Reiki hanya pada nama. Rawatan dengan sentuhan telapak tangan ke anggota tubuh yang bermasalah dengan menggunakan tenaga alam semesta disertai niat tulus untuk merawat penyakit beserta kepasrahan kepada Allah dalam keadaan tenang dan senyum.
Seperti yang kita tahu, sebelum nak belajar reiki perlukan attunement atau penyelarasan bagi chakra-chakra utama yang merupakan pusat-pusat energi tubuh yang 'bekerja' dengan tugasannya tersendiri pada setiap tubuh di kedudukan masing-masing. Tapi adakah tanpa attunement, seseorang itu boleh mengalirkan reiki @ tenaga alam ni? Jawapannya boleh! Mereka yang mahir dalam ilmu kuasai minda dan mampu mengawal minda dengan izin Allah boleh. Sebab minda bawah sedar khususnya merupakan akses dan gerbang pintu alam semesta yang serba luas ini. Hanya teknik dan cara untuk alirkannya saja perlu tahu. Dan kalau nak tahu, hanya dengan doa/kata-kata/saranan/afirmasi. Mudah bukan? Tapi anda perlu juga seorang guru untuk membimbing dalam perjalanan reiki ni. Itu sebenarnya lebih selamat.
Reiki adalah cabang ilmu rawatan masa kini. Reiki adalah ilmu pengetahuan, ia bukan agama atau sebahagian agama. Jika anda tidak belajar reiki, anda juga mampu mengalirkan tenaga ini. Semua orang mampu tapi tidak tahu cara bagaimana nak aplikasikannya, cara nak mengalirkannya.
Ramai yang kata belajar reiki itu syirik? Di mana syiriknya? Syirik ada di mana-mana. Tak terikat dengan reiki saja. Syirik itu ada yang nyata dan tersembunyi. Ramai yang tak perasan dengan bahayanya syirik tersembunyi ini termasuk saya. Dalam reiki tiada amalan pemujaan, tiada ritual-ritual berhala, tiada seru, tiada mentera, tiada penyediaan pulut kuning dan kemenyan. Yang ada cuma santai, doa, letakkan tapak tangan pada tubuh atau 'beam' @ pancaran, pasrah kepada Allah. Syirik jika anda yakin reiki inilah yang berkuasa menyembuhkan. Syirik jika anda yakin reiki ini hebat, boleh buat itu buat ini. Semuanya dengan izin Allah. Allah yang lakukan semua itu pada hakikatnya. Tanpa reiki seseorang boleh sembuh sakit jika serasi pada penawarnya, in shaa Allah.
Salah satu sebab yang mungkin membuatkan anda takut untuk belajar reiki ialah pada simbol-simbol peliknya. Itu dalam aliran reiki yang lain. Reiki Hikmah Sufi tiada menggunakan apa-apa simbol-simbol. Sebenarnya simbol-simbol ini merupakan isyarat pada minda bawah sedar. Ianya umpama kata kunci bagi minda untuk faham apa yang kita mahu. Tapi walaupun telah diterangkan secara ilmiah tentang simbol-simbol reiki ini, masih ada yang meragukan. Itu adalah standard silibus dan keilmuan yang ada dalam satu-satu aliran reiki.
Sebab itu saya ketengahkan Reiki Hikmah Sufi di Malaysia ini. Lebih mudah dan yurannya berpatutan. Cara aplikasinya pasti anda tidak ragu-ragu untuk praktik. Anda belajar Reiki Hikmah Sufi anda pasti rasai perbezaan dan kelainannya. Tidak perlu untuk saya ceritakan kelebihan Reiki Hikmah Sufi ini secara 'melangit', Anda boleh baca testimoni-testimoni reiki sendiri. Hanya yang pernah merasainya saja tahu. Dan rasa itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Umpama sedapnya sirap bandung, yang boleh diungkap adalah sedap dan manis. Tapi sedap dan manis yang bagaimana? Yang merasai lebih tahu. :-)