Salam ramadhan... hari kedua kita berpuasa. Mesti syok dan segar bulan puasa ni kan?
Alhamdulillah, semalam hari pertama rawatan reiki percuma dilakukan secara jarak jauh. Ramai juga yang mendaftar, syukur. Niat pertama harus kita berniat untuk sembuh agar dapat beribadah kepada ALlah dengan sempurna lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni.
Saya harap semua yang mendaftar agar dapat mengikut tatacara seperti yang saya nyatakan di artikel yang lepas. Kerjasama memang saya harapkan.
Kalau yang belum daftar tu, masih belum terlambat. Daftar percuma untuk rawatan reiki ni. Isi je borang dan klik hantar. Selepas saya terima borang, saya akan masukkan dalam senarai nama-nama untuk dirawat sepanjang Ramadhan. Mudah-mudahan Allah dengan rahmat dan kasih sayangNYA menghilangkan segala penyakit yang dideritai. Aamiin.
Soal rasa atau tidak ketika rawatan reiki ni tak perlu nak difokuskan. Tenang saja. Saya yakin setiap orang rasanya tak sama walau dirawat dengan energi dan waktu yang sama. Malam ni malam kedua. So teruskan rilex mulai jam 11 malam ni ya! :-)
p.s. Anda suka artikel ini?