KONSEP DOA

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, August 6, 2008


Sebelum dihuraikan lebih jelas mengenai doa, marilah kita renungkan konsep doa itu terlebih dahulu.
Sabda Nabi Muhammad SAW :

maksudnya : Bermula doa itu adalah otak ibadah
Firman Allah SWT :

maksudnya : Berdoalah,nescaya aku perkenankan untukmu
Di dalam kitab Hakim ada dijelaskan :

maksudnya : Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon, ketahuilah bahawa Allah hendak memberi kamu.
Ertinya, kalau lidah mudah meminta bermakna Allah memang hendak memberi kepada kita.

Syair Arab berbunyi :

maksudnya : Jangan engkau meminta kepada anak Adam sebarang keperluan .Mintalah kepada Allah yang pintu-Nya tiada sebarang penutup. Allah marah jika engkau tidak meminta. Anak Adam ketika diminta, ia marah dan murka.
Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa anak Adam hendaklah meminta kepada Allah SWT dan jangan meminta kepada makhluk Allah SWT . Firmannya:

maksudnya : Hanya Engkau sahaja kami sembah dan akan hanya
Engkau sahaja kami memohon pertolongan.