita telah mohon kepada Allah, ianya tidak kekal lama atau apa yang kita telah dapat itu membebankan kita semula?

Maksudnya macam ni. Kita berdoa memohon untuk buat satu bisnes. Minta ditunjukkan jalan dan peluang-peluang yang ada. Kita juga minta untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tapi bila saja apa yang kita doakan itu dah dapat dah termakbul, hidup seolah-olah tak terurus, makin stress, jiwa kacau, solat entah ke mana, kesihatan tak terjaga dan macam-macam. Duit memang la masyuk, tapi kehidupan lintang pukang dari sebelumnya. Nampak tak apa yang kurang di sini? Sebenarnya pada pemberian Allah takda yang kurang, tapi yang kurangnya adalah kita.

Contoh lagi. Anda jatuh cinta dengan seorang jejaka/gadis. Mungkin sebab rupa, harta, agama atau apa saja la. Kalau boleh memang nak ke jinjang pelamin. Tapi selepas kahwin........... ???

Oleh itu, ketika berdoa mintalah yang terbaik dan terpuji untuk diri, keluarga, agama, dunia dan akhirat. Mintalah keselamatan atas apa yang bakal kita dapat. InsyaAllah bila kita dapat sesuatu kita yakin itulah yang terbaik dan terpuji. Dan keselamatan dari Allah bersama kita. Dan kalau doa kita tak makbul, kita yakin Allah saja yang tahu apa yang terbaik dan terpuji untuk kita. Kerana kita adalah hamba.

Jadi hati pun selalu tenang. Dapat atau tidak, apa kisah? Aku ada Allah :-) Cukuplah Allah bagiku. Tak lama lagi bulan Ramadhan, berdoalah banyak-banyak. Dan sentiasalah berdoa yang terbaik dan terpuji.



p.s. Anda suka artikel ini?


More about → Mintalah Yang Terbaik Dan Terpuji

PEMBERSIHAN TENAGA KEJAHATAN

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, August 7, 2008


Saidatina Aisha (ra) telah berkata; Nabi (saw) membaca 3 Qul jika baginda berasa sesuatu yang tidak kena pada diri baginda. Kemudian baginda menghembuskan ke atas tapak tangan kanan dan menyapu ke tempat yang terasa sakit. Bagi kita, lakukan sedemikian jika kita berasa sakit; sakit fizikal atau kerohanian. Para solihin turut mempraktikkan perkara yang sama dengan menyapu ke seluruh badannya dan turut meniup ke dalam ke tayap yang dipakainya.

Apabila kita mempraktikkannya, kita sebenarnya telah mengisyitharkan bahawa hanya Dia Allah dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyembuhkan penyakit melainkan Dia. Simboliknya seperti hati yang penuh dengan titik hitam Di dalam setiap lapisan akan terdapat titik hitam. Ini adalah disebabkan oleh perbuatan jahat (membuat sihir ke atas diri sendiri melalui tingkah laku / perangai yang tidak baik dan jahat). Apa yang kita lakukan sebenarnya sama dengan ahli sihir (kejahatan); apa kejahatan yang kita lakukan akan membawa kesan negatif kepada lapisan dan saluran darah yang terdapat di dalam hati kita - membuat titik hitam dan kemudian membeku.

Satu hadis yang maksudnya “Di dalam tubuh badan kita terdapat segumpal daging. Jika hati tersebut baik, maka semuanya akan menjadi baik. Jika hati tersebut jahat, kesemuanya akan menjadi jahat”. Di dalam hati kita, terdapat satu bintik di mana syaitan dapat tinggal di dalamnya. Hati Rasulullah (saw) pernah dibedah oleh malaikat, oleh itu syaitan tidak sama sekali dapat tinggal di dalam hati baginda. Kita juga boleh lakukan sedemikian dengan menjalan pembedahan kerohanian dengan membaca surah Al-Falaq pada setiap hari.

Amalkanlah membaca surah Al-Falaq (11x) & An-Nas (11x) setiap hari, insyaAllah tiada dapat ditembusi oleh apa saja yang berupa kejahatan. InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati kita dengan keberkatan surah ini. Aamiin.

Wallahu’alam.


LIHAT JUGA TOPIK:

1) Kaedah Penghancur Sihir


More about → PEMBERSIHAN TENAGA KEJAHATAN

KAEDAH PENGHANCUR SIHIR

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, August 6, 2008



Ingat! Tunaikan solat dua rakaat sebelum tidur. Kemudian, baca tiga kali Qul dan hembuskan ke atas tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Jika seseorang tertinggal solat Subuh, dia akan kehilangan cahaya yang Allah hantar kepadanya. Kehilangan cahaya ini akan mengundang bencana ke dalam jiwanya.

Tiga jenis kesakitan:

1. Sakit fizikal – tidak sihat

2. Sakit jiwa – tekanan perasaan/kemurungan

3. Sakit cinta – jauh daripada Allah

Pernah terjadi di mana seseorang (Zubair ibn Asam) cuba untuk mengenakan sihir kepada Rasulullah (S.A.W). Baginda mula berasa sakit kesan daripada sihir tersebut. Kemudian, datang malaikat Jibrail dan Mikail dan mula membaca surah Al-Falaq. Patung yang terletak di dalam telaga itu mengandungi 11 lilitan. Patung inilah yang menjadi punca sihir terhadap baginda. Kedua-dua malaikat memberitahu lokasi patung tersebut dan mengarahkan baginda membakarnya. Allah menurunkan surah ini dan menyuruh baginda membacanya dan kemudian menghembus ke atasnya. Setiap pembacaan menghuraikan satu lilitan, dan baginda membaca surah tersebut sebanyak 11 kali.

Oleh itu, digalakkan kita membaca 3 Qul sebelum tidur




More about → KAEDAH PENGHANCUR SIHIR