Ebook Kuasa Minda dan Metafizik

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, January 20, 2007

RAHSIA KUASA MINDA DAN KUASA VISUALISASI


Anda akan didedahkan dengan cara mengaktifkan Kuasa Minda anda dan membangkitkan Minda Separa Sedar Untuk Bekerja. Dalam Panduan ini diterangkan bagaimana Proses Visualisasi yang tepat boleh digunakan untuk menarik apa jua impian. Ramai pengamal Perubatan Alternatif menggunakan kaedah Kuasa Minda. Anda juga boleh mempelajari bagaimana nak menguatkan Aura Diri.



Setiap orang mempunyai 7 jenis Chakra yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan. Tidak ramai yang tahu bagaimana nak gunakan Cakra mereka kerana tiada pendedahan tentang ilmu penting ini. Apabila Chakra selalu diaktifkan, anda boleh rasakan diri anda lebih yakin, berani dan segala urusan dipermudahkan. Bangkitkan Tenaga cara begini lebih mudah.




Anda akan pelajari cara membuat pengembaraan diri ke dimensi lain untuk mengenal diri anda (Maksud kenal diri anda selain dari anda seorang hamba Allah ialah anda tahu kekuatan diri anda).

Apabila anda sudah kenal akan diri anda, barulah keserasian tubuh dan roh dapat bekerjasama. Anda boleh melihat hala tuju anda dan matlamat hidup menjadi jelas. Bagus bagi melihat potensi diri dan kesesuaian kerja yang boleh anda lakukan. Dalaman penuh dengan misteri kekuatan yang belum diterokai habis. Hanya 2% sahaja potensi diri digunakan. Hati akan jadi sentiasa bersih dan tenang.



Setiap orang mempunyai khadam yang patuh pada arahan tuannya. Tetapi khadam itu tidak menjalankan tugasnya kerana tidak diberikan tugas. Sebab utama ialah tuan punya khadam tak tahu bagaimana nak menghantar khadam mereka melakukan tugas yang mereka kehendaki.

Panduan ilmu ini menunjukkan kepada anda bagaimana menghantar khadam melakukan tugas mereka untuk dapatkan wang, harta, jodoh, pangkat…apa sahaja.



Senaman ini jika diamalkan selalu, anda akan terkejut dengan hasilnya dimana anda akan perolehi rezeki tak disangka-sangka. Anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana dan ianya sungguh mudah untuk dilakukan. Ramai yang menggunakan senaman ini selalunya yang berniaga mendapat untung lebih, yang bekerja dapat naik gaji, yang tidak bekerja dapat orang bagi projek dan duit ( hutang / hibah ).



Pengamal senaman ini mempunyai kecantikan luar dan dalam. Jika selama ini anda mempunyai masalah kurang berpenampilan, orang tidak menghiraukan pendapat anda, kehadiran anda tidak dihiraukan dan watak anda tidak penting.


Pelajari teknik membuatkan diri anda mempunyai aura penyeri yang menarik dan disukai ramai. Senaman mudah yang ringkas dan efektif.



Dalam panduan ilmu ini, anda akan ditunjukkan teknik mudah untuk cepat menarik kekayaan, pendapatan, harta, simpanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan ganjaran kekayaan. Kaedah dan amalan mudah yang anda perlu lahkukan setiap hari bagi tujuan mengmanifestasikan minda bawah sedar untuk diselaraskan dengan kuasa alam.

Anda akan di tunjukkan cara dan teknik untuk menghantar gelombang yang betul pada masa yang betul dengan perkakas yang betul untuk menarik kekayaan alam.




Ilmu ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk pekerjaan, jodoh, persahabatan , majlis penting , pengiraan tentang pintu rezeki, kerjaya , orang yang bersesuaian untuk bersama (kahwin). Walaupun sekarang banyak cerita tentang tarikh lahir dan dah ramai yang menghadiri kursus tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu pengiraan nombor dan tarikh lahir.

Panduan ini hanya menunjukkan perkara penting dan maksud setiap nombor secara terus. Jadi tak perlu memahami lebih lama kerana anda boleh jadikan ia sebagai rujukan pengiraan. Bila anda sudah tahu menggunakan teknik kira tarikh lahir dan nombor, kehidupan akan jadi lebih teratur dan kejayaan menjadi mudah.