Testimoni Reiki Hikmah Sufi 4

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, April 25, 2010

Salam bahagia untuk Anda yang rajin ziarah blog saya. Terima kasih saya ucapkan.

Blog ni jarang dan lama tak update. Sibuk dengan sahabat-sahabat Reiki saya.
Saya perlu luangkan masa yang banyak dengan mereka ini, di samping melakukan perniagaan saya di Langkawi.

Di sini saya ingin berkongsi dengan Anda dengan testimoni-testimoni dari sahabat-sahabat saya sepanjang mengamalkan Reiki Hikmah Sufi Malaysia (RHS).

Diharap dapat memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam meneruskan perjalanan bersama Reiki Hikmah Sufi ini. Kepada yang belum mengambil Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia, jangan tangguh lagi. :-)


"Assalaamu'alaikum..master syed..

saya sihat allhamdulillah..dengan izin dan kurniaNya..
saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih berkat daya usaha master syed memberi peluang kepada saya untuk sampai ke peringkat ini. Alhamdulillah sejak mengamalkan RHS ni telah banyak merubah kehidupan dan kesihatan saya secara drastik ke arah yang lebih positif. Yang paling mengembirakan saya ialah kesihatan dan ketenangan fikiran yang di kurniakan kepada saya membuatkan saya lebih yakin dan bersemangat.

Oh ya.. saya hampir terlupa untuk berkongsi pengalaman saya semasa buat attunement dengan master syed 2 hari lepas..terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih awal pengalaman tersebut kerana ada sedikittt....em..rasanya kejutan kot..selepas selesai attunment tersebut.

Baiklah pendek cerita sebelum attunement saya rasa dah cukup bersedia dan tenang, selepas saja saya membaca afirmasi lebih kurang 3 ke 4 minit saya terlihat cahaya cukup terang berwarna putih yang menyilaukan tetapi tidak lama...selepas tu kepulan-kepulan asap yang berbagai warna dan gelap / pekat.. saya tidak berapa pasti apa warnanya tapi itu pun sekejap juga lebih kurang 2 ke 3 minit namun saya tidak begitu menghiraukan .

Setelah itu keadaan tenang seketika dan saya rasa lapang dan selesa. Selang beberapa minit saya di datangi visual masa silam saya namun sekejap-sekejap dan silih berganti...kedua tangan saya menjadi kebas-kebas dan diikuti cucukan jarum kecil dan halus..kedua tapak tangan saya menjadi berat dan seoalah olah ada benda di atasnya.

selepas tu....


jam pengera saya berbunyi...Attunment kali ini saya rasakan cukup sekejap berbanding yang pertama dulu. saya buka mata dan merasakan saya masih berada ditempat lain dan seakan-akan tidak kenal di sekeliling tempat saya duduk walaupun pun saya cuba untuk mengamatinya dengan penuh teliti..

saya sempat menghantar sms dengan master syed untuk memaklumkan yang attunment tersebut sudah selesai dan rasanya badan saya masih belum sedar sepenuhnya pada masa itu. saya rasakan bahang panas di dalam bahagian atas kepala saya dan berbentuk bulatan. sewaktu saya bangun pada keesokan paginya saya masih terasa ada benda di atas kepala saya namun panasnya tidak seperti semalam. sekarang saya masih rasakan seperti sedang memakai topi walaupun pada realiti tidak memakainya.

satu lagi master syed... pengalaman yang baru juga saya alami..

selepas attunement 2 hari lepas sensasi yang sebelum ini saya rasakan kuat di tangan saya sewaktu membuat selfhealing semacam hilang dan tiada langsung pada hari pertama..saya agak sedikit risau juga. tetapi selepas hari kedua tiap kali selepas menunaikan solat saya berdoa dan berzikir, melakukan selfhealing dan meditasi pendek , kini saya merasainya semula malah sedikit kuat dari yang sebelumnya di harap ianya berterusan.

saya ada juga pengalaman untuk dikongsi sewaktu cuba untuk mengubati anak buah saya yang terseliuh tangan menggunakan reiki akibat bermain bola, anak buah yang demam panas, dan anak saya sendiri yang juga mengalami demam panas semalam..tp rasanya saya dah bercerita panjang lebar disini nanti pening pula master syed....insya allah saya akan ceritakan di email berikutnya... - Asri"


p.s. Anda suka artikel ini?