Cegah Penyakit Sebelum Sakit

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Saturday, March 10, 2012



Assalaamu'alaikum...

Lama saya menghilang kat blog ni. Sebenarnya saya aktif di Group Nur-Reiki Dot Com (Facebook). Bantu apa yang termampu dalam memberi kefahaman tentang aplikasi Reiki Hikmah Sufi dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, ramai yang telah merasai perubahan diri samada dari sudut fizikal, minda, emosi dan ruhani. Latihan konsisten, pemakanan, gaya hidup yang sihat, jaga fizikal, minda, emosi dan ruhani supaya seimbang. Dalam Kursus Reiki Hikmah Sufi, pelajaran dan latihan amat mudah. Selesai penyelarasan dah boleh alirkan tenaga Reiki Hikmah Sufi ni bertujuan untuk merawat diri dan keluarga.

Bagi yang telah belajar Reiki Hikmah Sufi, gunakanlah ilmu ini sebaik mungkin dengan selalu berlatih. Semoga keempat-empat elemen tadi seimbang dan kita berusaha untuk mencegah apa saja penyakit dalam tubuh sebelum ia merebak. Mudah-mudahan badan ni boleh kita guna untuk beribadah dan beraktiviti seharian.

Siapa yang berlatih akan merasa. Band energi Reiki Hikmah Sufi tu harus di akses selalu untuk meningkatkan lagi getaran dan kualiti tenaga sedia ada. Tidak ada kerisauan 'overload' energi di sini. Energi Reiki Hikmah Sufi yang telah ditingkatkan band-nya akan selaras dan seimbang dengan diri. Semakin tinggi band energi semakin bagus kualiti energi. Ikut seperti yang ada dalam manual. Tak perlu tamak, biar sikit tapi berterusan.

Kalau sesiapa yang berminat untuk belajar Reiki Hikmah Sufi Malaysia amat dialu-alukan. Ianya mudah, tenaganya sejuk dingin. Saya mengajar 'direct to the point'... teori kefahaman, bukan hafalan. Belajar terus praktikal.

Walaupun belajar reiki jarak jauh, support saya berikan selalu. InsyaAllah.