Salam kepada pembaca budiman...
Reiki yang selalu kita dengar adalah untuk kegunaan manusia saja. Sebenarnya Reiki bukan saja khusus untuk manusia tetapi kerana sifat universalnya maka energi Reiki dapat digunakan untuk haiwan dan tumbuhan. Menarik bukan?
Kepada anda yang ada haiwan peliharaan seperti kucing, arnab atau ikan maka anda boleh gunakan Reiki terhadap haiwan tersebut. Begitu juga dengan tumbuhan seperti pokok bunga, kaktus, sayur-sayuran.
Cara mengalirkan energi Reiki dan teknik penyembuhan terhadap haiwan dan tumbuhan sama sahaja seperti yang dilakukan kepada manusia.
Untuk mengalirkan energi Reiki, besar atau kecil haiwan dan tumbuhan tersebut mempengaruhi masa/tempoh penyaluran energi untuk setiap bahagian inci tubuh haiwan dan tumbuhan.
Jika tumbuhan yang bersaiz besar, alirkan energi Reiki ke bahagian bawah pohon untuk menguatkan serta mengukuhkan akar-akar. Juga alirkan kepada beberapa bahagian pohon dan daun untuk kuat dan kesegaran.
Jika tumbuhan yang bersaiz kecil pula, alirkan energi Reiki tanpa sentuhan (beaming) dengan jarak beberapa cm bertujuan untuk membantu tumbuhan tersebut tumbuh dengan lebih baik dan cepat serta tahan lama.
Reiki juga boleh dialirkan kepada biji benih, ianya akan tampak berbuah lebih awal dari yang lain manakala tumbuhan atau pokok yang sering menerima energi Reiki tumbuh lebih tinggi, kukuh dan menghasilkan lebih daun, bunga dan buahnya.
Pada haiwan pula, sebagai contoh kucing. Pegang atau belainya sambil niat mengalirkan energi Reiki dengan kerap akan membuatkan haiwan tersebut suka dan semakin jinak dengan kita. Haiwan cukup suka dengan sentuhan Reiki ini.
Anda boleh buktikan! InsyaAllah...
Home » REIKI » Reiki Haiwan & Tumbuhan