Analogi Delta, Theta, Alpha, Beta, & Gamma

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Tuesday, February 19, 2013




Untuk mudah faham tentang analogi delta, theta, alpha, beta dan gamma saya berikan contoh  seperti kereta, di mana ada tingkatan pertukaran gear dari satu tahap ke satu tahap gear kereta.

Gear pertama: DELTA
Ini biasa disebut deep sleep, keadaan ini disebut tidur nyenyak, terbahagi kepada beberapa level (maksimum level 4). Orang dalam keadaan koma masuk dalam keadaan kondisi delta level 4.

Gear kedua: THETA
Ini adalah tahap yang biasa dicapai dalam meditasi, atau alam super sedar. Biasanya tahap ini digunakan untuk meditasi, penyembuhan, program ulang bawah sedar, lucid dream, supranatural, dan lain-lain.

Gear ketiga: ALPHA
Ini adalah tahap kondisi otak dalam keadaan sangat rileks. Biasanya tahap ini untuk rileks, meningkatkan kreativiti dan visualisasi.

Gear keempat: BETA
Ini adalah tahap dalam kondisi di mana otak benar-benar alert atau sedar sepenuhnya. Di mana kondisi otak sangat sedar ketika bekerja dan belajar. Biasanya otak manusia banyak menggunakan kondisi ini dalam kehidupan seharian.

Gear kelima: HIGH BETA=GAMMA
Ini adalah tahap otak dalam kondisi puncak, biasanya juga disebut dalam kondisi stres jika berterusan dalam seharian.

Manusia umumnya hanya menggunakan 3 gear saja, contohnya bangun tidur (gear 1 - Delta), terus bangun dan bersiap-siap untuk bekerja (gear 4 - Beta dan gear 5 - Gamma). Jarang sekali menggunakan gear 2 (Theta) and gear 3 (Alpha). 

Bayangkan saja seperti kereta, dari gear 1 terus lompat guna gear ke 4 terus gear 5, tanpa melalui gear 2 and 3. :-)

Sebaiknya apabila bangun dari tidur (gear 1 - Delta), kita mengucapkan doa bangun tidur, syahadah, tafakur sejenak, programkan minda bawah sedar (gear 2 - Theta). Kemudian bersiap-siap untuk solat Subuh dan wirid selepasnya (gear 3 - Alpha). Kemudian membuat senaman ringan dan bersiap untuk ke tempat kerja (gear 4 - Beta).


Kadangkala walaupun kita solat dan berdzikir, tapi adakah ianya berkualiti, adakah ia memberi kesan kepada hati kita? Bahasa mudah, adakah kita khusyuk dan menghayatinya? Fahami di mana gelombang otak kita berada ketika membuat sebarang aktiviti.

Saya berikan contoh mudah. Ketika kita berdoa, kebiasaan manusia berdoa dalam kondisi gelombang otak berada pada BETA. Sebab tu bila berdoa rasa nak cepat habiskan doa. Atau paling mudah "Robbanaa Aatinaa Fiddunya........". Berdoa pun cukup syarat dan menjadi adat. Selepas solat, doa yang sama sambil fikiran melayang entah ke mana. Paling teruk, "Ya Allah, macam biasa ya doaku seperti semalam."

Cuba turunkan gelombang otak tu ke ALPHA dan berdoalah dalam kondisi ALPHA ini. Rasakan energi di chakra jantung terbuka lebar, itu kalau yang peka. Paling kurang dapat rasakan kekusyukan dalam berdoa, suara pun perlahan, merendah diri, menghayati setiap apa yang didoakan, penuh pengharapan, doa jadi panjang, lama dan amat tenang ketika itu. Berdoa dengan hadirnya hati salah satu syarat terkabulnya doa. Pengamal metafizik sudah biasa dengan gelombang ALPHA ini.

Banyak cara untuk dapat berada dalam gelombang ALPHA ni. Salah satunya yang paling mudah adalah dengan pernafasan. Nafas amat berkait rapat dengan diri manusia. Dikatakan jika seseorang dalam keadaan cemas atau marah dapat diperhatikan gerak nafasnya menjadi tidak teratur dan bernafas dengan amat pantas. Jika seseorang yang tenang, gerak nafasnya teratur dan perlahan. Teknik pernafasan ini adalah untuk stabilkan dalaman kita agar mudah ke kondisi ALPHA. "Nafas adalah kembar roh."

Caranya:
1) Pejam mata (supaya otak kurang memproses maklumat)
2) Kendurkan semua otot mulai dari hujung kepala hingga hujung kaki.
3) *** Tarik nafas (ikut hidung) dalam-dalam secara perlahan-lahan sehingga tak boleh tarik dah. (Sambil perut dikembungkan)
4) *** Lepas nafas (ikut hidung) perlahan-lahan sehingga habis. (Sambil perut dikempiskan)

*** Sambil tarik dan lepas nafas tu sertakan dengan dzikir Allah Allah. Ulangi sehingga rasa betul-betul tenang. Biasanya otak akan rasa kebas seperti dibius. :-)

Kenapa tidak ada tahan nafas? Seperti yang saya kata ada banyak cara. Biasanya dengan menahan nafas, ia lebih kepada "pernafasan pembangkitan tenaga." Tanpa tahan nafas, ia lebih kepada "pernafasan pembersihan." Cubalah dengan tips mudah di atas. 

Kepada yang dah mahir masuk gelombang ALPHA ni, jika dari BETA ke ALPHA terus difokuskan kepada 'RASA' gelombang ALPHA tersebut. Jika boleh 'kunci', kuncikan saja dengan sebarang simbol mengikut kreativiti anda.

p.s. Buat ujikaji untuk diri sendiri, setiap hari selama seminggu cuba banyakkan masa dalam kondisi gelombang otak ALPHA dan rasakan sendiri perubahan diri. Sebaiknya berterusan sepanjang hayat.

Selamat mencuba! :-)

DAFTAR KURSUS REIKI MALAYSIA - ALIRAN REIKI HIKMAH SUFI