Seorang pengamal Reiki boleh menjadi seorang perawat dalam waktu yang singkat. Jika seseorang yang ingin mempelajari cara mengubati dan mengenalpasti punca sesuatu penyakit dan mahir dalam bidang tersebut, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 tahun.
Tenaga Reiki akan menuju ke tempat yang paling efektif untuk pesakit tersebut. Anda tidak perlu mengetahui ke mana tenaga Reiki perlu diarahkan dan tidak perlu mengetahui juga apakah penyakitnya. Apabila seorang pesakit ingin mendapatkan kepastian tentang penyakitnya, dianjurkan supaya pesakit tersebut berjumpa dengan doktor perubatan.
Seorang pengamal Reiki akan melakukan cara yang sama untuk merawat semua jenis penyakit. Maka ianya tidak memerlukan pengetahuan di mana kita harus meletakkan tangan. Ini kerana tenaga Reiki adalah 'tenaga pintar'.
Apabila Reiki dipraktikkan dengan cara yang teratur, Reiki akan meningkatkan 'intuisi' mereka. Intuisi ini akan mempereratkan hubungan batin dengan pesakit ketika proses penyembuhan berlaku. Ini bermakna pengamal Reiki tersebut akan lebih peka terhadap kedudukan serta jenis "penyakit" pesakit. Sememangnya sangat asyik untuk mendorong peningkatan intuisi melalui Reiki, tetapi Reiki tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk mendiagnosis penyakit orang lain. Ini kerana ianya sangat subjektif dan penuh bahaya apabila wujud kesalahan ketika melakukan diagnosis tersebut.
Apabila proses rawatan berlangsung seorang pengamal Reiki dapat mengetahui tentang penyakit yang serius yang dialami oleh pesakit sebaiknya menganjurkan kepada pesakit tersebut supaya melakukan "check-up" dengan doktor. Seorang pengamal yang menyatakan kepada pesakit tersebut terkena sesuatu jenis penyakit adalah dianggap sebagai tidak bertanggungjawab walaupun ianya betul!
Jadi kenapa harus rumitkan dalam mempraktikkan Reiki dalam merawat pesakit? Tidak perlu susahkan perkara yang mudah, dan tidak boleh juga ambil mudah. Sederhana.
Kaedah 'scanning' sebenarnya bertujuan memudahkan saja proses rawatan. Keputusan 'scanning' bukanlah satu keputusan muktamad atau tepat. Ianya cukup sekadar pengetahuan perawat bagi memudahkan mengenalpasti bahagian tubuh yang bermasalah. Perawat tidak boleh memberitahu keputusan 'scanning' secara 'direct'. Katakanlah dalam 'scanning' Anda dapati ada satu 'blocking' atau terdapat energi negatif di kawasan pinggang, maka cukuplah sekadar memberitahu bahawa di kawasan pinggang pesakit ada masalah. Dan tanya pada pesakit untuk dapatkan kepastian. Pastikan juga bertanya apakah telah buat pemeriksaan doktor dan apakah hasil diagnos doktor. Bukan terus beritahu, "Encik ni ada penyakit buah pinggang". Jadi dengan itu, tenaga terus dialirkan kepada bahagian tubuh tersebut. Bagi yang tiada kemahiran 'scan' penyakit, rawatan tetap boleh dilakukan dengan memahami bahawa tenaga Reiki akan mengalir terus kepada punca penyakit dengan hanya meletakkan di mana-mana bahagian tubuh pesakit..
Sebaiknya, jika situasi tenang dan tidak terdesak maka digalakkan untuk melakukan rawatan secara menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki.
Mudah bukan?