Fokus Belajar Ilmu Metafizik

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Sunday, February 17, 2013





Belajar ilmu metafizik ni bukannya semua kita nak kaut (amal sekaligus). Amal mengikut keperluan saja. 

Kalau dirasakan perlu untuk fokus kepada pembersihan chakra-chakra, latih meditasi khusus untuk chakra. Kalau yang nak sangat third eye terbuka, latih sungguh-sungguh sehingga betul-betulk berhasil. Untuk rawatan, perhubungan, kerjaya, kewangan dan macam-macam lagi... ada banyak sebenarnya boleh dibuat. Tetapi tumpu @ fokus kepada satu-satu keperluan sahaja. 

Dalam ilmu hikmah pun begitu juga. Ada banyak amalan, wirid, hizib yang boleh diamal dalam satu-satu pengijazahan. Takkan nak amal semua. Pakat dok atas tikar sejadah la jawabnya :-) Amal bersesuaian pada keperluan dan keadaan. Contoh kalau nak jadi perawat sihir, saka, santau dan seangkatan dengannya maka amalkan wirid khasnya. Kalau nak jadi pendekar pun ada amalan-amalan tertentu yang perlu diamal berterusan.

Berbalik pada ilmu metafizik khususnya reiki ni. Pendapat peribadi saya, cukuplah selfhealing dan meditasi. Kalau ada masa lapang, rajin-rajin alirkan tenaga reiki tu tak semestinya perlu ada pesakit, reiki kat bedak, barangan kemas, lada hitam, garam masakan, air dsb. Jadual latihan selfhealing dan meditasi dah diberi, rujuk artikel atau eBook reiki. 

Dalam ilmu kuasai minda pun begitu, ada bermacam-macam kategori ilmunya. Yang mana minat nak rasa Lucid Dream, fokus pada latihan sampai dapat rasa betul-betul mimpi tu boleh dirasa nyata dan boleh dikawal. Telepati, astral travel, ada latihannya. Begitu juga audio subliminal message yang saya beri tu ada banyak, saya beri buat masa ni seorang 2 jenis saja tujuannya supaya dapat fokus pada satu-satu keperluan semasa. Kalau ambil semua, habuk pun tarak :-)

Nasihat saya, amal ikut pada keperluan. Fokus kepada satu-satu perkara sehingga berhasil. Sebab itu sebelum belajar ilmu-ilmu metafizik, tanya diri apa faedahnya, apa perlunya ilmu ni untuk aku belajar? Jangan ikut orang dan terpengaruh dengan kehebatan atau iklan semata-mata. Tanya diri sendiri, tahulah jawapannya :-)

Daftar Kursus Reiki Malaysia - Aliran Reiki Hikmah Sufi