Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, jasad kita namun begitu kita sengaja mengundang penyakit jika kita mempunyai tabiat makan yang buruk.
Di zaman moden ini kita tidak dapat lari dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.
Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang menghidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.
Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).
Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.
Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Para pengamal reiki di malaysia khususnya, penyembuhan diri, meditasi dan rawatan amat digalakkan bagi meningkatkan potensi pengamal reiki. Semakin kerap kita mengalirkan tenaga reiki dalam tubuh, jaringan-jaringan tenaga tubuh akan lancar dan terhindar dari blockage energy. Jauhi dari perkara atau amalan yang boleh membahayakan kesihatan kita.
Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang adalah merupakan salah satu sunnah dalam penjagaan kesihatan selain makanan itu halal dan berkhasiat. Para pengamal kesihatan samada reiki, tenaga dalam, prana, dsb bukan saja mengamalkan teknik-teknik dalam perlatihan mereka malah dari sudut pemakanan amat dititikberatkan.
Sihat Sepanjang Hayat