Sempena bulan yang penuh berkat dan atas permintaan rakan serta sahabat saya yang lainnya, maka di sini saya berbesar hati untuk menganjurkan Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia dengan bayaran secara ansuran.
Jadi sesiapa saja boleh belajar reiki tanpa perlu fikirkan masalah-masalah yang mungkin boleh menghalang hajat untuk belajar tentang keistimewaan Reiki ni.
Seorang pelajar reiki telefon saya dengan rasa bersemangat nak belajar Reiki tapi terpaksa membatalkan hasrat untuk meneruskannya disebabkan masalah kewangan, masa dsb. Saya nasihatkannya supaya keinginan harus diteruskan walau banyak halangan datang. Sebab, jika Anda sediakan diri Anda untuk apa yang diinginkan, insyaAllah jalan-jalan terbuka luas di depan. Ujian dan halangan umpama 'penambah perisa' dalam kehidupan.
Alhamdulillah, selepas beliau belajar Reiki banyak perubahan positif beliau rasakan. Nak percaya atau tidak katanya, kena juga percaya sebab benda berlaku macam-macam depan mata bila amalkan Reiki ni. Alhamdulillah.
Jadi, dah lama nak buka tawaran ni, tapi tunggu masa dan sekarang adalah masa yang sesuai bagi saya.
Kepada sesiapa yang nak merasai pengalaman hidup bersama Reiki, betul-betul berminat silakan berhubung dengan saya bila-bila masa. Soal yuran tak menjadi masalah bagi saya yang penting niat dan kesungguhan.
Kursus Reiki sempena Ramadhan saya buka sehingga habis puasa ni. Selepas ni mungkin peluang tak dibuka, tak pun tunggu tahun depan. Itu pun kalau masih ada hayat dikandung badan. Cewah! ;-)
Kepada Anda semua, saya ucapkan Selamat Berpuasa. Bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga, tapi puasa zahir batin. Puasa pancaindera yang zahir dan puasa juga pancaindera yang batin. Puasa untuk Allah, jadi kalau yang otai-otai tu mesti dah faham kan? Puasa ingatan kita dari semua makhluk kepada ingatan kepada al-Khaliq saja.
"Ya Allah, kami mohon...kurniakan kami kekuatan zahir batin, taufik hidayah, rahmat dan sejahtera agar kami sentiasa dapat melaksanakan segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU dan dapat mengikuti sunnah2 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Aamiin"