Etika Dalam Reiki

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, July 31, 2011


Sebagai pengamal Reiki, adalah harus bagi anda untuk mengetahui dan mematuhi beberapa kod etika reiki yang ada ketika ingin melakukan rawatan Reiki. Di antaranya ialah:

- Tidak Menjanjikan Kesembuhan
- Mendapatkan Izin Untuk Mengalirkan Reiki
- Tidak Mengambil Kesempatan
- Tidak Melakukan Diagnosis Penyakit
- Menjaga Rahsia Informasi Mengenai Pesakit

Tidak Menjanjikan Kesembuhan
Sebagai seorang pengamal Reiki, anda hanyalah medium perantara yang menggunakan nikmat kurniaan Tuhan untuk tujuan penyembuhan. Apabila pesakit yang telah dirawat mendapati kesan positif pada dirinya, ini belum tentu lagi sembuh. Kerana kesembuhan sebenar berasal dari Allah Yang Maha Kuasa. Anda tiada hak untuk menjanjikan kesembuhan.

Mendapatkan Izin Untuk Mengalirkan Reiki
Secara teorinya, anda hanya boleh melakukan rawatan jarak dekat atau jauh setelah mendapat izin dari pesakit atau wakil pesakit misalnya ahli keluarga pesakit. Jadi, sekiranya pesakit anda menolak untuk dirawat dengan Reiki, maka anda tidak boleh melakukan rawatan terhadapnya.

Tidak Mengambil Kesempatan
Rawatan secara sentuhan telapak tangan adalah merupakan rawatan yang diutamakan dalam Reiki. Jadi apabila anda sedang merawat pesakit yang berlainan jantina, anda tidak dapat melakukannya pada seluruh tubuh. Maka, untuk tempat-tempat tertentu cukup sahaja anda gunakan kaedah beaming (pancaran tenaga tanpa sentuhan).

Tidak Melakukan Diagnosis Penyakit
Ada dua perkara yang anda perlu ingat. Pertama, dalam Reiki memang tidak diajarkan cara-cara untuk mendiagnos penyakit. Kaedah scanning pula tidak boleh dijadikan sebagai fakta diagnos untuk pesakit melainkan ianya khas untuk rujukan anda sahaja.

Kedua, tujuan utama dari rawatan Reiki adalah untuk mendapatkan hasil yang positif dan sihat dari segi fizikal, minda, emosi dan spiritual sehinggakan semasa mengalirkan energi Reiki amat disarankan untuk dilakukan ke seluruh tubuh agar membersihkan segala masalah kesihatan pesakit.

Menjaga Rahsia Informasi Mengenai Pesakit
Penting untuk anda merahsiakan segala masalah pesakit lebih-lebih lagi jika ia melibatkan aib atau maruah.


MENYALURKAN REIKI
Yang penting dalam menyalurkan Reiki adalah niat awal untuk menyalurkan, meletakan tangan ke bahagian yang dituju, santai dan pasrah, jangan melakukan usaha apa pun atau berusaha menyembuhkan. Nikmati saja sensasi yang dirasakan dan kalau boleh masuki tahap meditasi / alpha. Sebaiknya saat menyalurkan Reiki tidak banyak bercakap.


PERLU AMBIL PERHATIAN!
Reiki adalah Supplementary Treatment , dan tidak dimaksudkan untuk menggantikan “Rawatan Kedoktoran” atau menggantikan ubat-ubatan. Pengamal Reiki tidak diperkenankan menyarankan kepada pesakit untuk menghentikan proses penyembuhan doktor.

Pengamal Reiki tidak diperkenankan untuk melakukan Diagnosis penyakit, kecuali jika pengamal Reiki tersebut adalah ahli medis yang memiliki kelayakan (misalnya: seorang doktor).

Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut. InsyaAllah.


p.s. Anda suka artikel ini?